"Kamu berdua bergaduh ke?"
"Tak… kami tak bergaduh," Huang Yue bercakap dengan perlahan dan dia langsung tidak boleh memandang Huo Mian.
"Yue… hubungan ni antara dua pihak dan saya tak sepatutnya tanya semua ni… tapi saya kenal Zhixin dan dia tak akan minta tolong saya kalau dia ada pilihan lain. Dia cakap kamu mengelak daripada dia dalam beberapa hari ni. Kenapa? Dia ada buat salah?"
Huang Yue bukan orang yang suka mencampuradukkan perkara tetapi dia langsung tidak hadir ke Majlis sambutan ulang tahun GK yang ke-30. Perkara tersebut sesuatu yang pelik.
Huo Mian dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi dia tidak pernah bertanya kerana dia tidak mahu Zhixin berasa tertekan.
Namun, apabila Zhixin mencarinya malam semalam, dia tahu memang ada sesuatu yang tidak kena…
Huang Yue menggelengkan kepala. "Kakak Senior, Zhixin lelaki yang hebat… dia lelaki yang paling baik dan paling suci di luar sana dan dia layan saya dengan baik."