Setelah teragak-agak untuk lima saat, Huo Mian mendongak ke siling dengan sengaja dan berkata, "Cuaca dekat luar baik hari ni, matahari terbit dan semualah…"
Sebenarnya, Huo Mian tidak mahu menipu kepada Qin Chu dengan sengaja. Dia cuma tidak mahu Qin Chu naik angin.
Semua tempat dan semua benda di sekitar Encik Qin menjadi ais apabila dia mengamuk…
Akhirnya, Qin Chu merenung Huo Mian untuk masa yang lama sebelum meletakkan telefonnya di atas meja. "Ramai sangat orang kongsi video ni dekat WeChat. Ia menarik, kamu patut tengok."
Huo Mian yang curiga mengambil telefon Qin Chu dan melihat video tersebut…
Celaka, itu video perlumbaannya dengan saudara Song!
Seseorang telah merakamnya dengan dron di udara dan kualiti video itu agak bagus…
Dalam sekelip mata, Huo Mian terasa seperti dia dipanah petir…
"Ni… Ni…" Huo Mian mencuba lagi dan lagi tetapi dia tidak dapat mengeluarkan apa-apa perkataan daripada mulutnya…