Unduh Aplikasi
44.32% Perceraian Ke-99 / Chapter 406: Terselamat Setelah Terjatuh

Bab 406: Terselamat Setelah Terjatuh

Editor: EndlessFantasy Translation

Mata mereka bertentangan. Mata Li Sicheng kelihatan cerah, dalam dan tajam. Su Qianci merasakan seperti tiada tempat untuk bersembunyi di hadapan lelaki itu. Dia cepat-cepat berpaling dan menggelengkan kepalanya. "Tak ada apa-apa."

Li Sicheng mengetap bibir dan terus memandu tanpa bertanya apa-apa lagi. Dia tahu mood Su Qianci sedang tidak berapa baik. Jika dia terus mendesak, ia mungkin tidak akan berakhir dengan baik.

Apabila mereka tiba di rumah lama, keluarga Li sedang bersiap untuk makan malam. Sebaik melihat pasangan itu, Liu Sao bergegas menghampiri mereka sambil membawa semangkuk air. "Lewatnya kamu sampai. Hari ini hari sebelum Tahun Baru Cina, hari untuk buang nasib malang. Mari saya buangkan nasib malang daripada kamu berdua. Moga Tuhan rahmati," kata Liu Sao sambil mencelup satu dahan herba ke dalam mangkuk air yang dipegangnya sebelum merenjis air itu kepada mereka. Beras dan tangkal juga telah diletakkan di dalam air itu. Selepas direnjis oleh Liu Sao, mereka masuk ke dalam rumah.

Sebaik melihat Su Qianci, Kapten Li terus berteriak, "Sayangku Qianqian, kenapa kamu dah makin kurus?"

Su Qianci kebingungan. Betulkah? Dia tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang tanda-tanda AIDS: berat turun secara tiba-tiba. Atuk dapat melihat perkara itu, jadi dia mesti memang semakin kurus. Su Qianci menyentuh mukanya dan menjeling sekilas Li Sicheng di belakangnya.

Perhatian Qin Shuhua hanya tertumpu kepada Li Sicheng. Dia berkata kepada Kapten Li, "Sicheng yang dah semakin kurus. Dia temankan Qianci di hospital dan bekerja pada masa yang sama. Ayah janganlah berat sebelah."

"Qianqian perempuan. Budak lelaki ini kuat. Sewaktu kecil dia masih boleh terselamat selepas jatuh dari gunung."

Su Qianci terkejut. Jatuh dari gunung?

Riak wajah Qin Shuhua terus berubah sebaik mendengarnya. Li Sicheng menghampirinya dan menepuk bahu ibunya itu. "Tak apa. Perkara itu dah lama berlalu."

Qin Shuhua mengetap giginya lalu berpaling dan meninggalkan ruang tamu. Melihat Qin Shuhua yang kecewa itu, Li Sicheng menjeling Kapten Li dengan pandangan menyalahkan. Kapten Li tahu dia telah tersilap cakap dan terus diam.

Su Qianci sangat teringin untuk tahu perkara yang berlaku. Walau bagaimanapun, dia dapat merasakan suasana yang tegang itu dan bercadang untuk bertanya kepada Li Sicheng nanti. Selepas berbual seketika dengan Kapten Li, mereka pergi ke meja makan. Kedua-dua abang Li Sicheng iaitu Li Beixing dan Li Jinna tiada di rumah. Liu Sao telah menyediakan banyak makanan tetapi mereka kekurangan orang untuk menikmatinya.

Qin Shuhua meletakkan makanan ke dalam mangkuk Li Xiao, Kapten Li dan Li Sicheng. Su Qianci hanya makan tanpa berkata apa-apa. Walau bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, Qin Shuhua turut meletakkan makanan ke dalam mangkuknya. Su Qianci memandangnya dengan terkejut dan sedikit terharu. Qin Shuhua pula kelihatan malu. Sambil direnung oleh Li Xiao, dia berkata, "Qianci, Ibu dah ditipu oleh Tang Mengying kerana Ibu sangka dia budak baik. Sekarang Ibu dan tahu siapa dia yang sebenar. Ibu terjatuh ke dalam perangkapnya dan layan kamu dengan buruk. Sebelum ini, Ibu ingat kandungannya memang anak Li Sicheng. Lagipun ada keputusan ujian DNA itu… Entah bagaimana dia boleh palsukannya. Ibu bersalah kepada kamu, Qianci. Boleh kamu maafkan Ibu?"

Su Qianci yang terkejut memandang Li Sicheng seolah meminta pertolongan. Li Sicheng memandangnya dengan dalam. "Ibu sedang bercakap dengan kamu."

Su Qianci seakan tersedar dan berkata dengan suara perlahan, "Ibu… saya tak pernah salahkan Ibu."

Qin Shuhua melepaskan nafas lega lalu ketawa. "Baguslah. Kita hidup dengan baik bersama-sama. Ibu harapkan kamu untuk beri kami cucu."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C406
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk