Tubuh Meng Hao bergetar. Dia berpaling lalu melihat lembaga berkabus di belakangnya. Matanya merah dan dia hampir gila.
"Kau masih ingat aku?" Lembaga berkabus itu semakin jelas menampakkan seorang lelaki. Dia nampak biasa-biasa, tetapi dalam kebiasaan itu terdapat sesuatu yang luar biasa.
"Abang Shui Dongliu" kata Meng Hao, menggigil. Sudah tentu, dia terus mengenali lelaki ini, Shui Dongliu. 1.
Shui Dongliu. Sesiapa sahaja wujud di dalam memorinya tidak dapat dimusnahkan oleh Pemisahan Karma Puak Ji.
"Stratum Terulung memang hebat, tetapi ia hanya sebuah asas. Orang lain selalu fikir Asas Terulung paling hebat. Ia datang dari tiga kitab lama dan boleh melayakkanmu menjadi seorang Ketua."
"Tetapi, setahu aku, Stratum Terulung seperti dahan berdaun. Ia tersebar ke seluruh badan dan akhirnya mekar dengan bunga-bunga yang bertukar menjadi Buah Tao. Buah itu ialah kunci menjadi Insan Mulia sebenar."