Unduh Aplikasi
1.9% Renjer Malam / Chapter 14: Perjuangan Pahit

Bab 14: Perjuangan Pahit

Editor: EndlessFantasy Translation

"Alamak!"

Bucu tajam kapak besar itu pun terus menghala ke arah Marvin untuk membelahnya kepada dua, dia pun memaksa dirinya mengelak pada saat-saat akhir.

[Kaku selesai!]

Marvin terselamat disebabkan pengalaman pertempuran yang banyak, menyebabkan dirinya mengelak ke sisi dari serangan maut itu.

Boom!

Nampaknya Diapheis menggunakan semua kekuatannya dalam menetak kapak tersebut dan tidak sempat dari memberhentikan daya serangan terus ke lantai.

Debu-debu berterbangan ke sekeliling.

Sekarang!

Mata Marvin bersinar selepas berjaya mengelak, dia pun terus menerjah ke Diapheis. Dengan 19 nilai ketangkasan memberikannya reaksi yang sangat pantas. Dia sangat pantas seperti burung layang-layang, kakinya mencengkam bawah badan Diapheis dan mengangkat kedua-dua kerambitnya secara melintang!

[Cutthroat]!

Mata Diapheis terlihat sedikit ketakutan! Dia tidak sangka kemahiran hebatnya iaitu [Intimidating Presence] hanya mempunyai efek yang sekejap kepada Marvin.

"Ini mustahil!"

Kemahiran Orang Gasar [Intimidating Presence] kebiasaanya boleh membuatkan pengembara level rendah kaku selama 2 saat, bukan pendek selama 0.5 saat.

Tetapi, dia tidak tahu yang Marvin adalah seorang yang datang dari dunia lain yang telah melalui berbagai jenis pertempuran yang menyebabkannya penuh dengan nilai keazaman yang tinggi. Dia bukanlah budak muda yang penakut itu. Walaupun status keazamannya adalah rendah tetapi jiwanya yang kental memainkan peranan besar dalam semakan itu.

Kesilapan mengira Kehadiran Menakutkan menyebabkan Diaphies alpa seketika. Tetapi dia juga pelawan yang berpengalaman banyak, selepas itu dia pun melepaskan kapaknya dan menggunakan kedua tangan untuk menghalang dari lehernya dikelar oleh kemahiran Mengelar Leher dari Marvin.

Woosh!

Darah pun terpancut, tangan kiri dan kanan Diapheis memegang kerambit Marvin!

Mengelar Leher gagal!

Tetapi serangan Marvin belum selesai. Dia tersengih dan mengalihkan badannya ke lengan Diapheis seperti melawan gravity dan memusing kerambitnya.

"Sakit!" Walaupun dengan keazaman yang tinggi dimiliki Orang Gasar, dia tidak dapat menahan kesakitan yang perit. Dia pun cuba menolak tepi kerambit itu tetapi makin berasa lebih sakit di belakang pula. Dalam masa sekelip mata, hujung mata kerambit itu telah menikam ke arah kiri tulang belakangnya.

Badan Marvin seperti terbang di udara, tangan kirinya sudah melepaskan kerambit tersebut dan kaki kanannya menendang masuk kerambit itu.

"Argh!" Diapheis menjerit kesakitan selepas kerambit itu tercucuk dalam ke arah belikatnya menghala ke arah jantung.

Badan Marvin membuat kuak lentang yang sempurna di udara sebelum mendarat ke tanah.

Pasukan elit yang berada di tepi sudah seram sejuk seluruh badan melihat keadaan tersebut. Ini bukan perkara yang mampu dilakukan manusia! Menggunakan kelincahan dan mengawal badan seperti ini, hanya kebolehan seperti elf tinggi dalam legenda yang mampu lakukan.

Diapheis bukanlah samseng sembarangan. Dia memakai perisai besi di seluruh badan melainkan leher dan beberapa anggota badan yang mempunyai ruang yang sempit di celah perisau untuk mereka ambil kesempatan menyerang di situ.

Marvin mampu menusuk kerambitnya secara tepat walaupun berada di udara; Pembunuh Hendap Bayang yang berpangkat ke 2 pun belum tentu mampu melakukannya. Ini adalah kemahiran semulajadi dan juga deria bertarung yang diperoleh dari melalui pertempuran yang banyak. Tiada jalan pintas untuk sampai ke tahap ini.

Ahli samseng yang lain mula gembira kerana mereka tidak berlawan, jika tidak pasti mereka akan mati.

Kekuatan Renjer yang bersenjata kembar ini tidak mudah seperti yang disangka. Semestinya dia adalah orang yang sangat pakar!

"Aku dengar sesetengah pakar mampu menyembunyikan kekuatan mereka, membuatkan mereka nampak lebih lemah beberapa level."

"Pengguna Senjata Kembar Bertopeng ini adalah orang yang sangat pakar."

"Habislah dia! Kita tidak patut membuatkan orang yang pakar itu marah! Mana tahu berapakah bangsawan itu mengupah untuk memanggil orang itu?"

Beberapa ahli elit Acheron sudah mula menggigil ketakutan.

Tetapi Marvin tidak ambil kisah, kerana dia tidak berjaya membunuh Diapheis dengan serangan tersebut.

"Tiada pukulan kritikal." Marvin sekali imbas melihat log perlawanan, sedikit hampa. Teknik yang digunakan boleh dikatakan sudah mencapai batas yang boleh dibuat oleh tubuh badan. Dia telah menggunakan stamina yang banyak.

Diapheis telah kehilangan lebih dari 60HP dan berdarah tetapi masih lagi hidup. Dia pun cuba menutup belakangya yang berada dalam kesakitan sambil menarik nafas dengan laju. Setiap minit dan saat kerambit itu masih tercucuk di badannya, ianya akan mengurangkan nilai HP dan menurunkan keazamannya.

"Renjer sial!" Dia pun menahan keperitan yang dialami, menunjukkan keazaman yang dimiliki oleh Orang Gasar. Dia pun mengambil kembali kapak besar sekali lagi dan menghayun rendah dengan kuat.

Marvin pun berkelip dan dengan mahil berguling untuk mengelak. Tetapi Diapheis telah belajar dari kesilapan dan tidak memberi peluang kepada Marvin. Dia hanya menggunakan separuh tenaganya sahaja menyerang supaya dia boleh sentiasa menyerang. Hayunan kapak besar itu seperti lukisan yang ganas dan bayang yang terjadi seperti terpecah-pecah di halaman. Ianya nampak agak sejuk dan tidak bernyawa di bawah sinaran bulan.

Marvin amat terdesak mengelak untuk keluar dari ruang serangan kapak itu, dan sekali sekala cuba untuk menyerang, tetapi Diapheis akan mempertaruhkan nyawanya untuk menghadapi serangan maut bersama menyebabkan Marvin berundur. Diapheis boleh menerima sekali serangannya tetapi Marvin tidak boleh terkena walau satu serangan dari kapak besar itu.

Kedua belah pihak dalam keadaan perjuangan yang pahit. Ianya adalah perlumbaan keazaman. Stamina Marvin semakin menyusut manakala HP Diapheis pula semakin menurun.

Kerambit itu merupakan kunci dalam perlawanan ini. Malangnya Marvin tidak ada masa untuk meletak racun di situ, jika tidak pasti semuanya berjalan dengan lebih lancar. Tetapi barang seperti itu adalah terkawal dan mendapatkannya bukanlah mudah.

Kedua mereka bergantung kepada keazaman dan deria bertarung untuk berlawan, dan situasi sekarang dalam kebuntuan.

Baki lima ahli elit tersebut melihat sesame sendiri dan menuju untuk mengepung Marvin.

Budak perempuan kecil yang menyorok di satu sudut putus harapan.

Mereka ingin menghadapi Marvin kerana berasa stamina Marvin ketika ini sudah hampir habis.

Dia mula sesak nafas. Menghadapi kapak Diapheis sahaja sudah membuatkan dia keletihan. Jika mereka menyerang sekarang, sudah tentu Marvin akan kalah. Sekuat mana pun Marvin, jika stamina sudah habis, sudah tentu tidak berguna.

Ugutannya sebelum ini tidak meninggalkan sebarang efek lagi.

"Adakah engkau orang yakin ingin berbuat demikian?" Sambil mengelak serangan dari Diapheis, sambil bertanya, "Adakah engkau orang memang hendak mampus?"

"Dia hanya berbual kosong!" Salah seorang Pencuri di antara mereka berkata, "Mari kita mengepung dia dan menolak sedikit supaya bos boleh membunuhnya!"

Selepas berkata demikian, kelima-lima orang tersebut pergi ke arah belakang Marvin.

Musuh di kedua-dua arah.

Diapheis yang pucat itu menarik kapaknya sambil mencarut ke arah si celaka yang mengambil kesempatan tetapi di dalam hati, dia lega kerana mereka bekerjasama untuk menghapuskan Marvin.

"Cepat lari!" Budak perempuan kecil itu pun tidak sanggup melihat dan berlari ke depan. Pada masa ini, Marvin pun menoleh kepala dan tersenyum seketika.

Tidak lama kemudian, Marvin pun dengan pantas pergi ke arah lima orang tersebut. Mereka berlima terus terkejut dan meletakkan senjata di depan mereka. Tetapi Marvin bukan menyerang mereka, sebaliknya pergi ke arah kotak dan melompat.

Marvin telah kehabisan stamina dengan lompatan ini dan meninggalkan mereka berlima terpinga-ping.

"Dia hendak lari!

"Cepat! Tangkap dia!"

"Bangang, cepatlah kejar! Dia seperti anak panah yang sudah hampir hilang daya terbang!"

Diapheis mencarut sekuatnya. Kelima-lima orang tersebut bersama Diapheis mengejar Marvin dalam kepungan bentuk kipas.

Pada masa itu, budak perempuan yang masih menyorok di celah sudah pun keluar dan menghadang depan Marvin. Dia memegang satu pisau belati kecil dendang ekspresi muka yang tidak mengalah.

Dia dan marvin akan hidup dan mati bersama!

"Terima kasih Isabelle."Marvin pun membuang kerambitnya dan mengusap kepala budak perempuan kecil itu.

"Ini sahaja yang aku mampu aku lakukan." Suara budak perempuan kecil itu tergagap-gagap tapi tegas. "Encik Bertopeng… Boleh aku panggil kau dengan nama itu?"

"Sudah tentu." Marvin tersenyum.

Budak perempuan kecil itu menutup mata. Tangan kanan Marvin membuat penumbuk dan menghala ke arah enam orang yang datang meluru.

"Vs'bon!"

"Satu perkataan pelik keluar dari mulut Marvin dan selepas itu bunyi deruman guruh pun berlaku di halaman. Ini adalah bahasa Fairy Turin. Tidak sampai 50 orang yang boleh menutur dalam bahasa ini dalam dunia manusia, dan separuh dari mereka mempunyai gelaran Dewa Ahli Sihir.

Tujuh cahaya berlainan warna muncul di jari Marvin.

Isabelle pun membuka matanya dan melihat cahaya pelangi keluar dari tangan Marvin.

Ianya sangat cantik seperti pesta bunga api. Tetapi juga sangat kejam.

Ini adalah salah satu jampik magik yang menakutkan, [Rainbow Jet]

Enam orang yang mengejar itu dalam lingkungan efek serangan [Rainbow Jet]. Badan kelima-lima orang pangkat 1 kelas pengembara itu terkena cahaya pelangi dan badan mereka mula menjadi Kristal dari badan berdarah kepada kristal berwarna tujuh.

Ini adalah keadaan yang sangat menakutkan!

Hanya Diapheis sahaja yang baik sedikit kerana dia sempat berundur dan hanya dadanya sahaja terkena cahaya pelangi tersebut. Walaupun begitu, nilai HPnya menyusut teruk sehingga tinggal 30HP sahaja.

Lima yang lain sudah mati.

"Tidak!" Diapheis meraung menjerit. Kedua tangannya mula bertukar kepada kristal dan dia mula kehilangan untuk menghayun kapaknya.

"Bagi aku pinjam pisau belati itu," Marvin meminta.

Budak perempuan kecil itu dengan segera memberi. Marvin menimbang sekejap sebelum mencampak ianya terbang.

Bang!

Tepat pada celah kedua kening mata!

Mata Diapheis terbeliak tidak percaya dan dia terbaring ke belakang bersama kapak besarnya itu.

"Menakutkan?"

Hanya Marvin dan Isabelle yang tinggal di halaman itu.

Isabelle pun condong kepalanya ke sebelah dan selepas itu tersenyum. "Sangat cantik."

"Ingat, jangan sentuh mereka. Orang yang terkena serangan Jet Pelangi masih tersimpan kuasa kristal di dalam badan mereka selama dua jam dan boleh menjangkiti orang lain," Marvin memesan.

"Encik Topeng, engkau Ahli Sihir ke?"

"Bukan, aku adalah Renjer," Marvin berkata. "Tetapi kuasa magik adalah kuasa membunuh paling hebat ketika ini."

Dia pun berkata dalam hati, "Aku rasa tidak sampai setengah tahun lagi masa akan tiba."

Selepas bencana besar, ramai Ahli Sihir akan meletup kerana menyerap terlalu banyak kuasa mana dunia, dan sesetengah dari mereka akan turun pangkat manakala bakinya akan bertukar menjadi raksaksa kerana mana kelam-kabut.

Ini adalah tragedi yang buruk. Era keempat Ahli Sihir akan musnah dalam masa yang singkat. Selepas jangka masa yang lama, manusia yang bijak pandai akan belajar semula menggunakan magik tetapi menggunakan sistem magik yang baru dan berlainan.

"Mari kita pergi ke bilik bawah tanah."

Marvin pun menarik tangan Isabelle dan menghala ke terowong.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C14
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk