Unduh Aplikasi
14.19% Perceraian Ke-99 / Chapter 130: Anak Lain...

Bab 130: Anak Lain...

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci menutup tingkap perbualannya dengan Lin Wanting dan merebahkan diri kembali ke atas katil.

Li Sicheng pulang awal pada hari itu. Jam belum menunjukkan pukul empat sewaktu dia tiba di rumah. Nenek Rong berasa terkejut bercampur gembira apabila melihat Li Sicheng berjalan ke bilik Su Qianci. Su Qianci tidak mengunci pintu, jadi Li Sicheng dapat terus masuk ke biliknya, dan mendapati isterinya itu sedang tidur. Su Qianci memeluk selimutnya dengan nafas yang turun naik, dan kelihatan sebahagian tubuhnya terdedah. Baju putihnya terangkat sedikit dan menampakkan pakaian dalam yang dipakainya.

Li Sicheng menahan nafas dan berjalan menghampiri isterinya. Dia mengangkat kaki Su Qianci perlahan-lahan dan cuba menarik selimut untuk menutupi tubuhnya, tetapi wanita itu tidak mahu melepaskan selimutnya. Sebaik merasakan seseorang sedang cuba menarik selimut itu, Su Qianci mengerutkan dahi dan memeluknya lebih erat.

Li Sicheng takut Su Qianci akan terbangun lalu berhenti menarik. Dia merenung isterinya itu. Su Qianci masih tidur nyenyak, jelas tidak sedar seseorang telah mencuri masuk ke dalam biliknya.

Li Sicheng menghembuskan nafas lega, sebelum tiba-tiba tersedar dahinya telah dibasahi peluh.

Tak guna!

Dia hanya masuk ke dalam bilik isterinya sendiri, tetapi kenapa dia berasa seperti seorang pencuri? Li Sicheng berasa geram dan melupakan niatnya untuk menyelimutkan Su Qianci. Dia merenung wanita itu yang sedang nyenyak tidur dan teringat kejadian memalukan sewaktu dia berlari membawanya ke hospital.

Entah kenapa dia berasa marah dengan tiba-tiba, lalu terus duduk di sebelah Su Qianci dan mengejutkannya. "Bangun!"

Su Qianci terbangun dalam keadaan yang masih mamai. Sebaik membuka mata, wajah dingin Li Sicheng muncul di hadapannya dan membuatkannya terus terjaga. Dia kemudiannya tersedar kedudukannya sekarang ibarat "membelanja" Li Sicheng.

"Ah!" Su Qianci menarik pakaiannya ke bawah. Dia segera bergerak menjauhi Li Sicheng sambil masih memeluk selimutnya. Wajahnya merah padam ketika dia berkata, "Bila kamu masuk? Ini bilik saya!"

Li Sicheng berasa jengkel dengan reaksi melampau Su Qianci dan berkata tenang, "Semua dalam rumah ini milik saya."

Su Qianci terdiam kerana tahu apa yang dikatakan Li Sicheng itu benar. "Tapi ini bilik saya sekarang. Kamu sepatutnya ketuk dulu sebelum masuk."

Li Sicheng mengangguk sebelum berkata, "Tapi kamu pun milik saya."

Su Qianci terkesima.

Li Sicheng mengerutkan dahinya dan berkata, "Sekurang-kurangnya buat masa sekarang."

Melihatkan wajah yang kelihatan tenang itu, Su Qianci hampir menyangka dia telah tersilap dengar. Namun, dia segera tersedar kata-kata Li Sicheng bermaksud buat masa sekarang dirinya ialah isterinya yang sah. Tetapi semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Hanya tinggal sembilan bulan sahaja…

"Pergi mandi dan ikut saya ke rumah lama," arah Li Sicheng.

"Kenapa?"

"Abang saya dah balik. Kamu… tak ada tempoh hari. Sekarang saya nak bawa kamu jumpa dia."

"Tempoh hari?"

Bila pula?

"Waktu kamu di hospital."

"Oh…" Su Qianci tiba-tiba teringat anaknya yang telah gugur dan berasa sedih. "Baiklah."

Li Sicheng merenung isterinya itu dan merasakan hatinya sedikit pedih.

Sebenarnya, kalau kamu mahu, kita boleh ada anak yang lain…

Tetapi kamu mencintai Lu Yihan…

Li Sicheng tiba-tiba berasa jengkel, lalu bangun dan berkata, "Saya tunggu di luar."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C130
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk