Huo Mian tidak pernah menyangkakan Huo Zhenghai akan mengaku sebagai ayahnya dan membela dirinya…
Tetapi, dia tidak gembira…
Ini kerana Huo Mian tahu Huo Zhenghai tidak akan melakukan apa-apa yang tidak akan memberi kelebihan buatnya. Jika Huo Zhenghai membantu Huo Mian, dia pasti mahukan sesuatu sebagai balasan.
Sekitar waktu tengah hari, emak Huo Mian menghubunginya dan bertanya jika dia mahu pulang untuk makan tengah hari.
Huo Mian memandang jam; jika dia memandu dengan laju, dia mungkin akan sempat pulang ke Bahagian Selatan dalam masa dua jam.
Oleh itu, dia memandu ke rumah lama. Pelbagai hidangan terhidang memenuhi meja dan Huo Zhenghai juga berada di situ.
Yang Meirong langsung tidak mempunyai perasaan terhadap Huo Zhenghai tetapi disebabkan Huo Zhenghai telah membela anak mereka hari ini, Yang Meirong melayannya dengan baik.
"Mian, kamu dah balik." Huo Zhenghai berdiri dengan senyuman di wajah.
Huo Mian mengangguk…