Unduh Aplikasi
2.65% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 33: Bukti

Bab 33: Bukti

Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat pencabar yang cepat itu, ahli-ahli puak yang tidak lulus ujian itu menghembus nafas kesal. Nampaknya, semua orang iri hati dengan pemuda berbadan tegap di hadapan Xiao Yan!

Xiao Yan mengecilkan matanya dan meneliti pemuda itu. Sungguhpun dia tidak kenal seluruh ahli puaknya, dia kenal serba sedikit lelaki di depannya.

Kalau memorinya betul, pemuda itu bernama Xiao Ke dan merupakan penyokong Tokoh Pertama. Biasanya, dia akan mengikut di belakang Xiao Ning sebagai seorang pengiring dan apabila Xiao Yan digelar sebagai "si cacat", Xiao Ke tidak pernah menunjukkan simpati terhadapnya dan sebaliknya, dia memijak maruah Xiao Yan.

Mengimbas kembali memori lama, mulut Xiao Yan melengkung menjadi senyuman yang berbahaya.

Berpusing untuk melihat Xun Er yang sedang tersenyum itu, Xiao Yan senyum dan mengangguk, lalu berkata, "Baik, saya terima cabaran awak."

Melihat Xiao Yan menerima cabarannya dengan senang, bulu kening Xiao Ke mengerut dan satu sensasi ketakutan menyelinap masuk ke dalam hatinya. Menelan air liurnya yang kering, Xiao Ke mula meragui tindakannya.

Sungguhpun dia mempunyai keraguan, Xiao Ke tidak mampu menolak dan terpaksa meneruskannya.

'Tidak mungkin, untuk menaikkan 4 Duan Qi dalam satu tahun ialah mustahil. Lelaki ini mesti telah menggunakan sejenis kaedah untuk menipu semua orang! Saya tentu boleh mengalahkannya!' Selepas memberi keyakinan pada diri sendiri, Xiao Ke tersenyum. "Macam ini, saya akan lihat berapa kuat Adik Xiao Yan!"

Xiao Yan tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Berdiri, dia berjalan ke tengah padang latihan dan melambai tangannya supaya Xiao Ke mengikutnya.

Melihat Xiao Yan yang tenang, jantung Xiao Ke berdenyut dengan pantas dan tidak lagi berasa begitu yakin. Memaksa dirinya untuk senyum, dia mengambil langkah dengan perlahan ke tengah padang tersebut.

Semua merenung ke arah dua orang yang berada di padang itu.

Di atas platform yang tinggi, Xiao Zhan mengambil sapu tangan yang dihulur kepadanya dan mengeringkan tangannya daripada teh yang tertumpah itu sambil memerhatikan padang latihan tersebut dengan mata tegang.

Secara jujurnya, bukan sahaja generasi muda meragui pencapaian Xiao Yan, Xiao Zhan sendiri juga tidak mempercayai sepenuhnya. Ini bukan kerana dia tidak percaya Xiao Yan tetapi disebabkan dia tahu ia mustahil untuk meningkatkan 4 Duan Qi dalam masa satu tahun. Ia tidak berperikemanusiaan. Xiao Yan yang dulu juga tidak mampu mencapainya.

Disebabkan pencapaiannya yang terlalu ekstrim, tiada sesiapa yang boleh mempercayainya.

Tetapi tidak kira ia ialah benar atau palsu, tidak kira orang lain percaya atau tidak, selepas Xiao Yan bertarung, kekuatan sebenarnya akan didedahkan. Pada masa itu, semua orang akan tahu jika kekuatan Xiao Yan benar atau palsu!

Selain Xiao Zhan, pernafasan ketiga-tiga tokoh juga menjadi cepat dan tangan mereka menggenggam kerusi mereka dan mata mereka memandang tajam padang latihan itu.

Di atas padang latihan berbatu hijau, visi semua orang melekat kepada dua pemuda di padang tersebut. Selepas Xiao Yan bertarung dengan Xiao Ke, semua akan menjadi jelas!

"Ini pasti palsu!" Di sudut padang latihan, Xiao Ning menjilat bibirnya dan berbisik dengan marah.

"Ini pasti… palsu…kan?" Dalam kalangan orang ramai, Xiao Mei menggigit bibirnya. Dia tidak percaya pemuda yang bergelar si lumpuh mampu mempunyai pencapaian yang terlalu besar.

Renungan demi renungan, Xiao Yan dan Xiao Ke sudah selesai upacara amal mereka dan bersedia untuk berlawan!

Kedua-dua tangan Xiao Ke menghala ke atas dan satu Dou Qi ringan mula berpusing di sekeliling tangannya. Menarik nafas yang dalam, Xiao Ke menghentak lantai dengan kuat dan mula berlari ke arah Xiao Yan.

Perlawanan tahap rendah tidak mempunyai isyarat yang rumit dan hanya mempunyai serangan yang mudah.

"Tangan Membelah Gunung!"

Bergerak dengan pantas ke arah Xiao Yan, tangan kanan Xiao Ke mula mengumpul Dou Qi dan menuju ke arah dada Xiao Yan.

Tangan Membelah Gunung, Teknik Dou Tahap Huang Rendah yang hanya boleh didapati oleh ahli puak 5 Duan Qi ke atas.

Dengan tiupan angin yang menuju ke arahnya, rambut Xiao Yan yang menutup mukanya ditiup dan mendedahkan sepasang mata yang gelap. Mengelip, Xiao Yan mengecilkan matanya untuk melihat tangan yang menghampirinya.

Apabila tangan itu mencapai bahu Xiao Yan, dia mengambil satu langkah ke kiri dengan tangkas. Dengan badan yang telah dilatih selama setahun, tindak balas Xiao Yan sangat pantas.

Dengan hanya 1 langkah, Xiao Yan mengelakkan serangan Xiao Ke. Pada masa yang sama, Xiao Yan memintal badannya dengan ringan dan tangannya mencapai lengan Xiao Ke dan terus menyentuh bahu Xiao Ke seperti dia sedang memetik daun daripada sebuah pokok.

"Tangan Batu Hancur!"

Tangan Batu Hancur, Teknik Dou Tahap Huang Rendah yang hanya perlukan 3 Duan Qi untuk mempelajarinya!

"Peng!" Tangan Xiao Yan yang menyentuh bahu Xiao Ke mengeluarkan satu bunyi, menyebabkan muka Xiao Ke yang merah itu menjadi pucat. Dengan satu erangan kesakitan, Xiao Ke mula melangkah ke belakang dan akhirnya dengan kakinya yang kehilangan tenaga itu, dia terjatuh dan rebah ke tanah.

Seluruh padang menjadi sunyi. Kekalahan Xiao Ke telah membuktikan banyak benda.

Mengalahkan lawannya dengan satu serangan, Xiao Yan menggeleng kepalanya dengan bosan. Lawan ini langsung bukan satu cabaran untuk Xiao Yan. Bukan sahaja Xiao Yan tidak menggunakan Letupan Oktana, Xiao Yan juga tidak menggunakan separuh daripada tenaganya.

Sudah tentu, semua orang di padang tersebut terkejut dengan keputusan itu. Kebanyakan mereka mula menutup mata mereka kerana Xiao Yan perlu berada di 7 Duan Qi untuk menewaskan Xiao Ke yang berada di 6 Duan Qi.

Memikirkan perkara itu, pencapaian Xiao Yan yang mustahil ini…. benar!

Untuk menaikkan 4 Duan Qi dalam masa 1 tahun, keputusannya satu keajaiban dalam keajaiban.

Di atas platform tinggi, Xiao Zhan menghembus nafas lega seperti satu beban telah diangkat daripada hatinya.

"…Ia benar, 7 Duan Qi…"

Melihat kekalahan Xiao Ke, tangan Xiao Mei yang kecil menutup bibir merahnya dan dia tidak dapat menahan diri dari mencungap.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C33
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk