"Namanya berakhir dengan Zhao dan dia kaya, itu saja yang saya boleh cakap." Lelaki itu mengetap bibir dan akhirnya mendedahkan segalanya.
"Oh, begitu. Jadi, dia dalangnya." Wajah Huo Mian jelas menunjukkan yang dia memahami situasi tersebut.
"Penawarnya?" Lelaki itu menghulurkan tangan.
Lelaki itu melihat Huo Mian yang mengeluarkan botol gelas kecil dan menyuapkan kepada bosnya.
"Dia tak apa-apa sekarang. Bawa dia ke bilik sauna. Dia akan pulih lepas mandi dengan air suam."
"Kenapa saya perlu percayakan kamu?" kata lelaki itu dengan marah.
"Sebab kamu tak ada pilihan lain. Sama ada kamu percayakan saya atau tak, semoga berjaya." Huo Mian menolak bos lelaki itu sebaik sahaja dia selesai berkata-kata. Orang suruhan lelaki itu mengekorinya dengan pantas untuk memegang lelaki itu.
Huo Mian duduk di tempat duduk pemandu dan memandu laju, meninggalkan pasangan itu di belakang…