Tidak lama selepas itu, seseorang berteriak tiba-tiba, "Bos, mereka dah sampai!"
Lelaki berparut di wajah itu segera melaung, "Gemuk, bawa dia masuk."
"Bos…" Lelaki gemuk itu terasa seperti mahu menangis dan wajahnya sarat dengan kekecewaan.
Namun, dia tiada pilihan kecuali mendengar arahan bosnya dan mengheret Huo Mian…
"Tanggalkan penutup mata dia, ia akan jadi pertunjukan menarik," lelaki berparut itu ketawa.
Kemudian, lelaki gemuk itu membuka penutup mata Huo Mian…
Ketika itu Huo Mian sedar yang sebenarnya dia berada di dalam gedung terbiar.
Terdapat lapan lelaki mengelilinginya dan lelaki yang berdiri di tengah ialah pesakit yang berjumpa dengannya pagi itu.
Huo Mian memandang 7 orang pekerja bawahan lelaki itu… dan tidak mengenali seorang pun dari mereka. Siapa yang mengupah mereka?
Pada mulanya dia menyangka Song Yishi… namun, dia segera menafikan pertuduhan tersebut.