Unduh Aplikasi
62.88% Perceraian Ke-99 / Chapter 576: Lancar

Bab 576: Lancar

Editor: EndlessFantasy Translation

Pipi Li Mosen bertukar kemerahan. "Tak adalah. Abang kamu lebih bijak daripada saya."

Li Jianyue menjeling abangnya dan mendengus, "Abang saya langsung tak bijak. Dasu busuk, bodoh dan kotor!"

Li Jianqian berpura-pura tidak mendengarnya dan membuatkan Li Jianyue kecewa. Li Jianyue bercekak pinggang lalu menjerit ke arah abangnya, "Dasu busuk, Dasu bodoh, Dasu kotor!"

Li Jianqian kalah dalam permainan yang sedang dimainnya lalu menjerit dan menggelupur di atas tanah. Perkara itu menggembirakan Jianyue yang terus ketawa. "Bodoh, bodoh!"

"Pergilah, Abang sedang bermain!" Li Jianqian bangun dan menyambung permainan itu. "Disebabkan ahli kumpulan yang lain Abang kehilangan semua tahap!"

Li Jianyue tidak faham tentang permainan itu. Dia melutut dan melihat abangnya bermain. Sebaik melihat kemahiran memanah abangnya dalam permainan itu, matanya yang besar seperti mata anak patung itu terkebil-kebil lalu dia bertanya, "Abang, boleh tak saya nak main?"

"Tak boleh. Pergi main dengan Mosen."

Li Jianyue berasa marah lalu berdiri dan menghentakkan kakinya. "Kedekut!"

Su Qianci bergegas ke halaman rumah dan menarik nafas lega sebaik melihat ketiga-tiga kanak-kanak itu baik-baik sahaja. Pengawal-pengawal peribadi berada di sekitar halaman itu, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keselamatan mereka.

Sebaik melihat ibu mereka datang, Li Jianyue segera mengetap bibirnya. Wajahnya bertukar kemerahan dan air matanya tiba-tiba mengalir. Dia terus berlari ke arah ibunya sambil menangis. "Mama!"

Melihat keadaan itu, Su Qianci terus melutut lalu mendukung Li Jianyue dan mengelap air mata anaknya itu. Dia turut berasa sedih dan cuba memujuk anaknya. "Kenapa dengan Ersu Mama?"

"Abang buli saya!" Li Jianyue menuding ke arah Li Jianqian yang masih sibuk dengan permainan dalam iPadnya. "Abang tak beri saya main, saya tak nak cakap dengan Abang lagi!"

Su Qianci tersenyum lalu mendukung Li Jianyue ke arah Li Jianqian untuk melihat anak lelakinya itu. Kemudian dia melihat perkataan "Menang" terpapar pada skrin.

Li Jianqian bersorak dan ketawa dengan kuat. "Mama, tengok, saya menang, saya menang!"

Su Qianci segera mengetahui permainan itu dengan sekali pandang. Ia ialah permainan atas talian yang telah popular sejak bertahun-tahun. Permainan itulah yang amat digilai Luo Zhan dan merupakan salah satu sebab lelaki itu belum pernah mempunyai teman wanita.

"Permainan ini… Siapa yang ajar kamu? Itu…"

Su Qianci pernah bermain permainan itu dan selalu kalah dengan cepat. Selepas dua hari bermain, dia mula berasa bosan.

"Pak Cik Luo Zhan yang ajar. Ia sangat menyeronokkan."

"Adik kamu nak main juga. Boleh kamu main bersama-sama?" tanya Su Qianci.

"Tak nak, adik sangat bodoh. Saya tak nak dia main." Li Jianqian berkata tanpa rasa bersalah. Li Jianyue terus menjerit dan menangis dengan kuat. "Mama, Dasu selalu cakap saya bodoh!"

Pengawal peribadi yang berada berhampiran berasa geli hati melihat situasi itu. Li Jianyue telah digelarkan bodoh oleh abangnya sejak tadi tetapi langsung tidak menangis. Namun dia terus-terusan menangis di hadapan Su Qianci.

Su Qianci yang tidak tahu mengenai perkara itu terus mengelap air mata anak perempuannya. "Boleh kamu bermain dengan Abang Mosen saja? Biar abang kamu bermain seorang diri, jangan bermain dengan dia. Suruh Abang Mosen jangan layan dia juga."

 "Okey, saya tak akan bermain dengan abang lagi sampai bila-bila!"


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C576
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk