Unduh Aplikasi
12.51% Renjer Malam / Chapter 92: Melepaskan Diri

Bab 92: Melepaskan Diri

Editor: EndlessFantasy Translation

Tiga minit kemudian Marvin telah dapat apa yang dia mahukan.

Wajah Kate menjadi merah padam.

Walaupun dia terus memakai pakaian balik tetapi dia masih rasa tidak kena.

Lelaki ini seperti penipu yang miang dan gatal tahap tinggi yang dikatakan oleh kakaknya itu…

ini apa yang dirasai Kate.

Marvin sebenarnya memegang dawai besi di tangan.

Dia melihat semula Kate yang merenung tajam balik, dengan secara spontan menutup dada.

Marvin tersenyum dengan paksa dan mula menyibukkan diri.

Dia tahu pakaian jenis skirt panjang mempunyai sokongan dada di bawah payudara dan terdapat satu dawai besi di dalam sokongan itu. Sokongan itu membantu wanita membentuk badan mereka.

Dawai besi ini merupakan kunci untuk Marvin melepaskan diri dari lokap ini.

Kunci kayu lokap pokok ini boleh dibuka menggunakan dawai besi.

Ini merupakan rahsia yang tiada siapa tahu ketika ini.

Marvin memanjangkan tangan. Dia terus memasukkan dawai besi ke dalam kunci kayu dan memusingnya beberapa kali.

Perbuatan ini tidak perlukan kemahiran Lockpick. Lagipun ia tidak berguna kerana kunci kayu ini ialah kunci magik.

Tetapi ia ada satu sifat pelik iaitu kunci akan mula reput selepas terkena besi. Sebab itu Pengawal Elven Iron akan menyiasat tubuh badan sebelum menyumbat mereka ke dalam penjara.

Agak mustahil bagi mereka untuk ada besi di dalam penjara.

Tetapi elves tidak berapa kenal jenis pakaian skirt panjang seperti ini. Skirt seperti ini mula menjadi terkenal di kawasan barat daya. Hanya beberapa pemain yang istimewa seperti Marvin tahu informasi seperti ini.

Kunci kayu itu mula reput kerana efek dari dawai besi itu.

Mereka berdua berjaya melepaskan diri dengan lancar!

Pada waktu ini, suasana di lokap pokok sungguh sunyi. Langsung tiada kelibat Pengawal Elven Iron.

Ini memang situasi biasa.

Kerana elves sangat yakin dengan penjara mereka. Sebenarnya hanya ada beberapa orang yang mampu melepaskan diri. Lokap pokok ini juga sangat kukuh.

Beberapa orang tahanan di pokok berdekatan melihat Marvin dan Kate melepaskan diri terkejut beruk dan melambai dengan susah payah kepada mereka.

Kate berasa sedikit ragu tetapi Marvin hanya melihat ke tepi.

Dia tidak merancang untuk melepaskan mereka.

"Cepat pergi ambil barang kau, kemudian kita akan larikan diri," dia berkata dengan terburu-buru.

"Pengawal Elven Iron akan perasan tidak lama lagi."

Dia mengetuai perjalanan dan terus menerpa ke platform batu itu untuk mengambil semula barangnya.

Kate mengetap gigi dan terus mengambil barangnya.

Mereka berdua tidak berdiam di situ dan mengabaikan semua tahanan yang melambai kepada mereka ketika dalam perjalanan keluar dari penjara itu.

Berjaya melepaskan diri!

Marvin terus berasa lega sambil berdiri di hujung hutan.

Secara amnya, agak sukar bagi Pengawal Elven Iron menjejak tahanan selepas curi masuk Hutan Thousand Leaves.

Pada masa itu, Kate mencucuk Marvin dengan wajah serba salah.

Marvin terkejut dan berkata, "Kenapa?"

Kate menggigit bibir dan berkata, "Pulangkan balik dawai besi itu."

Marvin terus tersedar dawai besi itu masih berada di tangannya..

Ia selalu berada di tubuh badan gadis tersebut dan melihat dia memegang dawai tersebut merupakan satu perkara yang tidak baik.

Dia terbatuk dua kali dan memulangkan balik dawai besi itu.

Kate menyimpan dawai besi itu dan berasa lebih lega. Dia tidak dapat menahan diri untuk bertanya, "Kenapa kau tahu banyak perkara?"

Marvin menggunakan alasan yang sama, "Datuk aku seorang ahli sihir…"

"Banyak orang yang mempunyai ahli sihir sebagai datuk tetapi mereka tidak tahu skirt kami ada dawai besi. Mereka juga tidak tahu dawai besi boleh digunakan untuk membuka kunci kayu lokap elves, " Kate mendengus. "Kau sama seperti lelaki miang yang kakak aku beritahu."

"Eh?"

"Adakah ini boleh dikatakan sebagai miang?" Marvin rasa buntu. Lagipun dia tidak boleh beritahu gadis tersebut dia telah dibangkitkan semula ke dunia ini, betul tak?

"Tetapi walau apa yang berlaku, aku tetapi ingin mengucapkan terima kasih."

Kate mula berasa ragu seketika. "Kau telah menolong aku sebanyak dua kali, aku akan bayar kau. Tetapi aku tidak ada duit sekarang."

"Aku tidak memerlukan wang ketika ini." Marvin melihat wajah Kate dengan penuh minat.

Sebelum dia masuk ke Hutan Thousand Leaves, dia tidak dapat bayangkan akan terserempak dengan salah seorang dari Tiga Adik-Beradik Takdir ini.

Jika bukan disebabkan dewi yang cemburu kepada mereka bertiga, mereka tentu akan menjadi anak emas alam ini.

Jika dia boleh berkawan dengan mereka sebelum dewi yang cemburu merancang konspirasi, hubungan ini akan memberi banyak kelebihan kepada dirinya.

"Aku sangat berminat dan hormat kepada kekuatan Penyihir," Marvin berkata dengan lembut. "Jika ada peluang, aku ingin beradu tenaga dengan kau dan adik beradik kau yang lain."

Kate mula tersipu-sipu malu. "Tetapi aku masih tidak dapat mengawal dengan baik."

"Kakak cakap aku perlu cari Batu Ametis untuk hentikan fasa menggila ini. Sebab itu aku ingin mencari Batu Ametis untuk hentikan kuasa aku dari hilang kawalan."

"Tetapi aku masih tidak jumpa, sebab itu aku tidak dapat gunakan sepenuh kuasa."

Batu Ametis?

Bagaimana rupanya?

Marvin terkejut.

Dia tidak berapa tahu tentang Penyihir. Penyihir di dalam dunia permainan tidak perlu melalui fasa menggila, oleh itu dia juga tidak tahu apa yang perlu dilalui oleh Penyihir dalam dunia ini.

"Rupanya Batu Ametis boleh membantu Penyihir mengatasi fasa menggila?"

"Tetapi benda ini datang dari alam semula jadi dan hanya berada di beberapa tempat saja. Hutan Thousand Leaves merupakan salah satu kawasan itu." Perkara ini terus muncul di fikiran Marvin.

"Tetapi jika kau berminat, aku boleh biarkan kakak aku beradu dengan kau," Kate berkata dengan serius.

"Kakak aku sangat kuat. Naga juga bukan saingan buatnya."

Marvin mengangguk.

Dia memang tahu Penyihir Takdir sangat terkenal seperti Valkyrie. Tetapi berbanding dengan dua adik perempuan yang lain perangai dia lebih pemarah.

Dia seorang gadis garang yang mampu merobek naga hitam dengan tangan!

"Aku rasa dia tentunya seorang Legenda. Selepas Penyihir dihalau, mereka sukar untuk bekerjasama dan perkembangan mereka terbantut."

Ini juga kerana kebangkitan seorang Permaisuri yang hebat mengumpul mereka untuk membentuk Negara Gunung Rocky.

Tetapi sekarang terlalu awal untuk pergi ke Gunung Rocky. Lebih bagus dia dapat tunggu sehingga Lebah White River mula membangun. Oleh itu dia ada peluang untuk sentiasa berhubung dengan Pasukan Penyihir.

Mereka berdua berbual seketika dan atas cadangan Marvin, mereka terus berjalan semakin dalam ke Hutan Thousand Leaves.

Marvin masih ingat beberapa tempat di dalam Hutan Thousand Leaves yang mungkin ada Batu Ametis.

Dia tidak pasti ke mana orang tua Sean itu menghilangkan diri dan tidak dapat mencari makam Raja Malam seorang diri. Dia juga tiada arah tujuan ketika ini dan lebih bagus jika dia menolong Kate dan menjadi lebih rapat kepada bakal Penyihir Takdir ini.

"Jangan risau, Pengawal Elven Iron biasanya berselerak di sekitar Hutan Thousand Leaves."

"Hanya ada beberapa orang saja yang ada di kawasan tengah. Kita tidak mungkin bernasib malang untuk jumpa mereka sekali lagi," Marvin memujuk sambil berjalan.

Kate mengangguk.

Belum sempat dia habis mengangguk dan dia terus terlalu!

Ini disebabkan terdapat banyak kelibat yang datang dari cabang di depan!

"Celaka!"

Kali ini Marvin tidak dapat mengawal diri untuk mencarut!

Macam mana boleh berlaku?

Terserempak dengan dua pasukan Pengawal Elven Iron berturut-turut?

Cepat, sorokkan dawai besi itu!" Dia memberitahu Kate dengan tergesa-gesa.

Perlawanan tidak dapat dielakkan. Mereka bukan saingan Pengawal Elven Iron tersebut!

Tetapi dia masih rasa pelik. Adakah nasib mereka sungguh malang sehingga terserempak dengan dua pasukan Pengawal Elven Iron berturut-turut pada malam yang sama?

Hutan Thousand Leaves sangat besar dan kemungkinan untuk mereka terjumpa dua kali lebih rendah dari 1/10000.

"Sorok di mana?" Kate terus menjadi panic.

Kepantasan Pengawal Elven Iron sangat menakutkan di dalam Hutan Thousand Leaves. Mereka yang lain tidak boleh dibandingkan dengan elves yang dirahmati oleh Raja Elven Agung ini.

Tidak sempat untuk melepaskan diri!

"Sorok saja dekat mana-mana!" Marvin agak risau.

Dia benci kerana tidak dapat membantu Kate untuk sorokkan dawai besi itu!

Memang sukar jika ingin melepaskan diri dari penjara kali ini jika tiada dawai besi!

Tetapi Pengawal Elven Iron yang meluru sangat pantas dan Kate tidak cukup masa untuk menyorokkan dawai besi itu.

"Alamak, aku tidak boleh masuk ke penjara lagi!" Gadis itu terus membuat keputusan.

Dia terus melontar dawai besi dan matanya yang ungu mula mengeluarkan cahaya pelik.

"Alamak! Dia akan hilang kawalan." Marvin rasa seperti ingin menangis.

Gadis ini seperti bom yang boleh meletup bila-bila masa!

Jika dia mula membaca mantera, seluruh Hutan Thousand Leaves ini akan terkesan! Jika Marvin mahu elak dari kecederaan oleh magik ini, dia terpaksa berdiri dengan patuh di sebelah gadis itu!

Pengawal Elven Iron ini sepatutnya akan terkesan dengan magik Kate!

Mereka pasti akan mati tanpa meninggalkan tubuh badan!

Pada masa itu, Raja Elven Agung akan datang membunuh mereka…

Marvin tidak dapat bayangkan apa akan berlaku nanti!

Tetapi pada masa itu, suara yang dikenali berkata, "Budak kecil, jangan gelisah."

"Maafkan aku kerana babitkan kau dalam perkara ini. Tujuan aku, untuk menguji reaksi perantis aku secara spontan."

"Aku meminta maaf. Elves pokok ini sebenarnya kawan aku. Mereka tidak akan menyusahkan kau."

Muka Marvin mula berubah ketika kelibat tukang besi tua itu muncul di antara elves sambil tersengih melihat dia.

Kate kaku dan melihat Marvin.

Muka Marvin terus menjadi merah kerana marah. Nampaknya orang tua ini bermain dengan dia selama ini!

Dia hanya mencari alasan untuk menghalau dia dan biarkan Pengawal Elven Iron menangkap dia untuk melihat bagaimana cara untuk melepaskan diri dari penjara!

Dan Marvin pula selama ini risau tentang Sean.

Melihat keadaan Marvin yang muram, Sean terus melangkah dan berkata, "Aku janji kali ini ujian yang terakhir."

"Kau telah berjaya. Selamat datang untuk kau menjadi Perantau Malam. Seterusnya aku akan adakan upacara kenaikan pangkat!"

"Untuk budak perempuan itu pula, maafkan aku kerana buat kau terkejut. Tolong kawal emosi kau."

"Sebagai balasan, aku menjemput kau untuk melihat upacara kenaikan pangkat Marvin. Kau juga akan menerima balasan dari rahmat Raja Malam nanti."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C92
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk