Qin Chu seorang ateis dan tidak mempercayai apa-apa yang tidak boleh dibuktikan sains. Dia tidak akan pernah percaya mengenai kewujudan tuhan di dunia ini.
Dalam erti kata lain, dia hanya mempercayai dirinya sendiri.
Huo Mian lebih berminat dengan agama maka dia tidak berkata apa-apa. Dia hanya melihat arca Guanyin.
"Jangan fikir yang bukan-bukan. Ibu dan ayah kamu cuma nak kamu ada anak secepat mungkin, jadi kami dapatkan arca ni untuk kamu. Tak apa kalau kamu berdua tak percayakannya, kamu tak perlu ikut tradisi dan letak pemberian. Cuma minta sesiapa letak buah dan nyalakan dupa dengan kerap, Ibu percaya Guanyin pembawa anak akan rahmati keluarga kamu."
Qin Chu mahu meminta Ibunya mengambil semula arca tersebut…
Namun, sebelum ayat tersebut keluar dari mulutnya, dia mendengar Huo Mian berkata, "Terima kasih."
Qin Chu memandang Huo Mian dengan terkejut; dia tidak sangka Huo Mian akan menerima arca tersebut dan berterima kasih kepada ibunya.