"Tak Mak Cik, kami tak bergaduh." Huo Mian bercakap sambil menyilangkan jarinya.
"Betulkah? Tetapi kenapa Mak Cik rasa macam ada sesuatu yang tak kena?" Emak Ning Zhiyuan menggumam sendirian.
"Kamu selalu terlebih fikir benda benda macam ini. Tengok, kan saya dah cakap tak ada apa-apa. Mian budak yang bagus. Dia tidak akan bergaduh dengan Zhiyuan." Ayah Ning Zhiyuan tergelak kecil.
Huo Mian berasa tidak senang hati selepas mendengar apa yang dikatakannya.
Selepas selesai menjamu selera, Huo Mian membawa pasangan tersebut ke ruang rehat pesakit luar Hospital Pertama dan kemudian menuju ke Klinik Oftalmologi.
Ning Zhiyuan berjalan keluar dari bilik bedah dan kelihatan sedikit penat. Dia baru sahaja selesai membedah pesakit katarak.
"Zhiyuan."
"Apa yang kamu mahu?" Ning Zhiyuan kelihatan tidak mesra.
"Mak Cik dan Pak Cik Ning ada di sini. Mereka tidak dapat menghubungi kamu, jadi mereka menelefon saya."