"Berapa banyak yang kamu menang hari ini?" Sebenarnya Su Yu mahu menjerit 'Huo Mian, saya sukakan kamu', tapi dia membatalkan niatnya pada saat yang paling genting selepas melihat mata Huo Mian. Lalu, dia sengaja mengubah soalan yang sepatutnya menjadi pengakuan, kepada 'berapa banyak yang kamu menang hari ini', seperti seorang pengecut.
"Sekitar 200 ribu."
"Oh, okey."
"Saya akan pergi sekarang," kata Huo Mian lalu pergi meninggalkan geladak.
Apabila Su Yu kembali ke biliknya, anginnya menjadi sangat baik dan dia juga bersiul…
Wei Liao sudah mandi dan sedang berbaring di sofa. Dia tersenyum. "Kamu gembira sebab dapat jumpa dia?"
Ya, sangat." Su Yu tidak mahu menyembunyikannya.
"Kamu tak tahu bagaimana kamu pandang dia tadi, kan?"
"Apa?" Su Yu memandang Wei Liao dengan keliru.
"Macam serigala pandang biri-biri. Kalau saya tak ada dalam bilik, masa dia sapu ubat, kamu mungkin akan terkam dia, kan?"
"Mungkin juga…"