"Masa saya balik rumah untuk tengok mak, dia ada dekat sana juga. Kemudian, kami makan malam sama-sama dan saya hantar dia balik dalam perjalanan untuk jumpa kamu."
"Apa? Kamu berdua makan malam sama-sama?"
Qin Chu, "..."
"Apa yang kamu makan?"
"Saya tak ingat, ada beberapa hidangan makanan barat dan pembantu rumah sediakan sup. Saya tak makan pun."
Qin Chu bercakap benar kerana dia tidak mempunyai selera untuk makan.
"Oh, begituuuuuuu…" Huo Mian sengaja mengheret perkataan yang disebutnya.
"Sayang, kamu perlu percayakan saya. Kalau ada apa-apa yang berlaku, saya tak akan beritahu kamu yang dia ada dalam kereta."
"Saya tahu. Saya tak tanya apa-apa, kenapa kamu gugup sangat?" Huo Mian tergelak.
"Saya tak gugup tapi soalan kamu buat saya gugup."
"Kalau kamu tak salah, macam mana saya boleh buat kamu gugup?"
"Saya tak nak kamu syak yang bukan-bukan."
"Saya orang yang akan syak bukan-bukan ke?"