Unduh Aplikasi
0.41% Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 5: Malam Pertama

Bab 5: Malam Pertama

Editor: EndlessFantasy Translation

Pihak media tidak berani untuk menyinggung Hai Rui walaupun mereka tidak dapat memahami mengapa Hai Rui membantu Tangning.

Long Jie sendiri tidak faham bagaimana rancangan mereka boleh berjalan dengan begitu lancar. Pada asalnya, dia menjangkakan perkara ini akan mengambil masa beberapa hari. "Tangning, beritahu saya. Adakah kamu disokong oleh syarikat lain?"

"Tidak," Tangning membalas sambil melemparkan pandangan ke arah lelaki di sebelahnya. "Tapi, memang ada seseorang yang membantu saya di belakang tabir. Cuma saya tidak boleh dedahkan siapa dia buat masa sekarang."

"Hahaha…tak apa. Kita akan berbual pasal perkara itu nanti. Membayangkan wajah Han Yufan yang serabut pun sudah cukup memuaskan hati saya!" Long Jie menganggap bahawa Tangning mendapat bantuan daripada keluarganya.

Dia tidak tahu bahawa sebenarnya, Tangning tiba-tiba menjadi isteri kepada Raja Dunia Hiburan: Mo Ting.

"Adakah kamu cuba untuk menggunakan peluang ini untuk meninggalkan Tianyi?" Mo Ting bertanya sambil memotong kepingan daging di hadapannya dengan penuh gaya.

"Tak. Kalau saya hanya tinggalkan mereka begitu sahaja, itu terlampau mudah buat mereka. Saya akan robekkan mereka daripada singgahsana mereka." Tangning menerangkan. "Lagipun, saya sudah membuat keputusan untuk kembali ke dunia peragaan. Malangnya, populariti saya tidak sehebat dahulu. Jadi, Tianyi mungkin berguna untuk saya."

"Kamu dalam keadaan begini sekarang kerana kamu sedang marah. Macam mana kalau suatu hari nanti kamu sudah tidak benci…"

"Keputusan apa yang sudah saya buat, saya tidak akan sesali. Apatah lagi berpatah balik." Tangning memberitahu Mo Ting dengan yakin. Apabila dia menyayangi seseorang, dia boleh mencintai mereka dengan sepenuh hatinya. Dalam kebencian, dia boleh merobek-robekkan orang tersebut dengan tangan kosong sahaja.

Dalam pada itu, masa sudah berlalu agak lama sejak berita mengenai pendedahan Tangning di atas pentas tersebar. Tetapi, Han Yufan tidak membuat sebarang panggilan telefon pun untuk memeriksa keadaannya. Sebaliknya, dia mengeluarkan berita yang boleh memusnahkan Tangning. Tangning tidak akan membenarkan Han Yufan melukainya lagi.

Mo Ting mendiamkan diri, tetapi dia sebenarnya sudah tertarik pada Tangning.

Tangning tidaklah bodoh. Sebenarnya, dia sangat bijak. Dia tahu dia tidak boleh menyorok apa-apa daripada Mo Ting, jadi dia segera mendedahkan semuanya di hadapan Mo Ting. Sama ada baik atau buruk, tidak ada yang disimpan. Apa yang wujud hanyalah kepercayaan.

"Saya sudah minta pembantu saya menyediakan bilik di hotel ini. Malam ini, kita akan tidur di sini. Rumah saya tidak begitu menyeronokkan…"

Telinga Tangning menjadi merah apabila dia mengangguk. "Terpulanglah pada kamu…"

Sementara itu, Han Yufan sibuk ke sana ke mari. Dia cuba berdamai dengan pihak media dan rakan kongsinya. Ditambah lagi dengan berita mengenai kehamilan Mo Yurou, dia langsung tidak memikirkan mengenai Tangning. Dia tidak kisah di mana Tangning sekarang.

Selepas makan malam yang romantik, Tangning mengekori rapat di belakang Mo Ting yang membawanya ke suite presiden. Apa yang memeranjatkannya, ianya bukanlah suite presiden biasa tetapi sebenarnya suite perkahwinan.

Dalam keadaan yang tergesa-gesa, Mo Ting berjaya menyiapkan begitu banyak perkara untuknya. Tidak dapat tidak, dia berasa begitu tersentuh dengan keprihatinannya.

Mo Ting dapat merasakan perasaan gementar Tangning. Dia menanggalkan jaket sutnya lalu berpusing menghadap Tangning dan berkata, "Saya pergi mandi dahulu supaya kamu boleh ambil sedikit masa untuk membuat keputusan. Kalau kamu masih tidak pasti…kita boleh tangguhkan malam pertama kita terlebih dahulu."

Tangning berasa begitu berterima kasih dengan kepihatinannya apabila dia melihat Mo Ting melangkah ke bilik mandi. Tapi…mereka sudah berkahwin, apa hak dia untuk membuatkan Mo Ting terpaksa melayan karenah keanak-anakannya yang teragak-agak membuat keputusan.

Memikirkan perkara ini, Tangning membuka pintu tersebut dan berjalan masuk ke bilik mandi. Mo Ting memandangnya dengan terkejut apabila dia mendepangkan tangan dan merangkulnya dengan ketat. "Saya tidak menyesal."

"Kamu pasti? Apabila saya dah jadikan kamu milik saya, kamu sudah tidak ada pilihan untuk mengubah fikiran kamu," Mo Ting cuba menahan dirinya. Suara dalamnya yang seksi mampu memanah hati siapa-siapa sahaja dan membuatkan mereka terpana.

"Saya yakin."

Mendengarkan balasannya, Mo Ting membiarkan dirinya. Dengan sebelah tangan, dia merangkul pinggang Tangning dan merapatkan bibir mereka. Dengan sebelah tangan yang lain, dia menanggalkan gaun Tangning yang sudah basah kuyup.

Fikiran Tangning begitu teruja. Dia tidak pernah merasakan kucupan yang seperti ini sebelum ini. Kucupan yang begitu ajaib yang membuatkan dia hilang kawalan.

Di bawah pancuran hujan, Tangning mendongak menatap Mo Ting. Dia begitu terpana memerhatikan wajah kacaknya. Dia perasan akan tahi lalat berbentuk berlian pada cuping telinganya dan matanya yang menatap Tangning dengan berahi – seolah-olah mahu menelannya.

Namun, apabila masa untuk melangkah lebih jauh sudah tiba, dia tidak terburu-buru. Sebaliknya, Mo Ting membalut Tangning di dalam tuala dan mengendongnya ke arah katil yang ditaburi kelopak mawar tersebut. Kemudian, sewaktu tubuh tinggi lampainya merapati Tangning, dia sudah pun memakai perlindungan. Namun, saat dia cuba menembusinya, dia merasakan satu halangan…

Tangning menjerit kesakitan.

Mo Ting berundur dengan segera sambil membalut Tangning dengan selimut.

Pada asalnya dia berfikir bahawa memandangkan Tangning berada dalam industri hiburan dan dia juga mempunyai hubungan dengan Han Yufan, ini mungkin bukan pertama kali baginya. Namun, dia yakin dengan perasaan tadi bahawa Tangning tidak pernah melakukan sebarang aktiviti seperti ini sebelumnya.

"Apa masalahnya?" Tangning perasan Mo Ting sudah berhenti dan tidak dapat tidak, dia mengangkat kepalanya untuk menyoal Mo Ting. Wajah merah padamnya begitu memikat.

"Kita lakukan lain kali." Mo Ting terkejut. Pada masa yang sama dia berasa bersalah kerana salah sangka terhadap Tangning.

"Adakah kamu tidak puas dengan saya?"

"Kalau saya teruskan sahaja, kamu akan berasa sakit." Mo Ting memakai jubahnya dan kembali ke katil, cuba mengawal keinginannya. Dia tidak mahu pengalaman pertama Tangning menjadi satu pengalaman yang buruk. "Kenapa kamu tidak beritahu saya yang kamu tiada pengalaman?"

"Macam mana saya nak cakap tentang perkara seperti ini?" Tangning membalas sewaktu dia membongkok pada bahu Mo Ting. "Saya tahu kamu akan tahu sendiri."

"Apa apa pun, apa itu sebentar tadi? Kita, dah lakukannya ke?"

"Tak kisahlah kita sudah lakukan atau tidak, kamu kini ialah Puan Mo. Kamu tak boleh lari…" Selepas berkata-kata, Mo Ting berdiri dan mengangkat Tangning ke arah bilik mandi. "Mari saya lihat kalau kamu terluka."

Melihat pada kerisauan pada wajahnya, Tangning tidak dapat menahan tawanya. "Kamu langsung tak sama seperti apa yang dunia luar gambarkan."

"Kamu fikir saya macam mana?" Mo Ting meletakkan Tangning perlahan-lahan ke dalam tab mandi dan membuka paip air.

"Pemimpin yang ada kuasa sepenuhnya untuk mengatur hidup dan mati artisnya. Manusia yang tiada perikemanusiaan."

"Pada orang lain, saya memang seperti itu!" Mo Ting membalas dengan jujur. "Tapi kamu lain…memandangkan kamu isteri saya dan begitu percayakan saya, saya akan tunjukkan diri saya yang sebenar."

"Tetapi Tangning, saya perlu beri amaran pada kamu."

"Pada saya, penipuan adalah penipuan. Kalau kamu memusnahkan kepercayaan saya, saya tidak akan maafkan kamu."

Tangning membetulkan duduknya dengan selesa, hidungnya hampir menyentuh hidung Mo Ting. "Kebetulan pula, saya pun begitu."

Malam itu, secara teknikalnya, hubungan fizikal mereka hanyalah separuh jalan. Tetapi, hati mereka mula terpaut pada satu sama lain.

Keesokan paginya, Tangning bangun dengan cahaya matahari terang menyinari jendela tersebut. Dia terperanjat melihat tempat di tepinya sudah kosong. 

Tangning menyangkakan bahawa Mo Ting sudah beredar. Tetapi, rupa-rupanya dia sedang menunggu Tangning dengan sabar di ruang tamu sambil membelek-belek sedikit dokumen.

"Saya sudah siapkan beberapa pasang pakaian baru di dalam bilik untuk kamu. Kita akan pergi setelah kamu segarkan diri."

Tangning mengangguk dengan patuh sambil berpusing ke arah bilik mandi. Pada masa itu, telefonnya berdering. Han Yufan menelefonnya.

Tangning memandang Mo Ting dengan kekok apabila dia mengangkat sebelah keningnya dengan menawan dan bertanya, "Kamu mahu saya angkat panggilan itu?"


Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C5
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk