Unduh Aplikasi
8.7% Renjer Malam / Chapter 64: Dunia Cermin

Bab 64: Dunia Cermin

Editor: EndlessFantasy Translation

Kabus itu terus menyelubungi Marvin dan masa terus berlalu.

Tidak lama kemudian, masa sepuluh minit sudah tiba.

Tetapi musuh yang diharapkan masih belum muncul.

"Erm?"

Nampaknya ada sedikit perbezaan.

Marvin terkejut tetapi dia terus bersedia!

Naga tembaga merah tidak pernah menipu. Jika dia cakap sepuluh minit bermakna sepuluh minit!

Jadi adakah dia telah berada di dunia cermin?

Marvin dapat merasakan satu krisis yang hebat.

Dia terus menghunus kerambitnya mengikut naluri ketika memusingkan diri!

Suasana memang sunyi dan tiada apa di situ!

Tetapi Marvin dapat rasakan ia telah tiba!

Renjer yang menggunakan stealth!

"Licik sungguh…"

Marvin melihat persekitaran kabus yang tebal sambil mengerut dahi.

Ini agak mencurigakan. Berdasarkan permainan video, musuh tidak akan menjadi selicik ini.

Mereka biasanya akan terus menyerang.

"Betulkah… Ada perbezaan antara permainan video dan juga dunia realiti?"

Marvin menarik nafas dengan dalam dan terus fokuskan diri.

Dia tidak sangka akan kehilangan kelebihan sejak mula. Ini agak melecehkan.

Dunia cermin ialah tempat di mana pemilik kelas mencabar diri sendiri.

Tempat ini tidak akan membenarkan barang lain selain kemahiran dan senjata pengguna sahaja. Dan musuh Marvin ialah manusia klon dirinya yang dibuat oleh naga tembaga merah.

Klon ini mempunyai atribut dan kuasa lebih kurang sama.

Klon level pertama menguasai level pisau belati yang sama iaitu [Beginner] level.

Asalkan dia dapat dikalahkan, penguasaan pisau belati Marvin akan meningkat satu level kepada [Intermediate]!

Selepas Intermediate adalah Expert dan selepas itu adalah Master. Pembunuh gelap dari lelabah bayang itu mempunyai penguasaan pisau belati level master.

Disebabkan ini dia dapat mengalahkan Marvin dengan mudah!

Jika menggunakan pisau belati, walaupun serangan yang sama, kuasa serangan orang itu sekurang-kurangnya 60% lebih kuat!

Inilah kelebihan penguasaan kemahiran senjata.

Walaupun Marvin sangat mahir menggunakan pisau belati tetapi tidak cukup jika dia tidak meningkatkan level penguasaan senjatanya. Kali ini dia perlu menggunakan pengalaman lama untuk meningkatkan level penguasaan pisau belatinya.

Dan dunia cermin naga tembaga merah merupakan jalan pintas yang dia boleh ambil.

Marvin dengan senyap menggenggam kerambit di tangan. Setiap tiga saat dia akan berpusing ke setiap arah.

Kadar persepsi dia agak rendah.

Walaupun dia telah meletakkan nilai dalam Listen, Marvin tahu agak sukar dengan persepsi yang dia ada untuk perasan dia menggunakan stealth.

Dan musuh di dunia cermin ini dirinya sendiri.

Mengalahkan diri sendiri memang bukan perkara yang mudah.

Profesor memang suka mencari benda yang seronok. Dia juga suka mereka yang berani mencabar diri sendiri. Sebab itu dia mencipta dunia cermin.

"Nampak tidak adil." Naga tembaga merah di luar dunia cermin mencapai lagi bahan galian dan terus menelan ia. Dia sendawa dan berkata, "Menggunakan kesedaran berjuang aku untuk membuli renjer baru. Walaupun lelaki ini boleh dipuji kerana keberaniaan yang dia ada, tetapi aku rasa agak sukar bagi dia kali ini."

Dia menghentikan diri untuk mengawal klon di dalam dunia cermin dan mengangkat [Magic Intelligence].

Sihir yang menjana kecerdasan ciptaan seperti ini mestilah lebih lemah berbanding dengan naga tembaga merah mengawal klon di dunia cermin itu sendiri.

Marvin yang di dalam dunia cermin itu tidak tahu akan perkara ini. Dia terus rasakan seperti ada sesuatu di belakangnya!

"Sudah rasa tidak sabar ketika ini?"

Marvin rasa terkejut sedikit tapi tidak bergerak.

Dia telah mula menjejak suara tapak kaki pihak lawan.

Marvin dapat mengagak berapa jarak kemahiran shadow step akan tiba jika dia gunakan. Sebab itu dia berpura-pura masih tidak sedar kehadiran pihak satu lagi.

"Dah makin dekat."

"Haa… Langkah ini!"

Dalam sekelip mata, Marvin terus melangkah ke depan!

Selepas itu, satu kelibat terus muncul dari kabus, orang itu nampak sama seperti Marvin dan memegang kerambit yang sama juga di tangan!

Shadow Step!

Seperti yang Marvin jangka, tindakan pertama klon dunia cermin itu ialah shadow step. Ia menerkam dengan kejam ke arah lokasi Marvin sebelum ini.

Jika Marvin tidak mengelak, serangan seterusnya pastinya cutthroat yang menakutkan itu!

Serangan yang biasa Marvin gunakan kini digunakan oleh musuhnya.

"Malangnya… Ia masih tidak cukup!"

Marvin tersengih dan terus pusing ke belakang dengan kerambit kembarnya dihunus!

Selepas menggunakan shadow step, klon dunia cermin itu terkaku sementara waktu.

Terkaku merupakan satu ruang yang sangat besar bagi pandangan Marvin!

Walaupun kekuatan dua-dua pihak sama tetapi pengalaman pertarungan mereka tidak pada level yang sama!

Tambahan lagi terdapat sesetengah benda yang atribut tidak dapat tunjukkan.

Selepas klon dunia cermin itu memunculkan diri, keputusan pertarungan kali ini dapat diagak oleh Marvin.

"Clang! Clang!"

Bunyi kerambit berlaga dapat di dengar di dunia cermin. Serangan Marvin yang lancar dan ganas menyebabkan musuh klon dunia cermin itu tidak dapat membalas!

Setelah satu setengah minit kemudian, Marvin berjaya membunuh klon dunia cermin itu!

Walaupun lelaki itu nampak sepertinya tetapi Marvin tidak akan tunjuk sebarang belas kasihan.

Selepas kerambit mengelar leher klon tersebut, klon itu terus berderai menjadi tanah sebelum jatuh menjadi pasir ke semua arah.

"Tahniah, anda telah berjaya melepasi tingkat pertama."

"Sebenarnya, menyelesaikan dalam masa yang singkat membuatkan aku sangat terkejut!"

"Oleh sebab itu, klon tingkat kedua lebih menakutkan dari apa yang kamu bayangkan. Tetapi sekarang, aku akan berikan ganjaran kau dulu."

Suara terkejut naga tembaga merah itu datang dari luar dunia cermin.

Dia tidak menjangka Marvin mampu mengalahkan klon dunia cermin ketika dia tengah terganggu!

Adakah magic intelligence aku terlalu bangang?

"Apa patut aku hadiahkan dia? Hadiah tingkat pertama patut tidak terlalu besar tetapi selepas apa yang budak itu telah persembahkan, aku patut tunjukkan kemurahan hati aku!"

Naga tembaga merah itu berfikir sejenak sebelum mengeluarkan sesuatu dari tempat kosong.

[Anda mengalahkan klon dunia cermin. Kemahiran anda meningkat selepas pertempuran.]

[Dagger Mastery +1]

[Level Dagger Mastery anda meningkat kepada: Intermediate]

Marvin meneliti log perlawanan. Dia juga menyemak tahap penguasaan pisau belatinya.

Memang telah meningkat naik.

Penghayatan Marvin terhadap kerambit kembarnya terasa lebih tinggi.

Kuasa serangan dia meningkat sekurang-kurangnya 5%.

Ini kelebihan peningkatan penguasaan senjata. Terutama sekali bagi kelas pelawan jarak dekat.

Kabus mula nipis dan meninggalkan harta karun di situ.

Marvin tahu ini ganjaran naga tembaga merah.

Dia membuka peti harta karun tersebut dan terkejut selepas terlihat buku terdapat di dalamnya!

"Buku Kemahiran?"

"Ini buku kemahiran untuk teknik memedang!?"

Marvin sangat terkejut.

Dia amat risau kerana tidak menjumpai sebarang buku kemahiran terutama sekali buku teknik memedang. Dia masih ingat lagi teknik memedang pembunuh gelap. Teknik memedang merupakan benda yang paling dia perlukan sekarang. Ia akan memaksimumkan kemahiran pisau belatinya.

Naga tembaga merah itu memberi buku bernama "Blade Technique - Rapids." Ia merupakan teknik memedang yang asas dan Marvin membuat keputusan untuk terus belajar.

Disebabkan penguasaan pisau belatinya, sebarang teknik memedang boleh dipelajari dan bertukar menjadi kemahiran individu Marvin. Bagi level kemahiran ini pula, ia bergantung kepada tahap pemahaman Marvin. Ia berkait rapat dengan kecerdasan.

[Blade Technique – Rapids]: Salah satu teknik asas memedang. Anda boleh meningkatkan sedikit kelajuan serangan anda buat jangka masa yang lama.

"Nampak agak biasa tetapi lebih bagus dari tiada." Marvin menyimpan buku teknik memedang itu.

Jika dibandingkan dengan [Blade Technique – Rushing Thunder Slash] pembunuh gelap, [Blade Technique – Rapids] agak lemah. Rushing Thunder dapat meningkatkan kepantasan serangan dalam jangka masa pendek manakala Rapids meningkatkan sedikit kepantasan serangan buat jangka masa panjang. Walaupun setiap teknik ada kelebihan masing-masing tetapi renjer senjata kembar sangat mementingkan ledakan kuasa jangka pendek.

Tetapi sebab ia meningkatkan kepantasan serangan, ia boleh dikatakan dia seperti mempunyai tangan lagi satu ketika berlawan. Lebih bagus dari tiada.

Marvin yang kekurangan sumber ini tidak boleh bersikap terlalu memilih.

"Kenapa kau tidak terus belajar kemahiran itu?" Satu suara kedengaran datang dari luar dunia cermin.

"Kerana aku masih ingin teruskan cabaran lagi."

Marvin terus menambah, "Jika aku belajar sekarang, klon dunia cermin selepas ini akan tahu teknik memedang itu. Aku rasa lebih baik aku tidak belajar dahulu."

"Budak pandai." Naga tembaga merah itu sendawa lagi.

"Berhati-hati, klon tingkat kedua dunia cermin mempunyai 120% abiliti kau dan juga penguasaan pedang satu level lebih tinggi!"


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C64
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk