Unduh Aplikasi
79.45% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 232: Bab 232

Bab 232: Bab 232

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah menyikat rambutnya, Li Ce berpaling dengan tersenyum riang sambil bertanya, "Bagaimana rupa saya?" Matanya gelap dan cengkung apabila cahaya bulan menerangi mukanya bersama lapisan kain yang tipis. Dia kelihatan sangat kacak dengan mata sepet dan hidung mancungnya serta wajahnya yang putih. Dia memancarkan aura seorang maharaja, namun kematian sekilas terpancar dalam matanya. Kulitnya berubah menjadi putih yang tidak wajar seperti jed putih yang dipenuhi dengan debu.

Chu Qiao memaksa dirinya untuk tersenyum. "Awak nampak sangat kacak."

Li Ce berkerut dan bertanya, "Awak sedang puji saya ke?"

Setelah melihat Chu Qiao mengangguk, dia tersenyum gembira seperti kali pertama dia bertemu dengannya.

"Li Ce," Chu Qiao cuba menahan kesedihan di dalam hatinya apabila dia bertanya dengan lembut, "Awak ada apa-apa hajat dalam hati awak?"

"Hajat?" Li Ce berkerut dan berfikir sejenak sebelum ketawa dengan perlahan, "Saya tiada hajat." Nafasnya tiba-tiba tercungap-cungap. Li Ce meraihnya perlahan-lahan dan bertanya, "Qiaoqiao, marilah saya peluk awak."

Angin di luar tiba-tiba menjadi kencang dan menyebabkan tingkap kecil terbuka. Bulan lantas mewarnai dewan besar tersebut dengan warna putih susu dan persekitarannya telah dibersihkan dan kelihatan putih seperti salju. Angin bertiup dari kolam Tai Qing dari kejauhan sambil membawa aroma teratai. Tekak Chu Qiao terasa sakit seolah-olah telah digigit oleh seseorang dan ia terasa sangat menyakitkan. Dia berlutut di atas lantai dan bersandar dalam pangkuan pemuda itu. Air matanya mengalir deras lalu membasahi pakaiannya. Kadar pernafasan yang didengari daripada atas kepalanya kian beransur hilang seperti bunga sakura yang telah gugur tanpa sebarang suara tersisa. Dengan bulan yang bersinar dari sisi, ia kelihatan seolah-olah masa sudah diterbalikkan. Lelaki menawan yang berpakaian merah, berambut hitam berada di belakangnya lalu bertanya kepada wanita itu, "Awak tak nak berhenti ke?"

Masa terasa seperti mimpi dan tatkala kehebatannya memudar, yang tersisa hanyalah kekosongan.

Mata Chu Qiao terasa seperti ambar yang berkerlip sendirian dengan cahaya yang semakin memudar. Dengan matanya yang cengkung, dia hanya terduduk dan memandang Li Ce yang hanya terduduk dengan senyap manakala kepalanya miring ke tepi seolah-olah dia telah tenggelam di dalam mimpi yang indah.

Serpihan kenangan mula runtuh tatkala lelaki yang telah terlindung di sebalik topeng maharaja dan kekayaan telah mengupas lapisan penyamarannya satu demi satu. Sama ada wanita cantik yang dipancingnya atau kemewahan yang telah dinikmatinya, semuanya kecuali kesunyiannya telah hilang seperti cahaya yang mati apabila matahari terbenam lalu melarut menjadi kegelapan malam.

Pintu-pintu ke bilik itu tiba-tiba dibuka dan cahaya bulan pucat menyinari tubuh Chu Qiao. Mereka dapat melihat ramai pegawai dan wanita sedang berlutut di kejauhan.

Sun Di menatapnya dengan seribu persoalan yang bermain dalam matanya. Chu Qiao menatapnya kembali tanpa roh dan seluruh tubuhnya mula berasa kebas. Akhirnya, dia perlahan-lahan mengangguk.

"Maharaja dah mangkat-"

Bunyi tangisan mereka memecah langit dan menggegarkan istana. Suara kedukaan mereka menembusi kabut malam.

Pakaian nipis Chu Qiao berkibar-kibar ditiup angin tatkala dia mengangkat kepalanya. Dalam langit yang kelam itu, dia dapat melihat muka yang bersih dengan sepasang mata sepet sedang tersenyum licik kepadanya seperti seekor musang.

Seorang pembantu kediaman bergegas dari sebuah lorong dan melaporkan kepada Sun Di secara diam-diam. Mereka berada terlalu jauh, tetapi angin masih dapat meniupkan beberapa butir kata mereka sampai ke telinga Chu Qiao.

"Apabila berita dukacita ini sampai... menghantuk kepala di sudut meja... penuh darah, tak dapat diselamatkan... akhirnya... Maharani Bonda..."

Dalam cahaya bulan yang dingin, darah Chu Qiao seolah-olah telah membeku bersama air mata yang mengalir deras di pipinya sekali lagi. Ia menitis ke tanah istana ini yang telah menjadi saksi kepada kematian orang ramai.

Jalan di Ibu Negara Tang ini kelihatan begitu indah seperti aroma segar bunga teratai yang meresap ke dalam atmosfera yang dibawa oleh angin. Pokok-pokoknya bergoyang tatkala ditiup angin seperti tubuh seorang penari. Apabila senja menjelang, burung-burung terbang kembali ke sarang mereka dan dunia berwarna merah kelihatan seperti warna darah.

Dengan kemangkatan tragik dari Empayar Tang, setiap orang memakai pakaian berkabung yang biasa dan tanglung-tanglung yang digantung dibaluti dengan kain putih. Boleh terhidu bau kesepian apabila mereka berjalan di jalan raya. Tatkala langit mula meredup dan cahaya memberikan jalan kepada kegelapan, bulan naik di atas langit nun jauh di sana.

Sebulan sudah berlalu sejak kemangkatan Li Ce dan kini sebuah pesta yang dikenali sebagai pesta Bulan Putih sudah tiba. Zhuge Yue telah menghantar orang-orang suruhannya banyak kali untuk menjemput Chu Qiao, tetapi dia tetap berdegil untuk tinggal di situ. Ada sesuatu yang bermain dalam pemikirannya dan menyebabkannya tidak dapat meninggalkan tempat itu dengan senang hati. Kadang-kadang, dia akan terbangun pada tengah malam sambil dilumuri dengan peluh dingin. Apabila Li Ce mangkat, dia telah membawa bersama muzik dan pesta-pesta di istana lalu membuatkan istana yang luas itu menjadi hening. Mereka yang berjalan di jalan yang panjang dan sempit di dalam istana itu malah dapat mendengar degupan jantung seseorang. Bunyi berirama pasti akan mengingatkan wanita itu secara berterusan tentang kenyataan sesetengah orang telah meninggal dunia, sesetengah daripadanya masih hidup dan dia sendiri pun masih mempunyai beberapa perkara yang masih belum dilakukan olehnya.

Dia pernah berjalan dilaluan ini bersama Li Ce sebelum ini. Pada malam itu, apabila dia terbangun dari koma, Li Ce kelihatan seperti seorang budak lelaki besar ketika dia memegang tangannya dan melewati sembilan lapisan pintu, taman-taman bahkan melalui lapisan gunung hiasan sebelum mereka keluar dari istana. Mereka berkongsi seekor kuda dengan Li Ce yang duduk di hadapan, tertawa sambil menunjukkan arahnya. Bukan itu sahaja, kadang-kadang dia akan berpaling dan ketawa pada pengawal yang bimbang seperti semut di dalam kuali yang panas.

Terlalu banyak perkara telah berubah dalam sekelip mata dan ada beberapa perkara dan orang yang telah lenyap dalam arus masa. Jalan raya hari ini tidak begitu sibuk seperti hari itu dan suasana sunyi sahaja. Hanya terdapat beberapa kedai sahaja yang masih terbuka. Sewaktu negara mereka sedang berkabung, semua jenis perayaan telah dibatalkan dan orang awam tidak lagi keluar dari rumah mereka. Tanpa pelanggan, secara semula jadi, kedai-kedai itu tidak akan dibuka. Jalan yang biasanya sibuk berubah menjadi sebuah bandar hantu dengan hanya daun yang layu sahaja yang berguguran apabila ditiup angin. Daun-daun itu kadang-kadang hinggap pada pakaian putih milik Chu Qiao.

Setelah berjalan buat sekian lamanya, Chu Qiao tiba di kedai mi yang pernah dibawa Li Ce untuk makan bersama. Apa yang menghairankan, kedai tersebut masih terbuka walaupun tiada pelanggan. Pemuda dalam kedai itu duduk di atas kerusi dan dia seolah-olah kelihatan hampir tertidur. Apabila melihat Chu Qiao memasuki kedainya, dia melompat dan selepas memeriksa dengan teliti, dia menyapu meja tersebut dengan bersih dan memberikan isyarat kepada Chu Qiao untuk duduk. Isterinya masih lagi kelihatan sama dan peredaran masa seolah-olah tidak meninggalkan jejak pada wajahnya. Dia sentiasa memancarkan aura tekun yang sama. Dia kemudian berjalan di hadapan Chu Qiao dan matanya tetap tidak fokus, tetapi dia tersenyum sambil menyambutnya, "Dah lama kami tak berjumpa Cik."

Chu Qiao terkejut dan bertanya, "Awak masih ingat saya?"

"Dia dapat mengecam Cik jadi dia panggil saya." Wanita itu tersenyum dengan ikhlas sambil menunjuk ke arah suaminya yang berdiri di belakangnya. Wajah lelaki itu memerah sedikit apabila dia tersenyum dan menampakkan deretan gigi putihnya yang kemas.

"Di manakah Encik itu? Dah lama dia tak datang ke sini."

Wanita itu tiba-tiba bertanya dan dia masih tersenyum bersama matanya yang kelihatan seperti dua bulan baharu itu. Angin telah bertiup dari seberang jalan. Lelaki itu segera maju ke hadapan untuk menghalang debu daripada terkena isterinya. Pergerakan itu nampak begitu semula jadi sahaja.

Chu Qiao berasa agak terkejut dengan tindakan lelaki itu sehingga dia terlupa untuk membalas wanita itu. Wanita itu pun terus bertanya, "Cik? Cik?"

Chu Qiao berpaling kepadanya dan tersenyum kecil. "Oh, dia dah pergi ke tempat yang jauh."

"Oh." Wanita itu mengangguk. "Bila pula dia akan kembali?"

Tatkala angin musim luruh terus bertiup dan mengumpulkan daun-daun di sudut sana, jantung Chu Qiao membeku sedikit demi sedikit. Kulitnya mula berubah pucat dan dia berasa sebak. Selepas memikirkannya buat seketika, barulah dia menjawab dengan lembut, "Dia dah pindah dan mungkin dia tak akan kembali lagi."

Wanita itu tidak dapat melihat raut wajah Chu Qiao dan ingin terus bertanya, namun dia ditarik oleh suaminya. Wanita pintar itu kemudian segera memahaminya lalu berpaling dan pergi. Tidak lama kemudian, dia membawa semangkuk mi kukus untuk dihidangkan bersama dengan sepiring daging lembu dan setengah piring ladu udang. Dari jauh, seseorang boleh menghidu bau cuka tersebut.

Chu Qiao mengambil penyepit itu sebelum menyapunya dengan sapu tangan dan terus mula menjamah. Mi tadi mendidih panas dengan daun bawang yang dipotong dadu ditabur di atas, lantas mengeluarkan aroma yang menyelerakan. Chu Qiao makan perlahan-lahan. Sudah terlalu lama dia tidak makan makanan yang berkhasiat jadi perutnya terasa penuh dengan asid dan dia berasa seolah-olah ingin muntah.

"Ladu ini cepat sejuk," suara seseorang tiba-tiba kedengaran. Chu Qiao berpaling dan melihat seorang kanak-kanak yang berusia kira-kira sepuluh tahun. Sepertinya kanak-kanak ini nampak seperti pernah dilihat. Apabila Chu Qiao memandang ke arah pemilik kedai itu, dia dapat mengingati gadis ini dengan segera lalu dia pun berkata, "Qian'er?"

Kanak-kanak itu berkerut dan kelihatan benar-benar serius apabila dia bertanyakan kepada Chu Qiao, "Kakak kenal saya ke?"

Chu Qiao tersenyum dan tidak bercakap banyak lagi. Kanak-kanak itu duduk di kerusi sebelahnya lalu bertanya, "Sebelum ini kakak pernah datang ke sini untuk makan ke?"

"Ya." Chu Qiao mengangguk.

Bunyi alat muzik yang selalu didengarinya bergema. Chu Qiao mengangkat kepalanya dan melihat wayang kulit di sudut jalan sudah dimulakan sekali lagi.

"Kakak nak tengok persembahan itu?" Kanak-kanak itu bertanya.

Chu Qiao tidak dapat menahan senyumannya lalu membelai rambut kanak-kanak itu sambil bertanya, "Kamu masih berminat dengan persembahan itu, ya?"

"Saya berada di sini dengan ibu bapa saya setiap hari dan saya pun tak ada perkara untuk dilakukan di sini. Selepas mendengar loghat kakak, saya rasa kakak ini pasti bukan penduduk tempatan kan? Boleh ke kakak faham apa yang mereka katakan?"

Chu Qiao menggeleng kepalanya.

Kanak-kanak itu segera mencadangkan sesuatu, "Kalau begitu, biar saya ceritakan kepada kakak."

"Kakak dah dengar sebelum ini."

"Ini persembahan barulah!" Kanak-kanak itu menjelaskannya, "Ini persembahan dari bulan yang lepas-lepas dan pertunjukan baharu!"

Setelah melihat semangatnya, Chu Qiao tidak mempunyai pilihan lain lagi. "Teruskanlah. Beritahu saya cerita itu."

Nyanyian itu bermula dan ia sudah tentu terdengar berbeza dari yang dahulu. Bukan itu sahaja, malah terdapat lebih banyak penyanyi dan lebih banyak alatan muzik. Namun, perniagaan mereka seolah-olah telahpun gagal. Persekitarannya nampak kosong dengan hanya dua orang kanak-kanak kecil sahaja yang berada di hadapan panggung tanpa seorang penonton yang dewasa. Walaupun demikian, mereka masih menjalankan lakonan itu dengan tahap profesionalisme yang tertinggi. Bayangan yang meriah muncul di layar. Walaupun dari kejauhan, seseorang dapat melihat reka bentuk yang rumit raut wajah patung-patung itu.

"Dia seorang Putera." Ia merupakan pengenalan yang sama tetapi putera yang sekarang berbeza dari masa lalu kerana ketukangan yang rumit bersama alatan yang jauh lebih terperinci. Tidak kira bagaimana orang melihatnya, mereka dapat mengatakan mereka bukan lagi kumpulan yang miskin.

Pada masa ini, bayangan lain muncul.

"Itu seorang wanita," kanak-kanak itu menerangkannya dengan serius. "Pada suatu hari, putera itu keluar dari negaranya dan terjumpa wanita ini. Wanita ini tahu seni mempertahankan diri dan membelasah putera itu. Putera itu agak marah dan mahu membalas dendam, tetapi kemudian, sesuatu telah terjadi dan putera itu jatuh cinta kepadanya pula."

Sepanjang tahun ini, kebolehan kanak-kanak itu untuk bercerita semakin membaik. Dia mengangkat kepalanya memandang Chu Qiao lalu bertanya, "Kakak nak tahu apa yang berlaku seterusnya?"

Tangan Chu Qiao yang memegang penyepit itu membeku dan dia mengangguk dengan tegas.

Dengan bangganya, kanak-kanak itu tersenyum dan meneruskan kata-katanya, "Pada suatu hari, mereka bertemu dengan orang jahat dan wanita itu telah menyelamatkan putera tersebut beberapa kali. Putera itu menganggap wanita itu begitu terhormat dan dia ingin membawanya pulang untuk dijadikan isterinya. Tapi sayangnya, wanita itu tidak menyukai putera ini kerana dia telah menyukai orang lain. Kemudian, wanita itu pergi dengan orang itu."

Pada saat itu, orang lain muncul di panggung. Tubuhnya berbeza dari dua buah boneka yang lain. Boneka itu dibuat dengan tidak kemas kerana ia tidak memakai pakaian dan di tangannya terdapat sebatang kayu.

"Tetapi lelaki itu seorang yang jahat. Bukan sahaja dia seorang yang tak rasional, tetapi dia juga seorang yang hodoh dan miskin dan suka membuli orang lain. Akhirnya, wanita itu tiba-tiba tersedar, jadi dia meninggalkan lelaki ini."

Pada masa ini, orang lain pula muncul di panggung.

"Wanita itu jatuh cinta kepada orang lain pula. Tetapi lelaki ini bukan seorang yang baik juga. Bukan saja dia seorang yang sombong, tetapi dia juga seorang pembuli dan kelihatan sangat hodoh. Dia mungkin mempunyai beberapa kepentingan yang lain kerana dia sangat rapat dengan putera lain di negara ini. Walau apapun, lelaki baru ini boleh dikatakan sebagai orang gila."

Setelah itu, kanak-kanak itu menghela nafas yang panjang sebelum meneruskan lagi, "Akhirnya, wanita itu membesar dan akhirnya menyedari kesilapannya sekali lagi. Dengan kesungguhannya, dia meninggalkan orang kedua ini dan kembali untuk mencari putera tersebut. Putera itu telah meraih kuasa dan menjadi seorang Maharaja. Bukan saja dia seorang yang kacak, tetapi dia juga seorang yang kaya dan berdisiplin. Dia baik hati dan ikhlas. Wanita itu menyesal dan menangis serta berlutut di hadapan rumah Maharaja, memohon untuk berkahwin dengannya. Akhirnya, Maharaja ini dengan berat hatinya bersetuju."


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C232
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk