"Jangan beritahu Ni Yang saya dermakan hati untuk dia."
"Apa? Kenapa?" Setelah Ni Yang pulih, Huo Mian mahu memberitahu Ni Yang yang Xie Juan telah mendermakan hati untuknya. Mungkin perkara itu akan membuatkan dia tersentuh dan mereka mungkin akan berbaik semula.
Namun, Huo Mian tidak faham mengapa Xie Juan minta untuk dia rahsiakan hal ini dari Ni Yang.
"Sebab saya banyak sangat berhutang dengan dia… saya tak nak dia maafkan saya sebab saya dermakan organ kepadanya. Sebagai seorang emak, banyak lagi perkara yang saya belum buat. Betul cakap kamu, saya terlalu pentingkan diri sendiri. Mereka berdua anak saya. Jadi, kenapa saya cuma sayang Shuai Shuai? Semua ni tak adil untuk Ni Yang. Dulu saya sombong dan sanggup lukakan dia serta minta duit daripada dia. Saya yang sebabkan dia kemurungan."