"Ya, saya dah bosan. Kamu hanya perlu luluskan surat ini. Kamu akan rasa lebih lega bila dah tak tengok saya lagi. Jangan buang masa kamu."
"Saya tak pernah mencampur-adukkan perkara peribadi dengan perkara profesional. Kamu pasti kamu tak nak mempertimbangkan semula perkara ini?"
"Saya pasti," kata Wang Tingting dengan yakin. Suaranya juga penuh keyakinan.
Huo Mian masih ingat seseorang pernah memberitahunya yang Tingting seseorang yang mengejar status dan sentiasa mahu dinaikkan pangkat di hospital ini. Dia juga pernah tidur dengan Timbalan Pengarah Guo untuk memastikan yang dia dinaikkan pangkat tetapi dia hanya diterima sebagai pekerja sepenuh masa. Wang Tingting kecewa apabila Song Ling melantik Huo Mian sebagai ketua jururawat dan kerana itu, dia sering menentang Huo Mian. Namun, Wang Tingting menjadi lebih jinak selepas Huo Mian mengajarnya beberapa perkara.