Unduh Aplikasi
6.76% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 84: Cacatkan Dia

Bab 84: Cacatkan Dia

Editor: EndlessFantasy Translation

Liu Xi berasa seronok. Sumber keseronokannya ialah gadis cantik berpakaian hijau yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

Pakaian gadis itu sangat anggun dan mukanya yang indah itu memaparkan satu imej kecantikan semulajadi dan murni. Rambutnya yang hitam itu sedang dihalang oleh kain hijau pendek yang terkumpul pada pinggangnya. Apabila angin bertiup, rambutnya yang ditiup angin itu mampu menggoyangkan hati seseorang.

Pada pinggang kecil gadis itu yang sering membuat orang memeluknya, satu tali pinggang ungu pucat sedang menonjolkan lengkungan badannya di mana mata orang yang lalu tidak dapat menahan daripada untuk mengintai pinggangnya. Di dalam hati, Liu Xi berfikir dengan sendirian. "Jika saya dapat memeluk pinggang itu, tentu seronok."

Semasa mukanya yang penuh nafsu itu memandang gadis muda itu, tapak tangan Liu Xi mula mengigil keseronokan. Gadis berbudi di depannya berbeza daripada gadis yang telah Liu Xi berseronok sebelum ini. Bertambah lagi dengan perangai dia yang bagus, seperti bunga teratai, Liu Xi yang ghairah itu tidak dapat menahan diri tetapi untuk berasa penuh keinginan untuk mendapatkannya.

Merenung Xiao Ning yang terlantar atas lantai selepas satu serangan, Liu Xi ketawa. "Melindungi wanita memerlukan kebolehan yang sebenar. Ini kau tidak ada."

Muka Xiao Ning bertukar merah dan dia mengetap giginya dengan marah sambil disindir oleh Liu Xi.

"Xiao Ning, balik sini. Awak tidak mampu bertanding denganya." Xiao Yu bersuara dengan lembut sambil melangkah ke hadapan. Mukanya sedikit dingin.

Xiao Ning mengetap giginya. Dia menimbangkan kekuatan kedua-dua pihak di dalam mindanya dan hanya boleh berundur dengan tidak rela. Menghilang muka di depan gadis yang disukainya, Xiao Ning sangat malu.

Selepas meneliti badan Xiao Yu dengan matanya, renungan Liu Xi akhirnya mendarat pada kaki Xiao Yu yang panjang dan seksi itu dan mempunyai keinginan untuk memujinya. "Seorang lagi wanita yang bergred tinggi. Nampaknya nasib saya sangat baik hari ini."

"Haha, Abang Liu Xi, mereka ahli-ahli Puak Xiao. Nama perempuan ini Xiao Yu. Dia mempunyai perangai yang tidak baik dan biasanya lelaki yang tidak mempunyai kebolehan tidak dapat menawannya." Jia Lie Ao yang ditemani oleh beberapa lelaki berbadan besar, berjalan ke hadapan dengan satu senyuman dan ketawa dengan teruk.

"Keke, lagi susah….lagi sedap." Renungan Liu Xi sekali lagi berpusing pada gadis muda yang berpakaian hijau itu. Mata Liu Xi mengeluarkan satu cahaya hijau. "Siapa perempuan ini pula?"

Melihat orang yang disukainya telah menarik perhatian Liu Xi, mulut Jia Lie Ao mengetap serba sedikit. Dia menyumpah gampang ini dengan kejam dan senyap di dalam hatinya sebelum membalas dengan tidak bermaya, "Dia adalah Xiao Xun Er."

"Nama yang bagus." Ketawa dan mengangguk kepalanya, Liu Xi berhenti bercakap dengan Jia Lie Ao. Dia mengambil dua langkah ke hadapan dan berlagak seperti seorang lelaki berbudi lalu berkata, "Nama saya Liu Xi. Bolehkah saya menjemput awak semua untuk mengikut saya untuk bersiar-siar di pasar? Haha, jika ada benda yang awak berminat, ambil sahaja." Sambil berkata, lengan Liu Xi dibuka dengan perlahan untuk mendedahkan lencana di dadanya yang menunjukkan pekerjaan dia.

Di lencana itu mempunyai satu periuk ubat yang mudah. Permukaan periuk ubat itu mempunyai satu gelombang perak yang memantulkan sinaran aneh selepas menerima cahaya matahari.

"Ahli alkimia peringkat pertama?" Melihat lencana Liu Xi, orang di sekeliling tercekik. Senyuman Liu Xi menjadi lebar selepas mendengar suara tercekik itu.

Mendengar kata-kata "ahli alkimia peringkat pertama", muka Xiao Yu bertukar. Walau bagaimanapun, dengan peribadinya, Xiao Yu tidak akan pergi bersiar-siar dengan seorang yang tidak dikenali disebabkan pekerjaannya. Tanpa berhenti, dia berkata, "Kami tak lapang. Kau boleh cari orang lain." Selepas berkata, dia memegang tangan Xun Er dan berpusing ke belakang untuk beredar.

Apabila dia berpusing ke belakang, beberapa lelaki berbadan tegap melangkah keluar daripada orang ramai. Mereka tersenyum jahat sambil menghalang jalan keluar.

Melihat lelaki berbadan besar itu menghalang laluan mereka, muka Xiao Yu tenggelam. Dia berpusing semula dan berkata dengan dingin kepada Jia Lie Ao, "Ini kawasan Puak Xiao. Adakah kau agak keterlaluan?"

"Keke, Puak Xiao? Mereka kuatkah? Mereka hanya mendapat sedikit populariti dengan bantuan Serbuk Darah Beku. Jika aku inginkan, aku boleh memusnahkan Puak Xiao dengan senang. Serbuk Pengembalian Musim Bunga hanyalah satu ubat penyembuhan yang dicipta oleh aku secara rawak." Liu Xi menggosok lengan bajunya yang putih itu sambil berkata dengan bangga.

Mendengar kata-kata itu, Xiao Yu menjadi marah tetapi dia tidak berkata. Di dalam hatinya, dia tahu kebolehan seorang ahli alkimia dan dia tidak berani mengatakan sesuatu tanpa berfikir untuk mengelakkan masalah yang tidak perlu kepada Puak Xiao.

Walaupun Xiao Yu peduli tentang butiran seperti ini, Xun Er tidak kisah langsung. Dia faham manusia yang bersifat sampah ini sedang menangguhkan pertemuannya dengan Xiao Yan.

Menaikkan matanya dengan ringan dan melihat Liu Xi yang angkuh itu, bibir kecil Xun Er dibuka sedikit. Perkataan yang dikeluarkan itu membuatkan semua orang terbingung. "Sampah tetap sampah. Walaupun seseorang itu memakai kulit alkimia, dia masih sampah. Orang macam kau yang selalu menunjukkan kebolehan kau yang kecil ini…menggunakan kata-kata Abang Xiao Yan….bodoh."

Jalan itu menjadi senyap. Semua orang terpegun. Gadis muda yang kelihatan anggun ini agak bagus juga apabila memarahi orang.

Xiao Yu juga terpegun dengan kata-kata Xun Er. Selepas seketika, dia menggulung bibirnya dan berkata, "Saya dah kata awak tentu dikotorkan oleh anak gampang itu…"

Diejek secara awam oleh Xun Er, senyuman pada muka Liu Xi yang mempunyai fikiran sempit itu menjadi kecil. Dia berkata dengan muram, "Kau orang pertama yang berani bercakap dengan aku dengan perangai sebegitu."

"Betul-betul. Betul-betul bodoh kata-kata kau."

Xun Er mengelap dahinya yang bersih dan cerah itu, dia sangat pasti orang di depannya itu seorang yang bodoh atau terlalu angkuh.

"Jia Lie Ao, lakukannya! Asalnya, aku ingin menggunakan cara sah. Malangnya, dia seorang yang tidak berprihatin." Liu Xi yang bermuka masam itu melambai tangannya dan memberi arahan kepada Jia Lie Ao.

"Eh…" Jia Lie Ao terkejut. Dia menggosok kepalanya. Dengan satu senyuman berhati-hati, dia berfikir, 'Apalah yang difikirkan oleh lelaki ini? Ayah saya betul. Selain daripada alkimia, dia tak berguna. Orang macam ini boleh jadi ahli alkimia?"

Mengeluh, Jia Lie Ao hanya boleh berkata dengan satu senyuman, "Abang Liu Xi, Puak Jia Lie sekarang tidak boleh menyinggung perasan Puak Xiao."

"Puak Xiao?" Ketawa dingin, Liu Xi berkata secara menghina, "Jika aku boleh dapat dia, aku akan tolong kau menghancurkan Puak Xiao. Selain daripada Serbuk Pengembalian Musim Bunga, aku boleh membuat 2 hingga 3 lagi jenis ubatan. Selepas aku menapisnya, aku akan pastikan Puak Xiao kembali kepada keadaannya yang tak berguna itu."

Mendengar kata-kata jaminan Liu Xi, Jia Lie Ao sekali lagi terpegun. Dia tidak sangka lelaki ini akan mendedahkan kad-kad di dalam tangannya dengan begitu mudah. Selain daripada berasa riang, dia mengeluh sekali lagi. Adakah ini bermaksud lagi bodoh seseorang alkimia, lagi banyak peluang untuk dia menjadi ahli alkimia? Jia Lie Ao melambai tangan dia dan memberi arahan kepada orang bawahannya. "Tangkap mereka!"

Mendengar arahan Jia Lie Ao, lebih daripada 10 orang berbadan besar di belakangnya terus menunjukkan muka yang menakutkan semasa menghampiri kumpulan Xun Er.

Melihat pihak yang angkuh itu, Xiao Yu menjadi sangat marah. Dengan satu ejekan, Xiao Yu mengeluarkan cemeti hijau yang panjang daripada pinggangnya dan memukul lelaki berbadan tegap yang sedang meluru ke arahnya. "Pa". Dalam sekelip mata, darah mula mengalir dari muka lelaki itu.

Walaupun Xiao Yu seorang 3 bintang Dou Zhe, menentang lebih daripada 10 orang yang mempunyai kekuatan Dou Zhe, Xiao Yu hanya boleh memukul 2 hingga 3 orang sebelum dia berada dalam posisi yang tidak bermanfaat. Dia akhirnya dipaksa untuk berundur. Hal ini membuatnya malu.

Selepas menyebabkan seorang lelaki untuk membatuk keluar darah dan berundur, muka Xiao Yu yang pucat itu terpaksa mengambil beberapa langkah ke belakang. Memaling kepalanya, dia mengarahkah Xiao Ning, "Ambil Xun Er dan lari. Pergi panggil si anak gampang itu ke sini!"

Xiao Ning mengangguk dengan segera. Mukanya bertukar serta merta lalu memberi amaran kepada kakaknya. "Kakak, hati-hati!"

Mendengar amaran Xiao Ning, Xiao Yu berpusing ke belakang dengan pantas dan terlihat seorang lelaki yang dipukulnya tadi sedang mengangkat penumbuknya memberi satu tumbukan pada dada Xiao Yu.

Melihat serangan kotor yang ditumpu pada posisi badan seorang perempuan, Xiao Yu penuh kemarahan. Dou Qi mula berkumpul pada tapak tangannya. Apabila dia ingin melepaskan Dou Qi itu, satu bayang-bayang hitam muncul di tepinya. Satu angin kencang dipukul ke dalam lelaki berbadan tegap itu. Kekuatan yang besar itu menyebabkan lelaki itu bergolek beberapa meter dengan mukanya yang dipenuhi darah.

"Cacatkan mereka."

Lelaki muda yang memegang satu batang keluli sedang merenung Liu Xi dan Jia Lie Ao yang sedang berdiri di sebelahnya. Suara rendah yang dikeluarkan oleh bibirnya amat menakutkan.

Mendengar perintah lelaki muda itu, 10 lelaki berbadan besar yang memegang batang keluli yang sama dan memakai senyuman jahat itu mula meluru ke depan.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C84
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk