Unduh Aplikasi
2.72% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 27: Perbuatan Amal

Bab 27: Perbuatan Amal

Editor: EndlessFantasy Translation

Bergantung kepada situasi, Tianxin mungkin bersedia untuk memberi Xinghe sedikit wang.

Tanggapan dia bahawa dia akan dapat melihat Xinghe merayu kepadanya untuk wang tersebut telah memarakkan semangatnya sepanjang perjalanan ke hospital.

Tidak lama kemudian, mereka pun sampai di hospital. Melalui hubungan dan orang kenalannya, Mubai dengan segera mendapat tahu bilik di mana Chengwu berada.

Semasa mereka bergegas untuk berjumpa Xinghe, Chengwu sedang bersedia untuk memasuki bilik pembedahan.

Tubuhnya telah disembur dengan penyahjangkitan dan seluruh bilik tersebut berbau dengan penyahjangkitan.

Xinghe benci bau tersebut lalu dia keluar dan duduk di koridor luar bilik tersebut.

Dia menggenggam tangannya dan berdoa agar pembedahan tersebut berjaya.

Doktor telah menjamin bahawa kadar kejayaan pembedahan tersebut adalah 80 peratus tetapi dia masih bimbang.

"Kak, bagaimana keadaan kakak?" Xia Zhi yang bertimbang rasa keluar bertanya padanya.

Xinghe hanya terlena seketika selama beberapa jam. Dia bimbang jika Xinghe tidak mempunyai rehat yang mencukupi.

Xinghe pun menggelengkan kepalanya dan berkata, "Kakak okey. Pergilah teman ayah kamu."

"Tidak mengapa, ayah baru sahaja kembali tidur." Xia Zhi terdengar bunyi jejak langkah yang tergesa-gesa lalu memusingkan badannya. Air mukanya bertukar serius sebaik sahaja melihat Mubai dan anggotanya.

Xinghe turut mengikuti arah pandangan Xia Zhi dan pada pandangan pertamanya, dia ternampak Xi Mubai!

Kemudiannya, dia ternampak Chu Tianxin yang sedang mengekori Xi Mubai.

Fikiran Xinghe terhenti seketika. Dia kemudiannya segera menenangkan kembali dirinya dan memperlihatkan riak wajah yang sukar ditafsir.

Kedua-dua mereka merenung satu sama lain daripada atas ke bawah sewaktu Mubai dan anggotanya menghampiri mereka.

Tianxin terutamanya, tidak melepaskan Xinghe daripada pandangannya dan memastikan tiada sebarang emosi pada wajah Xinghe yang terlepas daripada pandangannya.

Apa yang menghairankan Tianxin ialah respon Xinghe yang kaku bagai patung sahaja.

Dia memandang anggota Mubai seolah-olah memandang orang yang tidak dikenali.

Tiada lagi perasaan malu, muka merah atau cubaan melarikan diri seperti apa yang berlaku pada kali terakhir mereka bertemu.

Mata Xinghe tidak menunjukkan apa-apa emosi dan bagaikan melihat melepasi mereka seolah-olah mereka tidak penting.

Bukan sahaja Tianxin malah Mubai menyedari perubahan tingkah laku dia.

Mubai berhenti dan bertanya dalam suara yang kasar, "Saya mendapat tahu yang bapa saudaramu sedang tenat."

Ini adalah pertama kali mereka bertutur semenjak penceraian mereka tiga tahun yang lalu kerana interaksi mereka dahulu tidak dapat dikategorikan sebagai pertuturan yang memberi manfaat kepada kedua-dua mereka.

Xinghe kelihatan seperti tidak mahu menjawabnya. Dia memandang mereka dengan penuh tenang dan kelihatan amat selesa dengan keadaannya.

Chang An beralih ke hadapan dan menjelaskan, "Cik Xia, gembira untuk bertemu kamu lagi. CEO Xi mendapat tahu daripada jirannya yang Encik Xia Chengwu sedang tenat jadi kami ke sini untuk melawat."

Xia Zhi menjawab dengan sinis, "Sejak bila keluarga kita menjadi rapat? Kakak saya sudah tidak mempunyai hubungan dengan keluarga kamu lagi-lagi keluarga Xia. Jadi Encik Xi, silalah balik. Bapa saya tidak menjemput pelawat yang tidak dikenali."

Tutur cara Xia Zhi yang kurang sopan telah membuat Tianxin marah. Oleh kerana Mubai kelihatan seperti dia tidak akan berkata apa-apa, Tianxin rasa dia harus tampil dan mempertahankan Mubai.

Dia memasamkan mukanya semasa merenung Xinghe. "Xinghe, tidak kira apa yang berlaku, kamu masih mak kepada Lin Lin. Kami tidak boleh buang kamu daripada keluarga kami. Demi Lin Lin, kami menghulurkan bantuan kami kerana kami takut kamu memerlukan wang untuk bil-bil perubatan bapa saudara kamu. Itulah sebabnya Mubai dan saya berada di sini."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C27
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk