Unduh Aplikasi
4.4% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 56: Mengambil Inisiatif

Bab 56: Mengambil Inisiatif

Editor: EndlessFantasy Translation

"Huo Mian, saya dengar adik lelaki kamu terlibat dalam kemalangan kereta." Satu suara lelaki kedengaran menerusi telefon.

Walaupun nombor itu tidak disimpan di dalam telefonnya, pengakhiran '9999' itu sudah cukup bagi Huo Mian untuk mengenalinya.

Lelaki itu tidak lain tidak bukan adalah Huo Siqian, anak sulung Keluarga Huo dan Naib Presiden di Syarikat Huo.

"Ya. Kenapa? Adakah kamu menelefon untuk mengejek saya? Jika itu sebab kamu menghubungi saya, kamu sudah melihat segala-galanya. Saya akan mengakhiri panggilan ini."

Selepas menghabiskan ayatnya, Huo Mian hampir meletakkan panggilan itu…

"Tunggu."

"Apa lagi yang kamu mahu?" Huo Mian tidak pernah menyukai Huo Siqian, walaupun lelaki itu cuba mendekatinya selama ini.

Dia sering merasakan perasaan tidak suka yang tidak boleh diterangkan terhadap lelaki ini. Malah, Huo Mian merasakan yang Huo Siqian patut menjadi seperti Huo Yanyan dan Huo Siyi. Jika dia tidak sukakannya, lebih baik lelaki itu menunjukkan perasaan itu daripada berpura-pura.

"Huo Mian, kamu salah faham dengan apa yang saya maksudkan. Saya sudah katakannya sebelum ini. Saya berbeza dengan Huo Yanyan dan Huo Siyi."

"Nama keluarga kamu semua adalah Huo. Apa bezanya?" Huo Mian membalas dengan dingin.

"Ha…kamu betul. Tapi biar saya tanya kamu soalan ini, apa nama keluarga kamu?" Huo Siqian bertanya sambil ketawa.

"Saya tidak ada masa untuk membincangkan topik yang tidak berguna ini dengan kamu. Saya sangat sibuk. Selamat tinggal."

"Huo Mian, saya boleh pinjamkan kamu wang." Huo Siqian tiba-tiba berkata sewaktu Huo Mian hampir memutuskan panggilan.

Kata-katanya memeranjatkan Huo Mian.

"Apa? Kamu mahu pinjamkan saya wang?"

"Ya. Saya dengar yang pemandu itu meninggalkan tempat kejadian. Polis masih menyiasat dan kamu belum menerima sebarang pampasan. Adik kamu dirawat di Hospital Rakyat Pertama yang mana bermaksud kamu memerlukan banyak wang untuk rawatannya. Saya tahu kami tidak mempunyai kawan-kawan yang boleh meminjamkan kamu wang dengan jumlah sebesar ini, termasuklah tunang kamu itu. Jadi, saya rasa saya boleh pinjamkan kamu wang. Kamu boleh bayar pada saya perlahan-lahan, tanpa sebarang bunga."

"Kenapa kamu begitu baik dengan saya?" Huo Mian mencemuh. Tidak ada perkara seperti makanan tengah hari percuma dan dia sudah belajar maksud perbuatan itu lama dahulu.

Huo Siqian merupakan seorang ahli perniagaan, bukannya dermawan. Dia tidak akan menolong seseorang tanpa sebarang jenis tujuan. Dia sangat curiga mengenai mengapa Huo Siqian mahu membantunya.

"Kerana kamu adik perempuan saya." Huo Siqian ketawa.

"Saya tidak pernah ingat yang saya mempunyai abang yang begitu berkuasa seperti kamu. Saya sudah katakannya sebelum ini dan saya akan ulang, berhenti menggelarkan saya sebagai adik kamu. Jika kamu mahukan sesuatu, jangan berangan. Saya tidak ada sebarang bahagian dalam Keluarga Huo dan lelaki tua itu tidak akan memberikan saya harta warisan. Jika masa lalu boleh mengajar kamu sesuatu, nampaknya dia tidak akan kisah jika saya mati di jalanan sekalipun. Jadi, saya benar-benar tidak ada apa-apa untuk ditawarkan pada kamu Encik Huo."

"Kamu terlampau memandang rendah pada saya. Apa yang saya mahukan? Saya hanya mahu membantu kamu."

"Oh? Kalau begitu, terima kasih. Tetapi saya tidak perlukannya. Bayaran untuk pembedahan adik saya…sudah pun dijelaskan."

"Dijelaskan? Siapa yang bantu kamu dengan wang sebanyak itu?" Huo Siqian jelas terkejut.

"Itu bukan masalah kamu. Lagipun, saya tidak rasa kita cukup rapat untuk membincangkan hal peribadi begini. Tolong berhenti menghubungi saya di masa akan datang. Saya seorang yang sangat sibuk." Kemudian, Huo Mian segera memutuskan panggilan.

Huo Siqian membuatkan Huo Mian berasa aneh. Dia sering merasakan lelaki itu seorang yang aneh.

Walaupun lelaki itu satu-satunya ahli Keluarga Huo yang berlaku baik padanya, atas beberapa sebab, Huo Mian masih tidak sukakannya.

Selepas kejadian Pak Cik Jing, dia melepaskan peluang untuk menyambung pengajian di luar negara dan mendaftar masuk ke universiti tempatan kelas ketiga.

Huo Siqian menawar untuk menghantarnya ke England banyak kali, tetapi Huo Mian sering menolak.

Dia benar-benar mahu memutuskan pertalian dengan Keluarga Huo. Ia merupakan sebuah keluarga tanpa kasih sayang dan dia tidak pernah mahu pulang ke sana.

Untuk adik beradik pula, hanya seorang adik yang diakuinya, iaitu Jing Zhixin. Huo Mian tidak kisah akan yang lain.

Masa berlalu dengan perlahan. Selepas lima jam, pintu Bilik Bedah akhirnya terbuka.

Huo Mian bergegas bangun daripada tempat duduknya…


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C56
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk