Lelaki tua ini pasti akan mempunyai objektif setiap kali dia membuka mulut untuk mengatakan sesuatu…
"Saya dah beritahu dia, pembantu kamu akan aturkan pertemuan tu nanti."
"Macam mana dengan Su Yu… tak boleh ke kamu tolong Yanyan. Mak Cik Shen kamu kata kami tak akan minta kamu tolong dengan percuma. Kami boleh pindahkan vila Taman Ekologi Timur-Akhir pada nama kamu. Kamu hanya tolong kenalkan mereka… tu saja."
"Maaf, Encik Huo, saya tak kenal sangat dengan Su Yu… dan tak ada bakat untuk dapat vila kamu, betul… hadiah tu terlalu mahal."
Huo Mian meletakkan begnya di tempat duduk pemandu di dalam Audi R8 dan kemudian masuk ke dalam kereta selepas dia bercakap…
Sebuah vila? Hehe, adakah dia betul-betul perlukan sebuah vila?
"Ketua Jururawat, saya minta maaf sebab kacau kamu pada hujung minggu, tapi boleh kamu datang ke sini?"