Dia mahu melihat betapa kuatnya Qin Chu dan sama ada dia mampu mengubah keadaan menjadi sebaliknya…
"Sekejap lagi… kamu patut naik dan ucapkan tahniah lepas semua bintang kecil yang tak popular selesai berjalan. Jangan buat dia fikir kamu pesaing yang mudah." Wei Liao mengutarakan ideanya.
"Mestilah." Su Yu menyambung dengan memuji diri sendiri.
Walaupun dia tidak mempunyai apa-apa perkembangan dalam memikat Huo Mian, dia masih boleh bergembira buat seketika jika dia mampu mengalahkan Qin Chu dalam perniagaan…
Lagipun, Qin Chu merupakan suami Huo Mian buat masa sekarang…
Hmm? Kenapa 'masa sekarang' muncul di fikirannya? Ia seolah-olah Huo Mian akan bercerai pada masa akan datang dan kemudian berkahwin dengan lelaki lain.
Su Yu tidak mampu mengawal diri dari tersenyum apabila memikirkan semua ini…
Sudah lama dia tidak merasa gembira begini…