Unduh Aplikasi
5.39% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 67: Pilihan

Bab 67: Pilihan

Editor: EndlessFantasy Translation

Berkenaan dengan "Mantera Api", Xiao Yan tidak ingin melepaskannya. Lagipun, untuk mendapat satu Teknik Qi Tahap Tian yang boleh berevolusi sangat menggodakan. Di dalam Benua Dou Qi ini, satu Teknik Qi Berpangkat Tian bersamaan dengan tiket untuk menjadi orang terkuat.

Walaupun Kaedah Qi itu amat hebat, kadar berjaya tidak melebihi 20%. Fakta ini sangat melemahkan semangat seseorang. Dengan 10 jarinya bersilang dengan ketat antara satu sama lain, muka Xiao Yan berubah-ubah, melompat di antara ragu-ragu dan kedukaan.

Melihat muka Xiao Yan yang penuh dengan bimbang, wajah tua Yao Lao juga menunjukkan air muka campuran. Selepas seketika, dia mengeluh dengan suara rendah. "Perkara ini hanya boleh ditentukan oleh awak. Saya tidak mahu bercampur tangan. Walau bagaimanapun, saya nak tanya awak satu benda…. Apakah perasaan awak terhadap gadis itu, Xun Er?"

"Eh?" Pertanyaan Yao Lao mengejutkan Xiao Yan. Muka dia bertukar merah. Membuka mulutnya selepas seketika dan memaksa satu senyuman, dia berkata, "Cikgu, kenapa awak tiba-tiba tanya saya soalan macam ini? Xun Er itu adik saya. Terhadap dia…. apa perasaan yang patut saya ada?" Pada ayat terakhir itu, Xiao Yan rasa seperti amat lemah.

"Hehe, adik? Awak pun tahu awak tak ada hubungan darah dengan dia. Gadis ayu ini hanya 15 hingga 16 tahun, namun generasi muda Puak Xiao sudah mengagumi dia. Apabila dia dewasa nanti, apa lagi nak dikatakan?" Berkata sehingga sini, Yao Lao memberi satu renungan tajam kepada Xiao Yan. Tersenyum kecil, Yao Lao berkata, "Kalau awak memikirkan kemungkinan seorang lelaki selain daripada awak mengahwininya. Apakah perasaan awak?"

Memaksa satu senyuman pada mukanya, Xiao Yan mengerut keningnya dengan perlahan. Dia menghembus nafas ringan dan berbisik, "Nampaknya...agak susah diterima."

"Hehe, jika awak rasa susah untuk menerimanya, jadi dalam hati awak tentulah bukan seorang adik sahaja…." Yao Lao tersenyum namun tidak tersenyum sambil mengatakan kata-kata itu.

Muka Xiao Yan bertukar merah sekali lagi, Xiao Yan tidak mempunyai jawapan lalu bersungut. Membuka kedua-dua lengannya secara tidak bermaya dan memaksa satu senyuman, dia berkata, "Cikgu, apa yang awak nak cakap ini?"

"Semua itu untuk menerangkan fikiran awak terhadap perasaan awak terhadapnya….Sejak awak dan dia masih mempunyai fikiran tidak jelas, awak patut meneliti kekuatan awak dan potensi kemajuan awak." Mengental mukanya, Yao Lao meneguk dan berkata dengan ragu-ragu, "Latar belakang gadis itu amat menakutkan. Saya tidak tahu kisah sebenar tentang latar belakangnya. Tapi, Puak Xiao yang kecil itu seperti mempunyai hubungan dengan mereka. Walau bagaimanapun, dengan ini sahaja tidak dapat merapatkan jurang di antara awak berdua. Jurang taraf di antara awak berdua terlalu besar. Walaupun gadis itu suka awak, orang di belakangnya tidak akan bersetuju!"

Menutup mata, Xiao Yan menyilangkan tapak tangannya bersama dan mengenggam dengan ketat.

Benua ini satu dunia di mana yang kuat akan dihormati. Mempunyai kekuatuan bermakna mempunyai maruah. Sebelum ini, awakkan nampak perangai Nalan Yanran. Sebab kenapa dia boleh berlagak sombong dan bagaimana dia boleh memandang rendah terhadap awak kerana latar belakangnya. Kekuatan dia jauh lebih hebat daripada awak!" Melihat wajah Xiao Yan, Yao Lao mengeluh dengan ikhlas dan berkata dengan tekun.

"Kuasa di belakang Xun Er lebih menakutkan daripada Kaum Awan Berkabus. Oleh itu, dalam mata mereka, awak hanya seekor cacing. Sungguhpun awak mempunyai bakat luar biasa, mereka tidak akan menganggap awak sebagai seorang yang penting. Sudah bertahun-tahun mereka berjumpa dengan orang yang berbakat….hanya kalau awak mampu membuat mereka takut dengan kekuatan awak, barulah awak boleh memenuhi hasrat awak."

Xiao Yan menyentuh hidungnya dan dengan satu gerakan bahu, dia bertanya dengan lembut, "Adakah melatih 'Mantera Api' akan memberi saya kekuatan sebegitu?"

"Sebenarnya, hanya dengan melatih 'Mantera Api' dengan berjaya baru awak mempunyai peluang tersebut!" Yao Lao menggeleng kepala dan merenung Xiao Yan sekali lagi.

Mengeluh dengan lembut, Xiao Yan memegang dagunya. Senyuman gadis ayu itu pada masa dahulu muncul di depan matanya dengan perlahan. Ketawanya yang umpama loceng perak kedengaran di dalam telinga.

Menarik nafas panjang, Xiao Yan senyum dengan perasaan yang kecewa dan berkata, "Cikgu sudah kata begitu banyak dan masih kata tidak akan bercampur tangan dengan keputusan saya?"

"Hehe….." Yao Lao meraba mukanya yang tua dan layu itu sambil ketawa kekok. Malu dengan diri sendiri, dia membalas, "Okey, saya mengaku satu mempunyai niat untuk mendesak awak, tetapi daripada pandangan saya, saya betul-betul harap awak akan melatih 'Mantera Api'."

"Awak patut tahu keadaan saya hanya satu roh, kan?" Yao Lao membuka kedua-dua lengannya dengan lebar sambil berkata.

Xiao Yan mengangguk.

"Orang lain mungkin sudah mati, tetapi pengertian roh saya lebih kuat daripada orang lain, saya dengan peliknya dapat hidup dalam bentuk ini….." Yao Lao senyum dalam kekecewaan seperti sedang mengejek diri sendiri.

"Saya tidak ingin hidup sebegini, setiap hari terasa palsu dan hanya satu khayalan kosong untuk saya. Saya masih ada benda peribadi yang ingin diselesaikan. Justeru itu, saya perlu meninggalkan keadaan roh ini."

"Cikgu nak hidup kembali?" Mata Xiao Yan berkelip-kelip dengan ketidakpercayaan. Dengan perasaan keliru, dia terus berkata, "Dalam dunia ini, tiada benda yang boleh menghidup kembalikan seseorang yang sudah mati, kan?"

"Dalam keadaan biasa, memang begitu." Mengangguk dalam persetujuan, satu riak wajah ghairah muncul pada muka Yao Lao lalu dia terus berkata, "Namun berdasarkan dalam satu penerangan kabur pada 'Mantera Api', jika seseorang itu memahirkannya, dia dapat mencampurkan beberapa Api Kesyurgaan sekali untuk memalsukan satu badan yang boleh menumpang roh. Mendapatkan badan tersebut, ibarat kelahiran semula untuk saya…."

"Di dalam cincin itu, saya telah menahan bertahun-tahun di dunia ini tanpa cahaya matahari dalam harapan pada satu hari nanti, saya akan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai pengertian roh cukup kuat untuk memenuhi syarat-syarat saya. Saya sangat bertuah untuk berjumpa dengan awak." Satu kesedihan digores ke dalam muka yang tua dan berkedut itu, walaupun ia hanya boleh diperhatikan oleh orang yang amat teliti.

Yao Lao merenung pasang mata hitam Xiao Yan yang sedang merenungnya balik. Yao Lao ketawa kelat dan terus berkata, "Heh, jangan ambil kepada hati kata-kata si orang tua ini. Aduhai, walaupun saya kata saya tidak akan bercampur tangan, akhirnya, saya tidak dapat menahan diri daripada bercakap, saya ni betul-betul….."

Menggeleng kepala dengan sedih, Yao Lao memanjangkan tangannya. Dengan satu lambaian, satu skrol berwarna hitam dan satu skrol berwarna merah muncul di atas tangannya.

"Skrol merah itu adalah Kaedah Qi Tahap Qi Rendah Atribut Api dan skrol hitam itu adalah 'Mantera Api'...." Yao Lao tersenyum dan menaikkan kedua-dua tangannya. Mukanya yang layu menjadi lembut lalu berkata, "Buat pilihan awak sendiri dan fikir tentang faktor yang mendorong awak, janji awak ingat tidak kira apa pilihan awak, awak akan sentiasa menjadi anak murid saya dan saya tidak akan menyalahkan awak."

Tapak tangan Xiao Yan menyokong dagunya lalu memandang skrol-skrol di depannya dengan fikiran kosong. Selepas masa yang agak panjang, dia menjilat bibirnya dan menaikkan bahunya sambil tersenyum, "Walaupun saya amat takut mati, tiada kuasa bermakna tiada maruah. Saya tidak ingin melalui diskriminasi yang telah diberi oleh Nalan Yanran hari itu. Jika benda tak berjalan dengan lancar pun, saya masih boleh menukar kepada Kaedah Qi yang lain."

Menggoyang kepalanya, satu senyuman bijaksana menerangi muka Xiao Yan yang muda itu. Di dalam mata Yao Lao yang agak merah dan lembap itu, dia ternampak bentuk Xiao Yan sedang memanjangkan tangannya untuk mengambil skrol berwarna hitam itu.

Apabila tangannya menyentuh skrol tersebut, ia bertukar menjadi arus informasi yang dituang ke dalam kepala Xiao Yan.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C67
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk