"Kamu tahu saya cakap tentang siapa."
"Jangan mengarut. Bukannya saya tidur dengan ramai wanita." Su Yu tahu Huo Mian nampak ramai wanita berbeza masuk dan keluar dari biliknya. Jadi, normal untuk Huo Mian membuat andaian begitu.
"Berapa ramai, 'ramai'?" Huo Mian memandang Su Yu kerana dia berasa lucu.
"Kenapa saya patut beritahu kamu? Kamu bukan teman wanita saya." Su Yu mengangkat kepalanya dengan bongkak.
"Eww, jangan cakap begitu. Saya rela bunuh diri daripada menjadi teman wanita kamu."
"Kamu..." Su Yu jarang menang apabila bergaduh dengan Huo Mian tetapi walaupun dia kalah, dia tidak pernah naik angin.
"Siapa lelaki itu? Teman lelaki kamu? Dia tak kacak sangat, dia pasti salah seorang daripada orang yang baru jadi kaya," Su Yu ketawa mengejek.
"Kalau seseorang itu jadi kaya kerana ada banyak wang, maka kamu seorang yang sangat kaya."
"Apa? Kamu tak suka saya cakap teman lelaki kamu begitu?"