"Terima kasih, Abang." Huo Mian tidak menunjukkan tanda-tanda lemah dan memanggilnya 'abang' buat pertama kalinya di hadapan orang ramai, setelah begitu lama.
Sekarang Huo Mian merupakan Puan Muda di GK dan tidak mahu sesiapa mempunyai salah faham terhadapnya, terutama sekali khabar angin yang berkait dengan Huo Siqian.
"Ahem… selama saya kenal kamu, ni kali pertama kamu panggil saya abang. Untuk tu, saya perlu minum dua kali ganda lebih banyak masa makan tengah hari."