Unduh Aplikasi
76.71% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 224: Bab 224

Bab 224: Bab 224

Editor: EndlessFantasy Translation

Hujung baju pemuda itu terkepak-kepak apabila ditiup angin. Dia tidak membawa bersama bau haruman yang sering dipakai oleh para bangsawan muda biasa, bahkan sebuah bau yang unik tiba-tiba melambai merebakkan baunya yang baru. Pemuda itu kelihatan seperti sesenduk salji putih di atas permukaan bumi yang memutih itu.

"Ya!" Jingjing tiba-tiba mendepangkan tangannya untuk menuding jari ke arah pinggang pemuda itu lalu berteriak, "Aksesori jed dia sama dengan jed kakak!" Aksesori jed milik pemuda itu kelihatan lutsinar, bulat dan licin, juga berkelipan dengan sinaran cahaya. Dia sedang berdiri sambil membelakangi angin yang berdesir kuat manakala jed itu pula beralun-alun bergerak.

Raut wajah Chu Qiao kelihatan tenang. Dia menghulurkan tangannya untuk diletakkan di atas bahu pemuda itu sambil diperhatikan oleh banyak pasang mata yang langsung tidak berbuat sebarang bunyi. Lalu wanita itu terus melonjak turun daripada gerabak kudanya dengan membalik kuat sebelum melaporkan kepada Pingan dan yang lain-lain dengan lembut, "Janganlah terkejut sangat. Cepat buat laluan di hadapan."

"Hah?" Anak mata Pingan dibesarkan semasa remaja itu kerapkali mengalihkan pandangannya daripada Chu Qiao ke pemuda itu. Dia berpaling dan berkata, "Kakak, kakak kenal dia?"

"Ya." Chu Qiao mengangguk bersahaja dan dia kelihatan agak gembira.

Pingan terus tertanya-tanya tentang identiti si pemuda itu, namun sebelum dia dapat membuka mulutnya, renungan mata pemuda itu telah tertumpu kepadanya. Tiada ketegasan yang terpancar daripada matanya dan renungannya itu terasa sangat dingin sahaja, seolah-olah dia benar-benar malas untuk mendengar kata-kata remaja cemerkap ini.

Saudara Cao yang melihat ini serta-merta menundukkan kepalanya sebelum berundur. Mereka mengangkat segala perkakasan mereka lalu membuat sebuah laluan. Chu Qiao berpaling untuk menghadap pemuda itu untuk memberitahunya, "Ikut saya." Dengan itu, pemuda itu berpaling dan beredar.

Cuaca pada hari itu terasa sungguh baik dengan langit yang secerah dan sejernih permukaan tasik. Kedua-dua daripada mereka berjalan bersama-sama untuk menuju ke sebuah bukit di mana terdapat air terjun yang menghiasi puncak bukit itu, airnya mendarat ke dalam sebuah kolam besar di bawah air terjun tersebut, memercikkan airnya. Percikan-percikan air yang memancarkan cahaya bulan terasa seperti bintang-bintang yang bergemerlapan yang sungguh indah.

Chu Qiao berpaling untuk melihat pemuda yang sedang berdiri di hadapannya dan lantas tersedar yang walaupun mereka tidak berjumpa selama setahun, namun pemuda itu langsung tidak berubah dan masih kekal sama seperti selalu. Wanita ini lantas membuka mulutnya untuk berkata sesuatu, namun dia tidak tahu cara untuk memulakan perbualannya, jadi dia hanya tersenyum. Wanita ini tidak mengerti sama ada senyuman tersebut adalah sebuah sindiran buat dirinya sendiri ataupun dia hanya sedang mempamerkan emosi yang bertakhta di hati.

"Kenapa awak tersenyum?" Zhuge Yue nampak masih sama dengan keningnya yang dikait rapat sedikit dan raut wajahnya yang jengkel.

"Tak ada apa-apa." Chu Qiao menggelengkan kepalanya, namun masih terus tersenyum. "Saya baru tersedar yang setiap kali kita berjumpa, kita pasti akan berada dalam keadaan yang istimewa dan rumit."

Zhuge Yue menoleh kepalanya untuk melarikan matanya daripada sepasang anak mata milik wanita itu. Masih lagi agak janggal dari segi sosialnya seperti biasa.

"Kenapa awak datang ke sini?"

Zhuge Yue memberi sebuah jawapan yang samar, "Ada hal."

"Oh." Chu Qiao mengangguk dan membalas, "Awak akan balik sekarang?"

"Ya."

Dengan itu, kedua-dua pasangan ini tenggelam ke dalam kesepian sambil membenamkan kaki mereka ke dalam tanah. Dalam sekelip mata sahaja dua tahun telah berlalu. Dalam dua tahun itu, pemuda itu telah meraih pengaruh kuasa yang besar di luar dan juga di dalam dewan persidangan, menjadikan dia salah seorang yang paling berkuasa di dalam dunia ini. Walaupun Chu Qiao telah menjauhkan diri daripada arena politik luar dan hanya kadangkala saja telah mendengar khabar angin, dia seringkali akan tertanya-tanya jika pemuda yang dikenalinya selama beberapa tahun ini masih lagi seorang kejam dan yakin seperti yang sering dicanang-canangkan di dalam khabar angin itu?

Dia juga pernah terdengar desas-desus yang datang daripada Qinghai. Walaupun kawasan itu milik Empayar Xia, namun ia telah berada di bawah pemerintahan autonomi. Gabernor-gabernor kawasan telah dipilih bukan melalui pertalian darah tetapi melalui sebuah peperiksaan lazim di mana rakyat jelata juga boleh menyertai peperiksaan tersebut. Wanita itu mendengar yang banyak undang-undang baru yang menggalakkan pertanian, pembinaan dan juga perlindungan perdagangan. Dengan undang-undang baru itu, beberapa orang ahli perniagaan yang lebih berani telah menuju ke Qinghai untuk menjalankan perniagaannya. Dia juga telah mendengar desas-desus yang mengatakan mereka telah menghapuskan sistem perhambaan. Walaupun para bangsawan kaya masih boleh membeli hamba, namun para hamba tersebut dibenarkan untuk membebaskan diri mereka dengan wang. Tambahan pula buat para hamba, mereka tidak lagi dibenarkan untuk dibunuh sesuka hati dan tuan mereka akan dikenakan hukuman yang berat oleh undang-undang baru itu. Khabar angin juga ada menyatakan yang kawasan itu bukan lagi sebuah kawasan tanah tandus yang langsung tidak berkehidupan, malah tanah yang luas itu telah meraih ramai penduduk baru dan juga sumber yang amat menguntungkan.

...…

Terdapat juga khabar angin mengenai Raja Qinghai ini iaitu dia seorang yang terkenal dengan kekejamannya dan secara tidak langsungnya telah dikenali sebagai marsyal bandit. Dia telah menggunakan pengaruh kuasanya pada setiap tahun untuk membuat alasan supaya mereka dapat mencuri segala jenis sumber untuk dibawa pulang ke Qinghai. Pasti terdapat sebuah malapetaka yang berlaku pada setiap bulan, termasuklah banjir atau runtuhan salji yang menyebabkan para rakyat jelata tidak mampu mencari makanan buat mereka sendiri. Disebabkan hal itu, pihak istana tidak mempunyai pilihan lain dari menghantar bantuan.

Namun, segala sumber yang diperkenankan oleh pihak istana itu serta-merta telah dijual setelah ia melepasi pintu gerbang Bandar Zhen Huang. Beberapa longgokan besar wang emas dan perak seterusnya akan dihantar ke Qinghai tanpa perlu berselindung. Pada ketika ini, lebih daripada separuh kuasa-kuasa terbesar Xia telah berada di bawah kawalan Raja Qinghai dan Empayar tersebut pun tidak berani untuk menaikkan amarahnya. Jadi, empayar tersebut hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa semasa dia menyalahgunakan sumber-sumber yang telah diberikan.

Ada juga khabar angin yang mengatakan lelaki ini kini telah digelar tuan dan penyelamat oleh rakyat jelata Qinghai, dipanggil bandit oleh rakyat jelata Benua Barat dan juga dinamakan sebagai lintah darat oleh para pegawai Empayar Xia. Malah rakan dan sekutunya, Putera Ketujuh Zhao Che juga telah menasihatinya dengan penuh bijaksana supaya dia tidak bertindak dengan terlalu keterlaluan. Walaupun dia mempunyai seperiuk penuh sup daging, tetapi pemuda itu seharusnya meninggalkan secebisan sup itu kepada orang lain.

Walaupun khabar angin banyak mengatakan yang ramai rakyat jelata di Benua Meng Barat amat membencinya, tetapi ramai daripada mereka yang telah berpindah ke Qinghai. Lebih ramai rakyat yang cuba untuk menyelinap keluar daripada Sempadan Cuiwei setiap hari.

Majlis Ketua-Ketua Terhormat juga telah menegur dan menyatakan yang Zhuge Yue telah mengarahkan para pengawal di Sempadan Cuiwei tersebut untuk membuka pintu gerbang dengan sengaja, lantas membenarkan ramai rakyat jelata keluar daripada tanah besar Xia ke Qinghai. Namun, Zhuge Yue hanya telah memberi respons acuh tak acuh saja. Pasukan Tentera Yan Bei terlalu kuat dan kita tidak mempunyai banyak pasukan tambahan. Kalau kita berniat untuk menghalang isu ini dengan berkesan, kita memerlukan sumber-sumber dengan segera supaya dapat memperbaiki peralatan kita. Kami meminta 100,000 paun emas…

Terlalu banyak khabar angin, namun pada masa ini, ketika dia ditempatkan di hadapan Chu Qiao sendiri, semua khabar angin itu lesap bagaikan kabus pagi. Dia masih lagi orang yang sama, bukanlah Raja Qinghai, bukanlah Marsyal Besar, bukanlah Penyelamat Qinghai yang berbakat, bukanlah lintah darat yang tak sedar diri dan lincik yang dicanang-canangkan Empayar Xia. Pemuda itu masih lagi seorang yang menyendiri dan bongkak, seiring dengan tindak-tanduknya yang agak janggal dalam berkomunikasi. Dia masih lagi tuan muda Zhuge yang sama, yang telah mengharungi pelbagai onar kehidupan yang tidak terkira banyaknya bersama wanita ini dan telah menyelamatkan hidupnya berulang-ulang kali.

Beberapa perasaan yang sungguh mendalam tiba-tiba terdetik di dalam hatinya dan lantas menyekat segala perasaan keterujaan dan kegembiraan pertemuan ini. Wanita ini merenung wajah pemuda itu yang masih kacak dengan mengekalkan kedinginan yang bagaikan seketul ais, namun terdapat juga kedutan di hujung matanya. Jika dilihat matanya dengan lebih teliti, boleh ternampak kelesuan yang terselindung di sebalik renungannya itu.

Chu Qiao mengetap bibirnya dan berkata ringan, "Kita baru berpisah setahun yang lalu, tapi awak dah semakin tua."

Zhuge Yue berasa terkesima setelah mendengar kata-kata wanita itu. Kedinginan pada anak matanya terus menghilang, lalu dia menundukkan pandangannya untuk merenung wajah wanita itu. Pemuda itu dapat melihat yang cinta hatinya itu juga masih lagi sama, cuma dia mungkin kelihatan semakin susut.

Pemuda itu hanyalah berusia 26 pada tahun ini. Tidak kira di mana mereka berada, atau di zaman mana mereka berada, pemuda itu tidak patut dipanggil tua. Namun, kelesuan yang dirasainya selama bertahun-tahun ini yang diiringi dengan pelbagai onar yang telah diharunginya tidak kiralah dari segi politik ataupun pertempuran, tidak lupa juga dengan segala pembunuhan dan juga peperangan, bersama perkataan "tua" tiba-tiba terlayar di mindanya bagaikan sealiran sungai daripada air yang mendidih.

Apa yang terselindung di sebalik topeng kejayaannya adalah berjaga semalaman, mencerminkan diri sendiri tanpa ada seorang pun yang memahaminya dan ada juga malam-malam di mana dia kerapkali berkalih di atas katil tanpa sekali pun mampu dibuai mimpi. Walaupun dia masih lagi orang yang sama, namun hatinya telah berumur. Dengan pengalaman-pengalaman sebegitu, bagaimana mungkin jiwanya tidak menjadi matang?

Zhuge Yue memandang wajah wanita itu dan merasakan yang segala kemarahan yang dirasainya selama bertahun-tahun ini, bersama dengan sisa-baki kebudak-budakannya bagaikan telah meresap keluar dari tubuhnya. Lalu, ia menghilang ditiup angin berikutan dengan ayat ringkas tersebut.

"Dalam setahun ini, awak baik-baik saja ke?"

"Susah nak cakap. Tapi walau apa pun, saya masih hidup." Balas Zhuge Yue tanpa mempamerkan sebarang emosi. Walaupun ayatnya terasa tegas, namun telah kehilangan segala kedinginan dalam suaranya. Chu Qiao tahu pemuda itu tidak cuba untuk berkelahi dengannya kini dan hanya sekadar mencerminkan kehidupannya. Mungkin bagi para genius sepertinya, mereka akan benar-benar memahami yang sekadar bernafas itu sudah cukup baik.

"Hidup saya boleh dikatakan baik juga sekarang ini." Walaupun Zhuge Yue tidak bertanya, namun Chu Qiao mula menggambarkan kehidupannya. "Saya buka sebuah rumah penginapan dan hidup dengan agak selesa sekarang."

"Saya tahu." Pemuda itu membalas ringan, namun Chu Qiao berasa sangat terkejut lalu dia pun terus mendongakkan wajahnya untuk memandang pemuda itu. "Awak tahu?" Dia bertanya.

"Saya menetap dalam rumah penginapan awak selama tiga hari."

Chu Qiao benar-benar terkesima setelah mendengar kata-kata pemuda itu, namun Zhuge Yue hanya meneruskan, "Dah setahun berlalu, awak dah fikir masak-masak dah?"

"Fikir....fikir apa masak-masak?"

Zhuge Yue yang berkerut lantas mempamerkan wajah yang bagaikan sedang berkata, 'Awak ini memang pandai berlakon bodoh' sebelum terus bertanya, "Awak memang bercadang untuk menguruskan rumah penginapan sepanjang hidup awak?"

Lidah Chu Qiao terkelu ketika dia merenung wajah pemuda itu. Sebenarnya, dia sememangnya telah bercadang sebegitu.

"Atau awak bercadang untuk mencari seseorang dengan rambang untuk dijadikan sebagai suami sebelum awak capai 30 tahun?"

Chu Qiao yang berasa sungguh malu itu terus bertanya, "Siapa beritahu awak?"

"Siapa lagi?" Balas Zhuge Yue. "Sudah semestilah Li Ce. Awak tak tahu ke? Rumah Penginapan Chunyu itu dibuka oleh Li Ce dan Rumah Penginapan Sihai yang terletak betul-betul belakang rumah penginapan awak itu milik saya."

Chu Qiao benar-benar berasa terkejut dan lantas teringatkan bagaimana kedua-dua rumah penginapan itu sering tidak berpengunjung. Pada mulanya, wanita ini berasa agak bangga kerana telah beranggapan yang rumah penginapan lain tidak berpengunjung adalah kerana rumah penginapannya. Namun, dia tidak tahu ia sebenarnya kerana dua orang kaya ini.

Jadi, kalau begitu, pasti kejadian mengenai Gunung Mei itu sesuatu yang diketahui dengan mendalam oleh Li Ce dan pemuda itu patut bersiap sedia terhadap orang-orang tersebut. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu dan terus bertanya, "Jadi, awak mesti tahu identiti saya daripada awal lagi?"

"Tak." Zhuge Yue membalas. Setelah melihat yang wanita itu bagaikan tidak mempercayainya, dia terus berkata dengan jelek, "Walaupun saya pernah pergi ke sana sebelum ini, saya tak pernah berjumpa dengan awak."

Benarlah pada tahun lepas, wanita itu tidak terlalu kerap keluar daripada biliknya.

"Kenapa awak keluar?"

Chu Qiao tidak tahu bagaimana untuk membalas semenjak tujuannya itu adalah mengenai negara Li Ce, jadi dia pun membalas samar, "Sebab nak pergi ke Tang Jing."

"Hm!" Dengus Zhuge Yue. Terdapat sebuah pokok ivy yang sedang melingkar pada sebatang pokok. Angin yang mendayu terasa seperti lambaian awanan.

"Tuan," Pemuda yang bernama keluarga Cao itu berteriak dari kejauhan, "Jalan dah dibuka! Kita boleh beredar."

Zhuge Yue tidak membalas dan hanya berdiri di hadapan wanita itu sahaja buat masa yang lama. Akan tetapi, dia seakan-akan tidak mampu menahan situasi yang tegang ini lalu dia pun berpaling dan bercadang untuk beredar.

"Zhuge Yue!" Chu Qiao tiba-tiba berlaung, "Lain kali awak datang ke sini, awak patut datang dan cari saya."

"Saya tak ada masa." Zhuge Yue membalas dingin sebelum berpaling perlahan-lahan. Dengan wajah yang kelam, dia berkata, "Saya akan kembali ke Qinghai, awak nak bergerak ke sana dengan saya?" Dia bertanya dengan sungguh santai yang terasa bagaikan sebuah perbualan di antara dua orang rakan mengenai makan malam. Chu Qiao sememangnya terpana apabila dia mendengarnya. Walaupun ada beberapa perkara yang telah menyebabkan dia begitu terpana, namun dia seringkali terkaku apabila berhadapan dengan pemuda ini. Wanita itu lantas merenungnya seperti dia ingin mencari bukti bukan pemuda ini yang telah menguturkan soalan tadi.

"Li Ce cakap yang awak tak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan dah menasihati saya supaya beri awak lebih banyak masa." Dia berkata dengan penuh ketenangan dalam suaranya, "Awak dah fikir masak-masak sama ada awak nak ikut saya?"

"Awak… Bukan ke awak Marsyal Besar Empayar Xia? Awak pun ada keluarga…"

"Itu bukan urusan awak." Zhuge Yue berkata tegas sambil mengerutkan dahinya, "Awak hanya perlu beritahu saya sama ada awak akan ikut saya atau tidak saja."

Sekawanan burung berterbangan pergi. Sekawanan burung lagi yang melewati mereka. Beberapa kawanan burung telah berlalu. Namun, Chu Qia masih tidak memberi sebarang respons.

Zhuge Yue meletus dalam kemarahan semasa dia mencemuh, "Awak nak ikut atau tidak?"

"Baiklah! Baiklah! Saya akan ikut!" Chu Qiao berteriak kembali.

Suara mereka bergema kuat di seluruh kawasan sekeliling semasa mereka sedang berteriakan ke arah satu sama lain, berbeza sungguh dengan kesepian kawasan sekitar.

"Saya bernasib baik sebab dah bertemu dengan awak pada hari ini. Maksudnya tak perlulah saya datang ke sini lagi untuk memberitahu awak." Pemuda itu kini sedang berpura-pura seperti kata-kata wanita itu langsung tidak mengganggu-gugat perasaannya yang tampak dingin itu. Dia juga berpura-pura seperti segalanya telah berada di dalam genggaman tangannya, namun Zhuge Yue tidak sedar yang kini dia sedang bercakap dengan penuh petah sekali. "Jangan larikan diri, tunggu saja di perkarangan kediaman. Selepas saya selesai tugas saya, saya akan hantar seseorang untuk mengambil awak." Dengan itu, Zhuge Yue beredar, cuba untuk kelihatan santai.

"Apa pun, saya masih nak buka sebuah lagi rumah penginapan di Qinghai."

Sebuah suara tiba-tiba berbunyi daripada belakang pemuda itu. Zhuge Yue serta-merta berpaling dengan tegas untuk merenung wajah wanita itu.

Kepulan awanan yang berarak pergi dan juga burung yang berterbangan melewati langit juga telah menjengukkan kepala mereka ke bawah untuk menyaksikan babak-babak duniawi yang langsung tidak mampu digambarkan dengan akal logik biasa.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C224
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk