Unduh Aplikasi
5.54% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 55: Balas Dendam Akan Bermula

Bab 55: Balas Dendam Akan Bermula

Editor: EndlessFantasy Translation

Xia Zhi memusingkan kepalanya dan menjawab sambil tersenyum, "Ayah, Ayah tak faham. Ada sesuatu yang lebih besar mengenai kerja di sini. Saya akan jelaskan kemudian kepada Ayah."

"Ayah tetap tidak akan faham selepas kamu terangkan…" Chengwu melambai tangannya menutup bicara dan berlalu ke arah ruang tamu untuk menonton siri televisyennya.

Xia Zhi perasan bahawa Xinghe masih fokus dengan memotong sayuran. Dia langsung tidak memandang skrin komputer ribanya walaupun sekilas. Dia sangat curiga.

"Kak, kenapa kakak tak tengok pada benda ini? Ianya 5,000,000 RMB. Kakak dengar tak apa yang saya cakapkan?"

Xia Zhi percaya bahawa Xinghe mampu menolong Chui Corps menyelesaikan masalah virus ini.

Xinghe sudah dipandang sebagai seseorang dengan kuasa hebat baginya. Bagi Xia Zhi, tiada masalah komputer yang tidak dapat diselesaikan oleh kakaknya.

Itulah sebabnya apabila dia melihat status tersebut, dia berasa seolah-olah mereka akan menerima durian runtuh!

Selepas Xinghe memusnahkan virus tersebut, mereka akan menjadi 5,000,000 RMB lebih kaya!

Xinghe memalingkan kepalanya dengan anggun dan merungut tidak puas hati, "5,000,000 RMB sahaja?"

"…" Xia Zhi berkata, "Kak, ianya 5,000,000 RMB. Bukannya 500,000 RMB. Ada enam kosong selepas nombor 5 itu kak!"

"Keuntungan yang Chui Corps akan perolehi daripada penyelesaian virus ini semestinya lebih daripada 5,000,000 RMB yang kecil ini. Usaha sama mereka dengan Empayar Xi juga akan gagal jika virus ini tidak diselesaikan. Usaha sama itu mestilah bernilai lebih daripada 5,000,000 RMB," terang Xinghe.

Xia Zhi terpegun. Dia bertanya, "Kak, kenapa kakak begitu terbiasa dengan maklumat syarikat mereka?"

Xinghe menjawab endah tak endah seolah-olah dia sedang membincangkan cuaca, "Saya godam pangkalan data dalaman Chui Corps."

Xia Zhi hampir jatuh akibat terkejut.

"Kak, apa kamu kata?" Dia merenung Xinghe tidak percaya dan mengulang lagi, "Kamu godam pangkalan data dalaman Chui Corps?"

"Ya saya." Xinghe mengesahkan sambil menjongketkan bahu.

Dia berkelakuan seolah-olah itu bukan perkara gila – dan sudah tentulah haram – untuk menggodam pangkalan data sesebuah syarikat.

Xia Zhi kehilangan kata-kata.

Ianya adalah sangat berisiko untuk menggodam pelayan sesebuah syarikat. Jadi, mengapa dia melakukannya?

"Kak, kenapa kamu menggodam Chui Corps? Jangan kata… Kamu ada kaitan dengan virus ini?" Xia Zhi bertanya berhati-hati.

Saat kata-kata itu meluncur keluar daripada mulutnya, dia ketawa sendiri.

"Apalah yang saya mengarut ini. Macam manalah virus itu boleh ada kaitan dengan kakak? Kak, sudah tentulah saya tak percaya kakak akan buat benda seperti ini."

"Tak. Kali ini kamu betul. Saya yang cipta virus itu." Xinghe mengaku dengan mudah.

Rahang Xia Zhi ternganga luas.

"Kak, ianya benar-benar kerja kamu?!. Kamu bukan main main kan? Tapi kenapa kamu buat perkara itu? Ianya akan jadi teruk kalau orang dapat tahu…" Xia Zhi berkata dengan tergesa-gesa selepas dia kembali fokus. Dia sangat terkejut sehinggakan dia hanya berbisik sahaja. Kegelisahan jelas terpancar pada mukanya.

Dia tidak akan pernah menyangka bahawa kakaknya akan bertanggungjawab untuk virus yang meriuh-rendahkan forum para penggodam itu.

Xinghe yang dikenalinya bukanlah seorang yang jahat. Dia tidak akan sengaja melepaskan virus komputer untuk menyusahkan orang yang tidak bersalah.

Xinghe tahu apa yang sedang difikirkannya. Dia membalas dengan perlahan, "Suami Xia Wushuang ialah pemilik Chui Corps iaitu Chui Ming."

Xia Zhi akhirnya faham.

"Kak, jadi ini kerana kamu mahu membalas dendam pada mereka? Tapi kamu tak patut sasarkan Chui Ming. Dia suami Wushuang tetapi dia tidak bersalah kerana mengahwininya. Lagipun, kita tak patut menambah musuh. Orang yang berdendam dengan kita ialah Wu Rong dan Wushuang sahaja."

"Orang yang mengarahkan serangan ke atas kamu ialah Chui Ming."

Ini adalah satu pemberitahuan yang mengejutkan Xia Zhi.

Xinghe menjelaskan lagi, "Dua orang lelaki yang menyerang kamu ialah pengawal peribadi Chui Ming. Mereka tidak akan bertindak sedemikian jika tidak diarahkan oleh Chui Ming."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C55
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk