"Bintang Tujuh juga jelas sekali tak percayakan identiti Cik Wan Wan, jadi sudah tentu saya tahu nak cakap apa," jelas Liu Ying.
Ye Wan Wan mengangguk. Liu Ying boleh dikatakan membuta tuli setia dan selalu berlagak sombong dalam keluarga Si, tetapi dia sebenarnya seorang yang bijak.
Kali ini, jika bukan kerana Liu Ying, dia dan lima askar upahan itu mungkin sudah berada dalam masalah besar.
"Cik Wan Wan… awak sekarang presiden Perikatan Berani, jadi saya minta bagi saya satu lagi peluang… saya tak nak balik ke China." Liu Ying berlutut di sebelah Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan mempertimbang dalam kepalanya. Jika dia membenarkan Liu Ying untuk kekal di sini, dia tidak perlu risau Liu Ying akan mendedahkan identitinya.
Berdasarkan pemahamannya kepada Liu Ying, lelaki ini tidak akan mengkhianati sesiapa yang dia bersumpah taat setianya. Jika Liu Ying mahu mengapa-apakan dirinya, lelaki ini tidak akan menyelamatkan dirinya sebentar tadi.