"Baiklah, kamu menang." Selama ini, Wei Liao tidak pernah bertemu dengan wanita begini.
Dia hampir melumpuhkan Wei Liao malam semalam, macam mana dia boleh bertanya tanpa rasa malu siapa Wei Liao hari ini?
Pada Wei Liao, Jiang Xiaowei berada di tahap yang berbeza dengan Huo Mian…
Huo Mian masih agak rasional; dia tahu dia dah berkahwin maka dia tidak akan mengambil inisiatif untuk bercakap dengan Su Yu. Tetapi sekurang-kurangnya tidak berpura-pura untuk tidak mengenali Su Yu.
Namun, Jiang Xiaowei ahli sihir yang mampu makan orang lain, tulang dan segala-galanya…
Wei Liao kerap kali terfikir yang wanita ini kelihatan sangat manis seperti bintang porno Jepun tetapi sikapnya sangat biadap.
Jika Wei Liao tidur dengannya sekalipun, dia mungkin tidak akan minta Wei Liao untuk bertanggungjawab kerana dia akan terus menafikan apa yang pernah berlaku.