Selepas itu, periuk elektrik berbunyi menandakan air telah mendidih. Huo Mian segera menolak Qin Chu ke tepi dan bangun dengan kekok.
"Um... air dah mendidih. Jom kita makan stimbot."
"Okey."
Air muka Qin Chu sarat dengan keinginannya. Jelas sekali dia mahu lebih daripada itu, tetapi, dia masih menurut kata Huo Mian.
Musim luruh mula menjelma dan cuaca sedikit dingin. Pasangan itu menikmati stimbot panas di rumah. Mereka dihangatkan oleh sup panas dan juga cinta mereka berdua.
Tiba-tiba telefon Qin Chu berdering.
"Kamu nak apa?"
"Saya baru balik kerja. Jom keluar minum." Ajak Gao Ran dengan penuh bersemangat.
"Tak nak."
"Kenapa?" Gao Ran tidak gembira setelah Qin Chu menolak pelawaannya.
"Saya dah makan di rumah."
"Oh, jadi kamu sedang meluangkan masa dengan isteri kamu. Saya belum makan malam lagi. Boleh saya makan di rumah kamu?"
"Tidak," Qin Chu menolak dengan tegas.