Hou Mian melepaskan Su Yu dengan marah, menyebabkan Su Yu hilang imbangan dan jatuh ke tanah.
"Perempuan tak guna! Kenapa kamu lepaskan saya? Kamu nak bunuh saya?"
"Itulah terapi seksaan mental." Luah Huo Mian dengan penuh provokasi bagi membalas komen yang tidak senonoh sebentar tadi.
"Terapi bodoh apa ni? Saya akan buat aduan," protes Su Yu.
"Bagus, paling teruk pun saya hanya akan dibuang kerja. Bukannya saya mati kalau kehilangan kerja ini. Dengar sini, Su Yu, saya dah penat jaga kamu. Kamu lebih menyusahkan berbanding orang tua di bilik sebelah. Saya rela bermain catur daripada berasa cemas sebab perlu beru suntikan IV kepada kamu! Humph!" Huo Mian terus berpaling dan pergi.
Su Yu duduk di atas rumput seorang diri dan tidak mampu berdiri. Hanya dia yang tinggal di tempat itu.