Unduh Aplikasi
13.97% Perceraian Ke-99 / Chapter 128: Malangnya Nasib

Bab 128: Malangnya Nasib

Editor: EndlessFantasy Translation

Buat kali pertama selepas lebih sebulan, akhirnya Cheng You dapat pulang ke rumahnya awal. Walau bagaimanapun, kegembiraannya tidak lama. Ketika dia baru sahaja bersedia untuk berehat, bosnya menelefon dan meminta Cheng You menghantar beberapa helai pakaian kepada isterinya. Malang betul nasibnya!

Apabila Cheng You tiba di hospital, dia melihat Li Sicheng sedang duduk di sebelah katil Su Qianci. Pasangan itu hanya diam dan kelihatan sedikit janggal. Cheng You terkebil-kebil memandang mereka sambil meletakkan pakaian yang dibawanya di atas meja sebelah katil.

Li Sicheng menjeling ke arah pad yang turut dibawa Cheng You. Dia mencebikkan bibirnya dan bangun. "Bantu dia salin pakaian,"katanya sebelum terus keluar dari bilik itu.

Cheng You melihat belakang baju Li Sicheng dan tiba-tiba berasa kagum. Bosnya itu berlumuran darah pada tengah malam kerana isterinya datang bulan. Cheng You tertanya apa yang akan difikirkan oleh orang lain jika mereka mendapat tahu tentang perkara itu. Juga, Su Qianci memang sangat bertuah! Cheng You berasa sedikit cemburu ketika dia mengeluarkan pakaian Su Qianci. "Sekarang dah lewat malam, jadi saya hanya jumpa satu kedai yang masih dibuka. Pakailah ini buat sementara."

"Terima kasih banyak. Dan maaf sebab ganggu kamu lewat malam…" Su Qianci yang kelihatan sudah lebih sihat berkata dengan malu. "Lewat malam sebegini dia hubungi kamu… Li Sicheng memang…"

Tidak berhati perut!

"Tak apa. Saya dah biasa." Cheng You kelihatan geram. "Mari saya tolong kamu tukar pakaian."

"Saya boleh buat sendiri…"

Apabila Su Qianci keluar, jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Li Sicheng mengerutkan dahinya sebaik melihat pakaian yang jelas terlalu besar untuk Su Qianci, dan menjeling tajam ke arah Cheng You. Cheng You segera berkata, "Saya tak tahu saiz apa yang Puan Li pakai, jadi saya teka saja. Dan saya tak tahu Puan Li sangat kurus." Lagipun, Li Sicheng yang bersalah kerana tidak memberikan maklumat tentang itu kepadanya.

Li Sicheng kelihatan seperti dapat menerima alasan itu. Dia meletakkan tangannya ke dalam poket lalu berjalan di hadapan. "Mari pergi."

Walaupun sudah diberikan ubat, Su Qianci masih dapat merasakan kekejangan itu sedang menyiksanya. Segalanya lebih mudah ketika Cheng You masih ada dan membantunya, tetapi sebaik tiba di rumah, Su Qianci mula berasa sukar untuk melakukan apa-apa. Dia berjalan perlahan keluar dari kereta dengan wajahnya yang amat pucat dan hampir kelihatan biru.

Li Sicheng berada di belakang Su Qianci. Sebaik melihat isterinya itu semakin lemah, dia terus mengangkatnya dan membuatkan Su Qianci terjerit kecil. Li Sicheng memandang wajah isterinya yang ketakutan. Comel. Li Sicheng berjalan ke pintu rumah mereka sambil mendukung Su Qianci.

Tiba di pintu, Su Qianci cuba bergelut untuk turun. "Turunkan saya."

"Buka pintu," kata Li Sicheng, tidak menghiraukan permintaan Su Qianci.

Suaranya mendalam, dan daripada nadanya Su Qianci tahu lelaki itu tidak mahu menerima sebarang bantahan. Su Qianci kembali diam dan menekan kata laluan di pintu sebelum membukanya. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Li Sicheng terus naik ke tingkat atas dan membawa Su Qianci ke biliknya, terus ke atas katil.

Su Qianci berasa lebih baik apabila dapat kembali berbaring, dan menghembus nafas lega. "Terima kasih banyak."

Li Sicheng menjeling ke arah Su Qianci, lalu berjalan keluar dan menutup pintu bilik itu. Hari yang malang!


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C128
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk