Unduh Aplikasi
14.72% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 43: Bab 43

Bab 43: Bab 43

Editor: EndlessFantasy Translation

Gadis itu meraih wajahnya dan mengambil sebuah helaan nafas yang panjang, memendam segala perasaan yang menggunung di dalam diri dan mencuba sedaya upaya untuk tidak terus berfikir tentangnya. Pada malam yang gelap gelita itu, seekor burung merpati mendarat dengan debakan perlahan ke atas tanah bersalji dan sedang merenung Chu Qiao dari jauh, mendekati gadis itu sedikit demi sedikit sambil kepalanya diherotkan.

Bukan seperti burung merpati utusan yang telah dijinakkan, burung ini merupakan seekor burung liar kerana ia masih menakuti manusia, namun berasa ingin tahu sebab mengapa manusia di hadapannya ini terkaku seorang diri untuk sekian lama. Chu Qiao meraih kepalanya dan menyedari kehadiran seekor burung kecil ini dan lantas mengukir sebuah senyuman lebar, dan terus menyeluk poketnya untuk mengeluarkan segenggam makanan kuda yang telah dibawa bersama, menaburkannya ke atas tanah.

Ia amat susah bagi seekor burung untuk mencari makanan pada kala salji lebat meliputi tanah, jadi apabila burung merpati itu ternampak makanan yang berterabur di atas tanah, ia terus melepaskan cicipan teruja, mengembangkan sayapnya dan terus terbang ke arah Chu Qiao dengan tergesa-gesa. Namun, pada masa yang sama, dua batang anak panah terus meluru di udara dan menikam burung tersebut dari kejauhan, menusuki badannya. Dengan satu swoosh, darah terpercik di atas tanah bersalji.

Derapan kuda yang bagaikan kilat sabung-menyabung terus kedengaran secara tiba-tiba. Seekor kuda berwarna merah manakala seekor lagi berwarna hitam telah menderap lebih laju daripada kuda-kuda yang lain. Jejaka yang terduduk megah di atas kuda merah itu berusia dalam lingkungan pertengahan 20an, memandang remaja yang terjelepek di atas tanah itu dengan penuh sombong. Tanpa menguturkan sebarang kata, jejaka itu meletakkan anak panah di tengah-tengah busur dan lantas menarik busur dengan panahan yang terus disasarkan ke dada Chu Qiao!

Chu Qiao lantas bangun dengan sebuah kibasan bagaikan seekor citah yang terkejut, menyokong berat badan dengan menggunakan satu tangan apabila dia ingin berdiri. Gerak-gerinya lemah gemalai tetapi masih bertenaga dan kuat, tangan kanannya dilontarkan ke hadapan, menggenggam kuat anak panah tersebut di dalam tapak tangannya. Angin kuat yang bertiup lantas mengepak-ngepakkan kot gadis muda ini ke udara, seperti sayap helang yang sedang berterbangan. Anak mata gadis itu sedingin ais, merenung tajam sepasukan tentera berkuda yang sedang meluru ke arahnya.

"Kau orang gaji siapa dan kenapa kau berlegar-legar di arena buruan ni?" Sebuah suara yang kedengaran dingin datang dari jejaka berkuda merah. Walaupun dia telah cuba untuk menyerang Chu Qiao tanpa sebarang sebab, namun dia langsung tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah. Dia sedang memakai sepasang kot yang diperbuat daripada bulu mink artik, memancarkan sebuah aura dingin yang mengerikan walaupun gerak-gerinya kelihatan anggun dan lemah-gemalai.

Jejaka berkuda hitam itu melonjak turun ke tanah dengan satu dentuman perlahan. Dia juga berusia dalam linkungan pertengahan 20an, mempunyai sepasang anak mata coklat perang dan tona kulit yang gelap. Dia meluru ke arah burung merpati yang telah dipanah mereka tadi dan lantas mengangkatnya. Setelah memeriksa mayat burung tersebut, dia berkata, "Muhe Xifeng, markah untuk ini bagaimana?"

Lelaki berkuda merah merenung Chu Qiao dengan dingin dan berpaling ke arah jejaka di sebelahnya dan berkata, "Zhalu, aku panah ia di lehernya. Jadi, akulah pemenangnya."

Jejaka seorang lagi memasamkan wajah dan terus mengamuk, "Bagaimana kau tahu yang anak panah kau yang berada di lehernya? Bukannya anak panah tu ada tertulis nama kau pun."

"Aku yang panah jadi aku tahulah panahan aku."

"Hm, mana adil begitu." Zhalu berkata, "Mari kita mulakan sekali lagi."

Muhe Xifeng mengutil keningnya dan membalas, "Bagaimana kita nak bersaing kali ini?"

"Kita sasarkan kepada dia." Zhalu menuding jari ke arah Chu Qiao dan lantas berkata, "Bukan ke dia hamba saja? Kita panah dia sajalah."

Kedua belah kening Chu Qiao dikait rapat apabila dia merenung tajam ke arah Zhalu yang langsung tidak menyedari hal tersebut semasa pemuda itu sedang melonjak naik ke atas kudanya dan terus berkata kepada Chu Qiao, "Lari, cepat. Lari jauh-jauh."

Chu Qiao menilai kedua-dua jejaka di hadapannya itu, keningnya masih bersambung rapat dan lantas dia berkata kepada Muhe Qingyun dengan nada yang dalam, "Saya bukan seorang hamba."

Muhe Qingyun meraih keningnya apabila dia mendengar jawapan gadis itu, seolah-olah dia terus menjadi berminat tentang Chu Qiao, lantas pemuda itu berkata, "Jadi, apa?"

Ya, jadi apa? Walaupun dia bukan seorang hamba, ahli-ahli aristokrat seperti mereka ini boleh membunuh sesiapa sahaja tanpa sebarang sebab.

Chu Qiao terdiam semasa dia berpaling dan bergerak ke arah khemah milik Yan Xun. Dengan sebuah bunyi swoosh, sebatang anak panah tertembus ke dalam tanah bersalji beberapa inci dari kaki Chu Qiao. Zhalu terjerit, "Aku bagitahu kau untuk lari kan? Kau tak dengar aku cakap tadi ke?"

Diselubungi dengan kesejukan angin kencang, gadis muda itu tiba-tiba menoleh ke belakang dan merenung tajam ke arah Tuan Zhalu dari barat laut yang terus berasa seram sejuk, langsung mematahkan semangatnya untuk menguturkan kata-kata kesat yang dia ingin disemburkan kepada Chu Qiao.

"Jika saya menunggang kuda, boleh ke tuan berdua memanah saya?"

Muhe Xifeng terus tersengih namun tetap berdiam. Zhalu mengamuk, "Bagi kuda kepada dia."

Seekor kuda pertempuran berbulu hitam lebat ditarik dan dibawa kepada Chu Qiao yang terus mengusap kepala kuda tersebut dengan lembut sebelum berpaling dan mengerling ke arah kedua pemuda itu. Angin kencang pada malam itu telah menampar-nampar kasar muka mereka dengan salji bagaikan ia pasir berbatu.

Secara tiba-tiba, gadis muda itu melonjak naik ke atas kuda dan lantas mengeluarkan sebilah pisau belati yang tersemat di pinggang, menikam belakang kuda itu tanpa ragu-ragu. Kuda pertempuran itu lantas melepaskan ringkikan kesakitan yang kuat sebelum menderap lari dari tempat kejadian sepantas kilat. Gadis itu telah hilang dari pandangan sebelum semua orang dapat bertindak.

Zhalu yang terpana melihat kejadian itu membuntangkan mata. Dia berpaling ke arah Muhe Xifeng setelah seketika dan berkata, "Dia pergi macam itu saja?"

Muhe Xifeng memacu kudanya ke belakang ke arah bunyi perbualan sekumpulan tentera itu dan berkata ringan, "Kalau bukan itu, apa yang kau fikir dia dah lakukan?"

Zhalu diselubungi perasaan marah, dan suara menjengkelkan berbunyi datang dari belakang. Muhe Xufeng terus memberi renungan tajam dan dingin kepada pemilik-pemilik suara.

Sebuah pasukan tentera meluru ke arah Chu Qiao sebelum dia dapat mendekati kem pun, dan lantas dia berhenti dan mengerutkan dahi, cuba untuk mengenal pasti ketua pasukan tersebut dan ternampak beberapa kelibat pemuda yang semakin menghampirinya dan mendapat tahu Yan Xun dan Ah Jinglah yang sedang mengetuai pasukan tentera itu.

"Ah Chu!" Apabila Yan Xun ternampak Chu Qiao, dia terus menarik tali kekang kuda untuk menggerakkan kudanya ke arah gadis itu. Dia bertanya dengan nada serius, "Kau okay ke?"

"Aku baik-baik saja," Chu Qiao berkata sambil menggelengkan kepala, dan terus bertanya, "Acara buruan dah tamat ke? Kenapa kau pulang awal sangat?"

Yan Xun merenung gadis itu dari atas ke bawah sambil dadanya menurun naik. Dia lantas menggeleng kepala dan berkata, "Mari kita pulang ke khemah dulu."

Yan Xun kelihatan lebih penat dari biasa pada malam ini. Apabila mereka pulang ke khemah, mereka terus ke kamar masing-masing dan semasa Chu Qiao keluar dari biliknya, dia terserempak dengan Ah Jing bersama beberapa lagi orang pengawal yang mengetuai mereka untuk masuk ke dalam kem. Chu Qiao terkejut untuk melihat hal ini dan terus melangkah menuju ke Ah Jing untuk mempersoalkannya.

Ah Jing menjawab dengan penuh hormat, "Cik, Tuanku telah membeli mereka ini daripada acara buruan."

Chu Qiao terpana mendengar jawapan itu dan terus berkata dengan nada yang dalam, "Mereka dibeli daripada acara buruan malam? Apa maksud kamu?"

"Di acara buruan malam ini, tuan putera minum banyak sangat dan tak terasa seperti dia mahu mengambil bahagian dalam acara buruan. Tuan kedua Wei bersama Putera Ling dan yang lain-lain membantah keputusannya itu jadi Putera Yan tidak mampu untuk berbuat apa-apa, lantas dia membeli semua kanak-kanak di dalam sangkarnya sebanyak 100 syiling emas untuk setiap seorang."

"Oh." Chu Qiao mengangguk dan berkata, "Teruskanlah dengan kerja kamu, saya akan masuk kembali." Gadis itu berpusing dengan tenang. Walaupun angin malam yang sejuk menghembusi muka, dia masih berasa hangat dan selesa sebaik sahaja dia membuka langsir khemah. Semangatnya yang tadi terasa lemah itu hilang serta-merta.

Pada hari kedua, persidangan buruan yang telah dianjurkan oleh Empayar Xia itu telah dimulakan. Sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding di dalam acara buruan selain daripada keluarga-keluarga diraja, para menteri dan keluarga mereka, para utusan dari daerah jiran, juga telah dijemput. Maka, upacara ini telah dianjurkan secara besar-besaran. Acara buruan musim bunga langsung tidak dapat menandingi upacara buruan musim luruh, dengan salji memutih bersinar terang di setiap pelosok arena buruan di dalam hutan pokok pain yang tidak berpenghujung. Semua orang menghadirkan diri di dalam pakaian terbaik dan termewah mereka, dengan kot bulu mink yang besar di bahu dan juga busur yang berada di belakang badan, mempamerkan sebuah keberanian yang tiada tandingannya.

Empayar Xia mempunyai sikap terbuka yang sangat berlainan daripada Empayar Song dan juga Empayar Yang. Ia perkara biasa untuk melihat seorang gadis menunggang kuda untuk menuju ke suatu tempat, jadi Chu Qiao langsung tidak kelihatan kekok apabila dia menunggang kuda di samping Yan Xun.

"Ah Chu," Yan Xun berpaling untuk melihat Chu Qiao bersama pipinya yang kemerahan, lantas pemuda itu bertanya, "Kau sejuk ke?"

"Tidaklah." Chu Qiao meraih kepalanya untuk membalas, "Sudah lama aku tak bangun seawal ini, udara pagi tersangatlah segar."

Yan Xun ketawa. Apabila dia hendak membalas kata gadis itu, sekumpulan tentera mara ke arah mereka dengan tergesa-gesa. Muhe Xifeng sedang memakai kot bulu mink berwarna ungu, kelihatan segak dan telah meraih banyak tumpuan semasa semasa dia menunggang kuda melintasi orang ramai.

"Putera Yan, lama kita tak berjumpa. Apa khabar?"

Yan Xun berpaling dan mengecilkan matanya apabila merenung Muhe Xifeng dari kepala ke kaki, lantas tersenyum ringan dan berkata, "Putera Muhe dah mengetuai pasukan tenteranya keluar dari ibu negara lebih kurang setahun jadi memang sudah lama kita tak berjumpa."

"Ya, betul." Muhe tersenyum lebar dan menyambung, "Baru-baru ini, ada segelintir rakyat yang selalu menyebabkan permasalahan di Yan Bei. Tapi Putera Yan bernasib baik kerana dapat mengelak daripada segala permasalahan itu kerana awak hidup bersenang-lenang di dalam ibu negara. Saya agak sedih kerana tidak dapat mempunyai kehidupan sebegitu sebab memang nasib saya dah tertulis untuk dapat kehidupan yang susah."

Yan Xun tetap tersenyum tanpa henti sambil mengangguk-angguk dan berkata, "Seseorang yang berkeupayaan memang selalunya sibuk, dan semua yang awak lakukan ialah untuk kesejahteraan Empayar Xia dan rakyat Xia nampak pengorbanan Putera Muhe."

Muhe Xifeng ketawa dan berkata lagi, "Terima kasih untuk ucapan manis awak itu." Setelah itu, dia memacu kudanya dan berpaling, namun berhenti seketika apabila dia terpandang Chu Qiao, dan lantas mengukir sebuah senyuman mengerikan, berkata, "Macam pernah dilihat gadis ini."

Chu Qiao tertunduk hormat sambil membalas, "Saya rasa Tuan Muhe dah tersalah orang. Chu Qiao tak layak untuk terserempak dengan Tuan sebelum ini."

"Bukan calang-calang orangnya, dan Chu Qiao itu nama yang baik." Muhe Xifeng tersenyum dan lantas beredar.

Dentuman gendang berbunyi kuat pada masa itu. Tujuh rentak dentuman yang panjang dan pendek membuatkan rentak kedengaran tidak tetap. Dari kejauhan, semua mata dapat melihat Maharaja Xia yang sedang berjalan ke arah balkoni, diikuti oleh Muhe Nayun dan juga sepasukan tentera. Ribu puluhan tentera maharaja berdiri di hadapan balkoni dan sedang menghadap ke arah yang berlainan untuk memisahkan maharaja daripada rakyat jelata. Mata maharaja telah dilindungi dengan sehelai vel emas yang tebal, lantas membuatkan rakyat jelata sukar untuk melihat wajahnya; namun mereka hanya dapat merasakan aura dingin yang terpancar dari sebalik vel tersebut.

Semua orang lantas terdiam setelah melaungkan, "Daulat Tuanku Maharaja" secara serentak sebelum melutut di atas lantai untuk menyujud hormat. Pasukan buruan itu menjangkau lebih daripada 30 batu semasa mereka bersorak dengan serentak, daya dorongan yang mengejutkan. Acara buruan Empayar Xia yang telah lama ditunggu-tunggu akhirnya bermula juga.

Lautan bendera dinaikkan di pinggir Chi Shui di kejauhan, dengan kelihat-kelibat yang bergerak. Chu Qiao berdiri di sisi Yan Xun semasa mereka ternampak khemah tentera berbatu-batu jauhnya tanpa berpenghujung, dan tidak dapat menahan dari mengecilkan mata mereka. Kekuataan pasukan tentera Empayar Xia memang tidak boleh disangkal lagi, walaupun ia hanyalah acara buruan diraja, namun mereka telah menunjukkan paparan yang amat mengagumkan. Memang tidak masuk akal jika benar-benar mereka ingin berperang kerana mereka sangatlah kuat dan perkara.

Khemah maharaja terletak di tengah-tengah formasi kedudukan kem tentera. Empayar Xia mempunyai formasi kedudukan yang paling agresif, dengan Pengawal Maharaja, Pasukan Tentera Hijau, Batalion Berkuda, dan juga Pasukan Tentera Jing Qi yang telah disusun supaya menghala arah yang berbeza. Di dalam pasukan tentera, ahli tentera telah disusun secara menegak dari permulaan hingga ke akhir, menara pengawal telah dipasang pada kedua-dua belah sayap yang terletak di kawasan tinggi dan berada di dalam formasi empat segi mengelilingi khemah utama di tengah-tengah.

Pasukan tentera Utara, Selatan, Timur dan Barat yang mengawal bandar telah membentuk sebuah formasi seperti ular dan telah mengelilingi pasukan tentera di tengah-tengah dan jurusemboyan telah ditugaskan pada setiap tiga puluh langkah. Pada setiap 100 langkah pula, 100 orang askar juga telah ditugaskan dan ribuan askar dari divisyen operasi lapangan telah dibariskan di empat penjuru luaran kem, menubuhkan pos pengawal. Kawalan di dalam kem tersebut tersangatlah ketat sehinggakan ia kelihatan seperti air pun tidak dapat memasuki ruang kem itu.

Angin bertiup lama sambil kuda-kuda pertempuran meringkik kuat. Yan Xun merenung di kejauhan ke arah bendera yang masih berkibaran, riak wajah pemuda itu suram semasa dia berkata dengan nada yang dalam, "Ah Chu, pergi balik dan rehat sekejap."

Chu Qiao berpusing dan merenung ekspresi wajah pemuda ini, lantas memahami apa yang dimaksudkan Yan Xun. Chu Qiao mengangguk dan berkata, "Kau kena berhati-hati."

Yan Xun berpaling dan tersenyum ringan. "Peluang keemasan macam ini susah untuk kita dapatkan. Ah Chu, tunggu saja berita baik yang aku akan sampaikan nanti."

Suasana di dalam khemah Yan Xun terasa tegang pada sepanjang tengahari, Chu Qiao terduduk di dalam khemah itu di dalam jubah hitamnya. Seseorang mungkin akan menganggap dirinya sebagai Yan Xun jika dipandang sekali pintas.

Dia menulis coretan terakhir di atas peta dan meraih wajahnya sambil berkata serius, "Jangan lupa untuk melakukan semua perkara dengan berhati-hati dan jangan sampai kalian tertangkap."

Semua orang yang berada di sekeliling Chu Qiao membalas serentak, "Cik Chu Qiao tak perlu risau."

Putera termuda dan cemerlang dari keluarga Muhe, Muhe Xifeng, telah menghilangkan diri di dalam hutan barat laut yang tebal pada petang itu, dan puak Muhe telah menghantar sekumpulan tentera yang besar untuk mencarinya tanpa sebarang jaya. Muhe Xifeng ialah anak saudara Muhe Nayun, dan Maharani Empayar Xia ingin memerintahkan Pasukan Askar Berkuda Tanpa Gentar secara peribadi untuk menjumpai pemuda itu namun perintahnya itu ditolak tegas oleh komander semasa kem itu iaitu Zhao Che, lantas ibu dan anak lelaki itu berpisah dengan rasa tidak puas hati. Zhao Che tidak menyedari tindakannya itu akan menyebabkan dia untuk berada di dalam permasalahan yang sangat besar pada masa akan datang.


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C43
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk