Mereka tidak berada di rumah mahupun GK. Namun, Huo Mian terkejut apabila Encik Qin menciumnya, pada ketika itu dan di tempat itu…
Dia hanya menerkam ke arah Huo Mian… dan kemudian…
"Dr. Huo… kamu tak apa-apa?" Jururawat sebentar tadi tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan; setelah sibuk menguruskan pesakit, dia tiba-tiba teringat untuk bertanya keadaan Huo Mian.
Oleh itu, dia menerpa masuk ke pejabat Huo Mian tanpa mengetuk pintu…
Namun, dia terperanjat dengan apa yang dilihatnya…
"Um.. Saya minta maaf, Dr. Huo, kamu berdua boleh teruskan." Menutup pintu di belakangnya, jururawat itu terus melarikan diri.
Huo Mian menolak Qin Chu dan menumbuknya di bahu.
"Tengoklah, ni semua salah kamu. Jururawat tu mulut tempayan, semua orang dekat Bahagian Selatan akan tahu."
"Apa salahnya cium isteri saya sendiri?" Qin Chu dipersalahkan.
Seperti yang dijangka, selepas sesi yang mengghairahkan, keadaan menjadi normal kembali…