Unduh Aplikasi
57.86% Perceraian Ke-99 / Chapter 530: Ou Ming

Bab 530: Ou Ming

Editor: EndlessFantasy Translation

Pada jam 9 malam, Luo Zhan menerima panggilan daripada Ou Ming. "Kau di mana?"

"Aku ada di rumah lama keluarga Li," jawab Luo Zhan sambil melihat jam. "Kenapa?"

"Jangan balik lagi. Tunggu aku dulu," kata Ou Ming lalu terus memutuskan panggilan. 10 minit kemudian, sebuah Bentley hitam tiba di hadapan pagar rumah keluarga Li. Ou Ming memakai sut berwarna wine dan kelihatan gelisah. Dia turut membawa minuman kesihatan yang dibeli dari Australia. Setelah berdiri agak lama di hadapan pintu, akhirnya dia menekan loceng.

Li Jinnan segera membuka pintu. Sebaik melihat Ou Ming, dia berasa sedikit keliru. Ou Ming mempunyai lingkaran gelap di bawah matanya yang kemerahan dan dia kelihatan lemah. Namun lelaki itu masih mempunyai gaya elegannya yang membuatkannya kelihatan seperti seorang putera. Tetapi matanya kelihatan dipenuhi perasaan bersalah.

Li Jinnan agak terkejut melihat keadaan Ou Ming. "Abang Ou? Dah lewat malam…"

"Su Qianci ada?"

"Ya," Li Jinnan membuka pintu dan mengajaknya masuk.

Ketika itu, tiga pasang mata yang berada di ruang tamu menoleh serentak. Sebaik melihat Su Qianci, perasaan bersalah Ou Ming kian memuncak. Dia meletakkan hadiah di atas meja kopi sebelum memanggil, "Su Qianci."

Su Qianci melihat hadiah yang jelas mahal itu kemudian memandang Ou Ming. Ou Ming berundur selangkah sebelum melutut kepada Su Qianci. Su Qianci yang terkejut terus bangun dan berkata, "Apa kamu buat ni?"

"Maafkan saya," suara Ou Ming tenang, tetapi dipenuhi nada menyalahkan diri sendiri. "Saya minta maaf sangat-sangat, maafkan saya."

Luo Zhan dan Lu Yihan saling berpandangan tetapi tidak berkata apa-apa.

Li Jinnan kebingungan dan bertanya, "Kenapa kamu minta maaf?"

Li Beixing datang ke arah mereka dengan gaya seorang tentera. Dia juga kelihatan keliru.

Ou Ming tidak bangun. Suaranya dipenuhi perasaan bersalah dan menyalahkan dirinya sendiri. "Hari itu, saya minta Sicheng datang kepada saya."

Su Qianci mengetap bibir sebaik mendengar kata-kata itu. Dia teringat Li Sicheng yang kelihatan memikirkan sesuatu yang berat pada hari itu. Li Sicheng memberitahunya ada sesuatu berlaku kepada Ou Ming dan dia perlu pergi berjumpanya. Walau bagaimanapun, selepas berjumpa Ou Ming, lelaki itu sudah tidak kembali lagi. Su Qianci merenung Ou Ming dengan mata yang kembali basah tanpa berkata apa-apa.

"Hari itu, kalau bukan disebabkan saya, kamu tak akan diculik oleh Tang Zhenghao dan dia tak akan…" Ou Ming tidak mampu menghabiskan kata-katanya kerana terlalu sebak. "Maafkan saya."

Mata Luo Zhan turut bertukar kemerahan. Dia bangun dan mendekati Ou Ming lalu memegang bahu sahabatnya itu. Ou Ming membesar bersama Li Sicheng, Li Jinnan dan Li Beixing. Walau bagaimanapun, disebabkan umur Ou Ming sama dengan Li Sicheng, mereka telah pergi ke sekolah bersama-sama sejak tadika. Ou Ming dan Li Sicheng adalah sahabat karib sejak kecil.

Luo Zhan hanya mula berkawan dengan mereka sewaktu sekolah menengah. Dia juga turut berasa amat sedih disebabkan pemergian Li Sicheng. Jika keadaannya sudah teruk, apatah lagi Ou Ming. Pemergian Li Sicheng pasti turut memberi kesan yang sangat mendalam kepada Ou Ming.

Sejak beberapa hari lalu, Ou Ming datang ke hospital beberapa kali untuk melawat Su Qianci, tetapi Su Qianci sedang tidur. Rupa-rupanya lelaki itu datang untuk meminta maaf.

Air mata Su Qianci gugur dan dia menggelengkan kepalanya. "Bukan disebabkan kamu. Tang Zhenghao terlalu keji. Dia sudah lama mengekori kami dan hanya menunggu peluang apabila saya keseorangan. Jika dia tidak pergi jumpa kamu hari itu pun, Tang Zhenghao pasti akan cari peluang lain untuk bertindak."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C530
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk