Jauh di dalam Tang Agung Tanah Timur, di sebuah perkampungan, seorang pelukis berpakaian selekeh sedang memandang dengan rasa sangsi pada seorang lelaki kaya yang sedang mengampunya dengan pelbagai pujian.
"Dewa, tuan, aku merayu agar kau melukis gambar aku. Aku sanggup bayar harganya."
"Lukisanku sangat mahal," dia menjawab.
Lelaki kaya itu mengangguk, kemudian melambai tangan kepada orang suruhannya supaya membawa beberapa peti besar.
Lelaki tua itu menjeling peti-peti itu sekali lalu, lalu berdehem. "Nampaknya kita berdua dihubungkan melalui takdir. Oleh itu, aku akan lukis sesuatu untukmu."
Dia baru mahu mula melukis apabila tiba-tiba keningnya berkerut.
"Sesuatu baru terjadi," katanya. "Aku perlu berkembara minda. Sila tunggu sebentar." Dengan itu, dia duduk bersila dan menutup matanya.
Lelaki kaya itu tidak berani mengganggunya dan hanya duduk di situ menunggu.