Tapi, ketika Qian Lan membuka matanya dan sedar dia berbaring sendirian di atas sofa, Mo Zichen sudah kembali ke biliknya.
Walaupun Qian Lan berasa sedikit kecewa, dia tidak memaksa Mo Zichen melakukan sesuatu yang enggan dilakukannya. Dia cuma bangun dan kembali ke biliknya untuk tidur. Apa-apa pun, dia masih perlu lapor diri ke pangkalan esok.
Tetapi, dia terkejut apabila Mo Zichen mula mengetuk pintunya seketika kemudian. Selepas dia membuka pintu, lelaki itu berkata kepadanya, "Datang ke sini."
Qian Lan berdiri terkejut beberapa saat sebelum dia sedar apa yang berlaku. "Kamu cuba nak cakap… kamu dan saya…"
"Kamu tak nak?"
Qian Lan segera menggelengkan kepalanya.
Selepas menerima respons Qian Lan, Mo Zichen kembali ke biliknya dan memberi separuh ruang di atas katilnya.
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!
— Bab baru akan segera rilis — Tulis ulasan