Huo Mian mengabaikan Su Yu. Dia menahan teksi, masuk ke dalam teksi dan berlalu pergi…
Su Yu pula terlalu gembira dengan masa yang diluangkan bersama Huo Mian.
- Di Padang Golf -
Beberapa orang budak kaya sedang bermain golf dengan teman wanita mereka. Tetapi, hanya Su Yu berseorangan.
"Ini sungguh mengejutkan! Kenapa kamu berseorangan? Dah bosan dengan perempuan?" Huo Siqian tergelak.
"Ya, saya dah banyak sangat berseronok. Jadi, saya berehat sekejap." Su Yu ketawa.
"Angin kamu baik. Apa kata kamu baiki hubungan perniagaan antara keluarga kita? Kita tak patut menentang duit." Huo Siqian mengungkit tentang kerjasama kedua-dua keluarga ketika mereka sedang bergurau.
Su Yu membalas dengan bersahaja sambil melihat telefonnya, "Kita boleh bincang tentang kerjasama semula selepas kamu singkirkan adik kamu yang bodoh itu."
Huo Siqian mengangkat bahu. "Saya tahu kamu maksudkan Huo Yanyan. Dia berangan nak naik ke katil kamu juga?"