"Saya kata, saya mengandung." Wu Xiaoxue mengulang.
"Kamu bergurau ke?" Ning Zhiyuan ketawa hambar.
"Sudah tentulah tidak. Kenapa saya nak bergurau tentang hal begini? Saya pun tak sangka perkara ini akan berlaku. Saya sudah ambil perancang kehamilan. Mungkin bayi ini terlalu bertuah."
"Tapi…saya rasa seperti ini semua berlaku dengan terlalu mendadak."
Mendengarkan kata-kata Ning Zhiyuan, wajah Wu Xiaoxue bertukar muram. Dia menolak Ning Zhiyuan ke tepi.
"Apa maksudnya? Kamu mahu saya buang bayi ini? Saya beritahu kamu ya, saya tak akan buat pengguguran. Itu tidak bagus untuk kesihatan saya. Saya seorang doktor OB/GYN jadi saya tahu tentang ini lebih baik daripada orang lain."
"Bukan itu maksud saya. Bawa bertenang."
"Saya tak boleh bertenang. Ning Zhiyuan, beritahu saya, kamu akan kahwin dengan saya atau tidak? Kalau kamu masih tak dapat lupakan Huo Mian, pergi cari dia. Saya akan biarkan kamu berdua bersama."