Jelingan Huo Mian yang dingin singgah di wajah Song Yishi. "Tak apa, terima kasih, saya tak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan dengan kamu."
Sebelum ini, Huo Mian tidak akan menunjukkan kebenciannya dengan jelas terhadap Song Yishi, tetapi sejak insidennya berlumba dengan Song Yixuan, dia memutuskan untuk berhenti berpura-pura seolah-olah mereka berkawan. Lagipun, mereka tidak menyukai satu sama lain. Jadi, kenapa perlu berpura-pura?
Tambahan pula, Huo Mian tidak mahu membazirkan masanya yang berharga untuk Song Yishi.
Sebelum ini Huo Mian merasakan Song Yishi bijak kerana cara yang digunakan lebih licik berbanding Jiang Linyue dan yang lain.
Namun, selepas itu Huo Mian sedar yang Song Yishi sebenarnya bodoh, sama seperti mereka yang lain. Dia telah menemui jalan mati beberapa kali tetapi tidak mahu menyerah kalah…