Unduh Aplikasi
98.14% Perceraian Ke-99 / Chapter 899: Dia Fikir Saya Tidak Nampak?

Bab 899: Dia Fikir Saya Tidak Nampak?

Editor: EndlessFantasy Translation

Ou Ming mengatakan dia akan pulang ke rumah.

Bukankah dia tidak sukakan Shen Manting? Jadi mengapa dia ada rumah bersama perempuan itu?

Lagipun, dia boleh sahaja menyebut "pergi ke rumah". 

Jadi secara logiknya, ia tidak kedengaran seperti jawapan kepada seseorang yang tidak disukai.

Yu Lili berasa tidak selesa dan memerhatikan Ou Ming berbual di telefon. Mata mereka bertentangan. Yu Lili merasakan Ou Ming kelihatan terlalu tenang.

Selepas panggilan itu tamat, Ou Ming segera menghabiskan sandwichnya dan berkata, "Hari ini hari Sabtu, jadi saya perlu pulang ke rumah sekejap." Ou Ming berdiri dan berjalan ke bilik tidur.

Yu Lili menggenggam sandwichnya dengan kuat dan menjerit, "Ou Ming!"

"Hmm?" Ou Ming yang hairan dengan pekikan tiba-tiba itu berpaling. Yu Lili sedang memandangnya dengan pandangan yang pelik. "Siapa yang telefon?"

"Mama. Dia suruh saya balik rumah sekejap."

Hati Yu Lili terasa pedih mendengar kata-kata itu.

Dia ingat saya tak nampakkah? Panggilan itu jelas daripada Shen Manting!

Ou Ming dapat melihat wajah Yu Lili yang tidak gembira. Dia tersenyum lalu menghampiri Yu Lili dan mencium pipinya. "Jangan risau, saya akan balik nanti. Saya pergi sekejap saja."

Yu Lili merenung Ou Ming seketika sebelum akhirnya mengangguk.

Ou Ming masuk ke dalam bilik dan menukar bajunya. Kemudian dia mengambil kunci kereta dan segera keluar.

Yu Lili memerhatikan lelaki itu pergi dengan hati yang seakan dihempap batu.

Selepas menghabiskan sarapannya, dia mencuci pinggan dan minum ubat sebelum pergi ke bilik kerja untuk melukis.

Pada mulanya fikiran Yu Lili terlalu terganggu sehingga dia tidak dapat melukis apa-apa. Selepas berfikir selama lebih dua jam, barulah dia mendapat idea.

Dia mengambil pen dan mula melukis.

Hari berlalu dengan pantas dan Yu Lili tidak berhenti untuk makan tengah hari.

Disebabkan dia ialah pelukis baru, ada beberapa babak yang Yu Lili tidak tahu bagaimana untuk melakarnya. Jadi dia perlu melukis dengan merujuk model atau gambar sebenar. 

Selepas sehari suntuk, dia hanya berjaya melukis satu petak komik. Disebabkan telah seharian menunduk, lehernya terasa amat sakit.

Yu Lili meregangkan lehernya dan berdiri untuk menggeliat. Selepas itu dia menjamah sedikit roti sebelum keluar ke pasar raya untuk membeli bahan masakan. 

Semasa sedang memasak, dia menelefon Ou Ming. Ou Ming segera menjawab panggilan itu, namun suasana di tempatnya kedengaran agak bising.

Kedengaran suara wanita tua sedang bercakap berhampiran Ou Ming. Yu Lili mendengarnya dan bertanya, "Ou Ming, bila kamu balik?"

Ketika dia bertanya soalan itu, suasana dari tempat Ou Ming berada menjadi semakin sunyi.

Jelas Ou Ming telah menjauhi orang lain. Seketika selepas itu suaranya kedengaran. "Sekejap lagi. Kamu dah makan tengah hari?"

"Sekejap lagi itu bila?" Yu Lili tidak menunggu jawapan dan terus menyambung, "Jangan lupa balik awal."

"Pasti. Kamu dah minum ubat? Jangan lupa minum ubat, makan dan minum lebih banyak air."

Nasihat yang bertalu-talu itu membuatkan hati Yu Lili terasa hangat. "Okey. Kamu juga, jangan lupa minum air dan memandu dengan berhati-hati."

"Okey. Saya agak sibuk di sini, jadi saya perlu letak dulu."

"Okey."

Yu Lili melempar telefon bimbitnya dengan hati yang senang.

Sambil bernyanyi kecil, dia membasuh sayur-sayuran yang dibelinya dan memotongnya. Kemudian dia memasak daging segar yang baru dibelinya menjadi Daging Masak Lada Hitam.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C899
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk