Unduh Aplikasi
71.94% Perceraian Ke-99 / Chapter 659: Mama, Saya Rindu Pak Cik Lu

Bab 659: Mama, Saya Rindu Pak Cik Lu

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng tersenyum lembut lalu menggeleng kepada Su Qianci. Akhirnya Su Qianci sudah tidak sanggup melihatnya lagi. Dia mengambil isi ketam yang diletakkan oleh Li Sicheng ke dalam mangkuknya dan memindahkannya ke mangkuk Li Jianqian. "Makanlah Dasu. Ketam ni sedap."

Li Jianqian tunduk tetapi wajahnya kelihatan lebih gembira. Dia menyuap makanan lain dahulu ke dalam mulutnya sebelum makan ketam itu bersama nasi.

"Sedap?"

"Biasa saja. Saya dah tak suka sangat ketam. Saya cuma makan sebab Mama yang bagi," jawab Li Jianqian dengan wajah yang masih ditundukkan.

Su Qianci tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Li Sicheng tersengih dan berkata, "Saya tak ego di tempat yang salah seperti itu waktu kecil."

Wajah Li Jianqian bertukar kemerahan dan dia menjeling Li Sicheng sekilas dengan marah. Selepas menghabiskan nasi di dalam mangkuknya, dia terus turun dari kerusi lalu berkata, "Saya dah kenyang!" Kemudian dia terus berlari pergi.

Su Qianci berasa tidak gembira apabila melihat Li Jianqian berlari pergi. Dia mencubit pinggang suaminya. "Itu anak kamu. Kenapa terlalu tegas dengan dia? Tak matang betul!"

Li Sicheng memegang pinggangnya dengan riak wajah kesakitan dan berkata, "Terang-terangan budak itu yang marah pada saya. Kenapa kamu tak cubit dia saja?"

Su Qianci merenung suaminya tajam lalu kembali makan. Li Jinnan memerhatikan mereka sambil tersenyum lalu tunduk dan meneruskan makan. Akhirnya. Su Qianci yang dahulu sudah kembali.

...

Selesai makan, Su Qianci menghantar Li Mosen untuk bermain bersama Li Jianqian sebelum pergi kepada anak lelakinya di dalam bilik.

Li Jianqian tidak membuka lampu, jadi keadaan bilik itu agak gelap. Li Jianqian sedang duduk seorang diri di mejanya sambil melukis. Sebaik menyedari Su Qianci masuk, dia segera menutup buku lukisannya. Su Qianci membuka lampu dan melihat buku lukisan itu di bawah tangan Li Jianqian. Dia menutup pintu dan menghampiri anaknya.

"Kamu sedang lukis apa?" tanya Su Qianci lembut. Dia melihat buku lukisan yang disembunyikan Li Jianqian di bawah tangannya itu. "Boleh tunjuk pada Mama?"

Li Jianqian menggeleng. "Ini rahsia saya, Mama tak boleh tengok."

Su Qianci ketawa dan mengusap rambut anaknya itu. "Sekarang kamu dah pandai berahsia ya budak kecil."

"Mama, walaupun saya masih kecil, saya pun ada rahsia saya sendiri!" Li Jianqian memuncungkan bibirnya dan mengalihkan tangan Su Qianci.

"Dasu dah jadi budak besar dan dah ada rahsia yang tak boleh dikongsi dengan Mama dia," kata Su Qianci dengan riak wajah sedih lalu duduk di atas katil kecil di belakang anaknya. "Kamu tak suka Papa?"

"Saya benci dia!" Li Jianqian kelihatan amat tidak gembira.

"Kenapa?"

Kenapa? Sebenarnya dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia cuma bencikan lelaki itu! Mengapa lelaki itu hanya bercakap dengan Ersu dan tidak bercakap dengannya? Kenapa dia kupas ketam untuk Ersu tapi tidak untuknya? Li Jianqian berasa cemburu tetapi tidak mampu meluahkannya. Dia memegang buku lukisan itu dengan tangannya yang kecil dan bibirnya masih memuncung.

"Esok biar Papa bawa kita jalan-jalan, okey? Dasu nak pergi mana?"

Li Jianqian menggeleng tanpa mampu meluahkan perasaan cemburu dalam hatinya. Kemudian dia berkata, "Tak mahu, saya tak mahu keluar dengan dia. Mama, boleh Mama telefon Pak Cik Lu untuk saya?" Pak Cik Lu tidak akan melayannya seperti lelaki itu. Pak Cik Lu sangat baik kepadanya, bukan seperti lelaki itu yang langsung tidak baik!


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C659
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk