"Soalan apa? Saya akan jawab!" Mereka sedar yang mereka tidak boleh kalahkan Ning Xi, jadi sikap mereka pun berubah.
Ning Xi menuding ke arah seorang lelaki yang berambut kuning. "Kamu, kamu ada teman wanita tak?"
"T-Tak..." Lelaki itu menggelengkan kepala dengan berat hati.
Kemudian Ning Xi memukulnya. "Kamu tak ada teman wanita pun!"
Lelaki berambut kuning itu terkesima.
Ning Xi menuding ke arah seorang lelaki lain yang berambut merah. "Kamu, kamu ada teman wanita tak?"
"Ya, ya! Saya ada!" Lelaki itu mengangguk.
Ning Xi mencangkung di hadapannya. "Biar saya tanya kamu. Kalau teman wanita kamu rahsiakan sesuatu daripada kamu, kamu akan berpisah dengan dia ke?"
Lelaki berambut merah itu berfikir. "Saya rasa kejujuran tu penting di antara dua orang untuk bersama. Kalau teman wanita saya rahsiakan sesuatu daripada saya, mungkin saya akan berpisah dengan dia!"
Lelaki itu turut dipukul.