Belum sempat mereka bersembunyi, Ning Xi sudah pun melepaskan tembakan sebanyak tiga kali dari tingkat dua.
Bam!
Bam!
Bam!
Bunyi tembakan itu seolah-olah menandakan bahawa tiga nyawa sudah melayang. Pada masa yang sama, tiga lelaki yang berada di tingkat bawah sebentar tadi jatuh tersungkur. Darah merah pekat mula mengotori lantai rumah itu.
Di luar sana, penduduk tempatan mula menutup rapat pintu dan tingkap rumah mereka. Kalau situasi ini terjadi di kawasan lain, ia pasti sudah mencetuskan rasa panik dalam kalangan mereka yang tinggal di situ. Tetapi ini adalah St. Bernard's. Penduduk di sini sudah biasa dengan situasi seperti itu.
Lagipun, St. Bernard's sememangnya terkenal dengan kadar jenayahnya yang tinggi.
...
Ketika ini, hanya tinggal dua lelaki yang lengkap bersenjata di dalam rumah itu. Mereka berdua menyembunyikan diri dengan baik sekali.