"Nama saya Lin Mingyu. Lin seperti hutan. Ming seperti bulan yang terang dan Yu seperti alam semesta (mengikut karakter bahasa Cina)." Lelaki itu menerangkan dengan tenang.
Lin Mingyu tidak begitu kacak tetapi rupa parasnya boleh tahan dan dia lelaki muda yang kelihatan bersih.
Jaket putihnya merupakan style terbaru Armani dan dia memakai cincin Carter pada jari telunjuknya.
Pakaiannya kelihatan melebih-lebih dan dia memang jelas tidak kelihatan seperti lelaki forensik. Tapi, kita tak boleh mengadili seseorang hanya kerana rupa parasnya, kan?
Selepas teragak-agak seketika, Huo Mian menggunakan cara yang sama untuk memperkenalkan dirinya.
"Nama saya Huo Mian. Huo seperti artis seni mempertahankan diri Huo Yuanjia dan Mian seperti tidur."
"Mian seperti tidur? Itu nama yang agak unik. Kenapa tak guna karakter 'Mian' yang bermaksud 'kapas'?" Lin Mingyu bertanya kerana ingin tahu.