"Nampaknya, kamu belum tahu lagi?" tanya Gao Ran dengan berhati-hati.
"Tahu apa? Cepat beritahu saya apa yang berlaku."
Zhu Lingling berasa terganggu sejak dia mengetahui Huo Mian menipunya. Deng Kai juga memberi amaran tentang perkara itu tetapi kehidupannya masih aman setakat ini. Namun, lebih tenang keadaan di sekeliling, lebih kuat rasa tidak senang hatinya. Zhu Lingling merasakan keadaan itu bagaikan ketenangan sebelum ribut melanda. Dia telah memadam semua cara untuk menghubungi Deng Kai. Jadi, dia tidak lagi mempunyai sumber maklumat. Huo Mian pula merupakan kawan cabuk yang membuatkan dia risau kerana tidak memberitahu perkara seperti ini. Ini bukan kali pertama Gao Ran menyampaikan perkara seperti ini.
Semua orang kelas atasan tahu tentang apa yang berlaku antara Zhu Lingling, Huo Mian dan Zhou Guangming di Kelab Musang Menggoda.
- 20 minit kemudian -